Ipar Terseksa

Assalamualaikum semua. Nak minta pendapat sambil luah beban di dada.

Saya dan suami kahwin tak sampai lagi 7 bulan. Sekarang pregnant 5 bulan. Sebelum berkahwin, kami ada berbincang untuk duduk di rumah mertua saya lebih kurang 3-6 bulan sahaja.

Suami anak ke 4 daripada 5 adik beradik. Adik ipar saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga suami. Adik ipar tinggal lebih kurang 10 minit sahaja daripada rumah mertua. Jadi boleh kata hampir setiap hari dia datang ke rumah mertua.

Masalahnya bila adik ipar datang bersama 3 orang anak dia (2 , 7, & 8 tahun) mereka suka buat sepah. Di mana makan di situ tinggal. Mainan dari luar rumah ke ruang tamu sampai ke bilik air bersepah-sepah. Bukan anak2 je, adik ipar sendiri pun macam tu.

Anak2 adik ipar yang 7 & 8 tahun kerap tidur sini. Bila mandi baju sepah atas lantai macam kain buruk. Saya lah yang selalu akan urus pinggan mangkuk diorang makan, basuh baju diorang, kutip barang2 diorang. Sebab kalau saya tak buat, mak mertua lah yang akan buat.

Tambah rumah mertua tepi jalan dan memang ramai orang kampung suka melepak di rumah mertua. Sehari boleh kata 5-6 kali orang berkunjung. Jadi memang banyak kali lah kena ulang alik basuh cawan kopi diorang.

Bertambah masalah lagi bila perangai adik ipar saya yang suka ikut ke mana2 kami suami isteri pergi. Saya jadi tension sangat2 sebab saya seorang introvert. Tapi disebabkan keluarga suami begitu meriah, saya terpaksa melayan sahaja ikut rentak meriah diorang.

Disebabkan adik ipar dan anak2 dia anak kesayangan mak mertua saya, jadi bila nak ke mana2, saya dan suami terpaksa bawak sekali diorang. Nak ke supermarket kena bawak, nak makan di kedai kena bawak, nak ronda kena bawak, nak berjalan jauh bercuti lagi lah kena bawak.

Di rumah mertua dah confirm2 saya langsung tak bebas. Tapi bila keluar pun kena bawak sekali adik ipar dan anak2 dia, rasa tension sangat. Sebab perangai adik ipar bila kami keluar bersama, dia asyik sibuk nak bergosip di telefon. Asyik nak main phone sampai anak2 dia saya yang kena jaga.

Anak yang 2 tahun pijak2 perut saya mengandung pun dia tak peduli sebab ralit main phone. Yang anak2 7 & 8 tahun pulak memang buas dan biadap. Saya faham budak2 biasalah buas tapi biarlah beradab bukan buas dan biadap.

Depan orang2 tua, anak lelaki dia dok cakap kurang ajar dengan orang tua. Kadang sampai merah saya tengok muka orang lain sebab benda yang anak adik ipar sebut.

Adik ipar langsung tak tegur, mak mertua pulak suka gelak bila cucu dia kurang ajar. Mak mertua kata cucu dia pandai bercakap.

Disebabkan mak mertua saya asyik backup cucu dia, jadi diorang susah sangat nak dibentuk. Anak adik ipar rasa seronok bila cakap benda bukan2 sebab nenek dok puji2 dia pandai bercakap.

Anak perempuan adik ipar pulak macam menurun perangai adik ipar. Saya hairan macam mana budak seusia 8 tahun pandai jadi macam orang tua.

Anak perempuan adik ipar selalu mengumpat dan mengata orang. Dia tunggu takde orang cuma saya dan dia, lepas tu dia akan keji orang lain. Orang tu tak tau malu lah, orang ni pemalas la, orang ni kurang ajar la. Macam2 lagi dia mengumpat.

Saya syak sebab adik ipar saya memang suka bergosip. Anak2 tiru je perangai dia.

Pernah saya tegur anak adik ipar elok2, last2 mak mertua seharian tak nak cakap dengan saya sebab tegur cucu kesayangan dia.

Bila saya keluar dengan suami tak bawak anak adik ipar pun, mak mertua pernah tanya tak bawak cucu dia sekali ke tadi? Adik ipar pun sama lah.

Pernah kami suami isteri pergi keluar beli jajan, dia tanya kenapa tak ajak dia.

Saya jadi rimas sebab over sangat. Kalau sekali sekala takpe lah. Ni dah jadi habit. Anak2 adik ipar nak makan apa, kami suami isteri yang kena bawak.

Anak adik ipar nak ronda2 kami yang kena bawak. Sampai nak ke kedai gunting rambut nak potong rambut anak adik ipar pun diorang harapkan suami saya.

Suami adik ipar saya? Suami adik ipar saya adalah suami kesayangan adik ipar.

Bak kata adik ipar saya, suami dia takde masalah. Suami dia kerja balik kerja tido. Padahal semua orang dok mengata adik ipar macam ibu tunggal. Nak ke mana2 semua kena menempel dengan keluarga mak mertua.

Sampai lah saya fedup dengan perangai keluarga suami sebab semua adik beradik suami nak jadi raja. Bukan setakat sebiji pinggan pun taknak basuh, satu sudu pun taknak basuh. Saya mula stop buat kerja2 rumah, saya jadi murung dan nak bersendirian je dalam bilik.

Biras-biras saya pun ceritakan benda yang sama kepada saya. Dari mula diorang kahwin dengan abang2 ipar saya, diorang kena bawak adik ipar ke mana2 sebab mak mertua suruh.

Dan diorang selalu bergaduh dengan suami masing2 dan mak mertua disebabkan adik ipar suka jadi batu api.

Selama saya berkahwin, memang saya sendiri saksikan adik ipar suka jadi batu api bagi mak mertua panas kepada biras2 saya. Dan adik ipar jenis bermuka-muka. Depan orang lain cakap a, depan orang ni cakap z. Suka menipu dan tak mengaku.

Baru-baru ni biras saya ada masalah dengan adik ipar. Dan disebabkan saya tak tahan tengok perangai adik ipar menipu depan biras ,tak mengaku perbuatan dia, jadi saya ada terjawab soalan adik ipar.

Ada soalan dia tanya nampak macam dia tak rajin ke? (ni bukan punca sebab masalah dengan biras tu tapi ada isu juga pasal tolong menolong, jadi adik ipar ad terkeluar soalan tu)

Saya geram sangat saya cakap. Umur dia dah 30 tahun, (saya muda lagi walaupun kak ipar dia) fikir la. Mak dah tua. Dia datang rumah makanan sepah2 tak basuh, baju anak2 dia bertimbun bila tido sini mak mertua kena basuh. Saya sekarang ni jarang buat kerja rumah, tak kesian mak mertua ke.

Terus muka dia berubah dan dia tetap tak mengaku. Dia cakap kalau ada dia takpe lah. Dah anak2 dia tido sini dia takde, nak buat macam mana. Sedangkan saya bercakap tentang perangai dia bukan anak2 dia.

Memang bila dia ada sekali dengan anak2 dia, dia buat tak tau je. Ambil makanan kat dapur naik atas, tinggal je kat ruang tamu atau luar rumah. Mainan anak 2 tahun tu bersepah dalam bilik air tak boleh nak tolong kutip sekali pun.

Last2 disebabkan saya cakap macamtu, sekarang keadaan di rumah mertua jadi sangat tak selesa. Adik ipar tak boleh terima hakikat. Sebab dia selalu rasa dia rajin.

Sedangkan biras2 dia cerita sejak dia zaman bujang lagi camtu. Memang pemalas. Dan sebenarnya semua orang tau dia pemalas kecuali dia sendiri yang rasa dia rajin. Hahaha.

Mak mertua tak bagi adik ipar datang buat sementara waktu sebab saya cakap camtu. Akhirnya jadi lah saya menantu jahat yang buatkan anak tak boleh jumpa mak sendiri. Dan seperti saya agak, cerita saya tegur tu jadi cerita lain.

Sekarang adik ipar ada juga datang dan anak2 dia ada bermalam di rumah ni. Tapi dia dah train anak2 dia supaya tak suka saya. Disebabkan saya memang dah tau adik ipar memang suka menipu dan putar belit cerita, saya rasa tertekan sangat tinggal di rumah mertua.

Harini anak adik ipar terlepas cakap lagi. Rupanya adik ipar pusing cerita saya taknak bercakap dengan diorang anak beranak. Padahal dia yang tak mau. Sedangkan yang saya tegur tu benda betul dan simple je.

Kalau rasa kesian kat mak sendiri, bila datang rumah uruslah anak2. Bukannya tak bagi datang pun rumah mak sendiri. Kalau tak rasa kesian kat mak sendiri dah tua2 jadi orang gaji anak2 dia dan kalau rasa takde tanggungjawab, takpe lah. Terpulang lah.

Bukan tak nak pindah, ada sesuatu benda yang terjadi menyebabkan modal saya dan suami habis untuk berpindah ikut rancangan asal. Sekarang kami tengah kumpul semula modal untuk berpindah. Doakan lah kami.

Cuma sekarang saya trauma duduk di rumah ni. Disebabkan saya tegur anak kesayangan mak mertua saya, dan adik ipar pulak jenis suka pusing cerita, keaadaan rasa teruk sangat bagi saya yang menumpang ni.

Dan saya secara jujur memang meluat dengan perangai adik ipar yang lidah bercabang, depan lain belakang lain, suka jadi batu api, suka mengumpat, dan tak tahu malu. (dah banyak yang saya dengar dan lihat sendiri depan mata perbuatan dia tapi saya pendam je)

Hmmm. Tu je lah cerita gundah gulana saya. Ada apa sepatah dua kata atau komen cadangan ke?

– Ipar terseksa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *