Ipar Yang #$@&%!

Saya Zaim. Apa yang hendak saya ceritakan di sini telah lama saya pendamkan. Mengenai ipar saya yang berkahwin dengan adik perempuan saya.

Sebelum tu biar saya ceritakan serba sedikit tentang latar belakang famili kami supaya pembaca dapat memahaminya. Mak dan ayah saya tinggal di rumah pusaka moyang di kampung. Yg tinggal dengan mak dan ayah ialah adik perempuan sebelum dia berkahwin lagi. Umur dia pun dah banyak ketika berkahwin. Maknanya sama2 dah matang dalam melayari rumahtangga bersama suaminya yg berstatus duda. Selepas mereka berkahwin 4 tahun lepas mereka terus tinggal di rumah mak ayah saya.

Apa yang saya tak puas hati dengan ipar dan adik saya ni ialah sikap mereka yang sombong dengan keluarga. Bayangkan dalam 1 rumah tapi masak asing2. Petiais asing2. Bekas beras asing2. Petiais asing2. Apa yang mak saya masak tak dijamah ipar saya. Bila makan tidak dipelawa mak ayah.

Berbuka puasa juadah mereka dimeja kecil berbuka 2 orang sahaja. Juadahnya pula yg mereka masak sendiri atau beli. Tak campur dengan juadah yang kami beli dan mak masak. Mak ayah pula dimeja lain bersama anak2 lain jika kami yang lain berbuka puasa di rumah mak. Janggal tak? Tak tahulah kalau perasaan janggal tu hanya saya saja yang rasa. Tapi saya rasa ada sesuatu yang tak kena.

Raya pula, ipar tak menjamah juadah hari raya yang mak dan adik2 saya sediakan. Dia lebih sanggup makan di rumah jiran sebelah yang 1 bendera dengan dia.

Sebenarnya saya tak kisah kalau dia jijik dengan rumah mak kami jika kotor sangat bagi dia. Tapi bila kau dan tinggal dengan orang tua kenapa dibuat musuh dengan mertua sendiri. Pada saya mulut orang tua ni biasalah. Kadang2 ada pedihnya tapi anggap sajalah dia orang tua.

Terfikir juga saya tak suka sangat ke dengan mak ayah saya sampai begitu sekali. Cakap jiran2 sekeliling pun bila dengar balik kat telinga ni kadang2 sakit hati pun ada.

Lagi 1 sikap mereka ni akan marah bila barang mereka disentuh dalam rumah tu. Contoh buku letak atas meja makan. Bila nak cari buku tu tak jumpa bisingnya mengalahkan hilang barang kemas. Mereka seolah2 tak suka jika anak kami datang ke rumah tok mereka. Tambahan cuti sekolah ni mana lagi cucu2 nak pergi kalau tak ke rumah tok dan wan mereka. Bila rumah bersepah adik saya berleter dan pernah saya terdengar dia cakap ‘makngah tak suka lah korang datang. Lain kali tak yah datang lah. Habis bersepah rumah!’

Kalau pembaca di tempat kami adik beradik wajarkah kami berkecil hati dengan adik dan ipar kami sendiri.

Kadang2 saudara jauh datang bertandang tak pernah ipar saya tu nak bersembang. Hari mood dia baik datang bersalam. Tapi bila mood tak bagus jalan laju macam kilat dah tak nampak sape ada dalam rumah.

Satu lagi sikap pelik dia yang saya dapat kesan ialah dia pasti akan ke satu tempat berdekatan tempat kami juga setiap minggu seorang diri. Sebab saya selalu terserempak dengan kancil adik saya dan saya tau adik saya sedang kerja. Dan tempat itu sangat tidak sesuai bagi seorang yang berumur seperti dia. Wallaualam. Saya tak pasti apa yang dia buat.

Kami tak mahulah mulakan sengketa adik beradik. Kalau nak tegur sikap mereka tu boleh sangat tapi saya fikir juga apa perasaan mak ayah nanti. Mesti mereka sedih kalau kami bergaduh adik beradik. Nak tegur sikap adik ipar dia lagi tua dari saya. Patut dia tahu apa tanggungjawab dia pada isteri terlebih dahulu.

Saya pasti mak ayah saya berkecil hati dengan sikap mereka tetapi tak diluahkan kerana dia kesian pada anak dia. Dah lah suami tak ada pekerjaan tetap. Harapkan gaji adik saya saja. Kadang2 adalah duit dia bila dia ambik upah motong getah. Kenderaan pun tak ada hanya guna kancil adik saya saja. Tapi sombongnya mengalahkan orang berpangkat tinggi.. bukan saya nak hina dia tak ada harta. Bukan niat begitu. Cuma saya comparekan sikap dia dengan orang yang berharta pun tak sombong begitu. Bukan saya tak ada adik ipar saya lain yang jauh lebih berharta tapi tak adalah sombong sampai teruk begitu.

Kepada anda yang duduk sekali dengan mertua terutamanya lelaki, kalau bole saya nasihatkan cuba berdikari dan sediakan tempat tinggal pada isteri anda. Kalau isteri anda yang ajak tinggal sekali dengan mertua cubalah bersuara minta keizinan dari mertua sendiri. Jika mertua sendiri yang pelawa itu tiada isu. Itu rezeki anda. Malah ada yang tolak kerana paham apa itu tanggungjawab.

Bila dah tinggal sekali cubalah berbaik dengan keluarga mertua ipar duai anda. Janganlah sombong bongkak seolah2 rumah tu rumah mak ayah kau yg punya. Bawak2lah menolong jika ada pekerjaan yang berat dalam rumah tu. Bergaullah bersama keluarga jika ada aktiviti. Bila dah kawin kita berkawin dengan famili sekali. Bukan isteri sahaja.

– Zaim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit