Ipar Yang Pentingkan Diri Sendiri

Salam, aku telah berkahwin selama 2 tahun dan dikurniakan seorang anak yang comel. Kehidupan kami sepatutnya lebih indah dan tiada masalah kalau tidak melibatkan adik beradik or secara keseluruhan family suami aku.

Bagi aku silap terbesar yang aku buat adalah memohon personal loan atas nama sendiri untuk bantu suami aku bagi urusan duit hantaran dan kewangan di awal perkahwinan.

Ye aku tau silap dan langkah yang paling bodoh penah aku buat dalam hidup aku. Aku sedar dan ia nya pun dah berlalu dan kami lalui. Tapi husband aku janji untuk bayar bulanan bagi loan tersebut. Alhamdulillah dia tunaikan sehingga hari ini.

Sehingga sampai awal perkahwinan kami semua berubah mula nya dari aku terpaksa tinggal bersama ahli keluarga husband. Duduk sebumbung dengan orang malas dan pengotor ni memang menguji tahap kesabaran aku.

Dari awal kandungan aku ni terpaksa pejam mata, bertahan dan bersihkan je la semua walaupun aku ni wanita bekerja balik keje lewat dengan penat lagi tgk rumah macam ape. Bangun pagi pinggan mangkuk penuh dalam sinki, baju kotor berkumpul busuk dalam mesin basuh.

Kebanyakan dalam rumah sewa tu aku yang sediakan termasuk la alatan2 besar macam fridge, sofa, almari, kerusi meja dan macam2 lagi laa.. sebab apa? Untuk bantu suami aku sebab aku tahu die tak mampu jadi aku bantu.

Banyak kewangan suami aku yang bantu tapi tak penah aku mengeluh dan mengungkit pun. Tapi baik-baik aku pun ada tahapnya sampaikan aku rasa tiada respect pada aku tiada rasa malu dan bersalahnya pada aku.

Pada bulan ke empat aku dapat rumah pertama aku. Aku lah yang bayar bulanan penuh untuk rumah aku dan juga isi2 rumah.. jadi aku minta husband bantu aku untuk bayar bill astro, wifi dan maintenance security dan bil2 air dan electric.. tapi tahap kewangan husband aku ni tak sebaik aku..

Tapi aku sendiri perlu catu banyak benda untuk diri sendiri terpaksa benda2 asas aku macam shampoo pencuci muka sanggup aku tangguh supaya aku tak guna duit tu untuk bende yang boleh tunggu.

Sampai satu masa, ipar aku ajak mak mertua duduk dengan dia. Tapi duduk dengan dia duit bulanan makanan basah kakak no 2 suami aku sediakan dan husband aku bayar bulanan wifi rumah kakak no 1 atas dasar kononnya tu tanggungjawab dia pada mak dia..

Aku ni tahu selok belok kewangan suami aku.. Dengan sentiasa tidak cukup duit kadang2 bil2 rumah aku tertangguh2 aku masih tolong bayarkan sebab kesian.

Aku pun mula berbincang dengan ipar2 duai yang aku rasa mungkin boleh faham masalah kami supaya husband aku tidak perlu membayar wifi rumah kakak dia lagi tapi bagilah apa yang dia rasa mampu.

Tetapi sebaliknya, dia pertikaikan adakah ‘Tak cukup ke nafkah aku selama ini’, aku hanya ambil nafkah RM200 ringgit sahaja tu pun kadang aku pulang balik tujuan bantu suami sebab tak cukup duit.

Pertikaikan sekolah yang aku hantar untuk anak aku dapat kan pengajian. ‘Tahu tak de duit kenapa nak hantar taska mahal’.

Dia takde perasaan malu langsung untuk menentukan sekolah mana anak aku patut pergi. Dah sampai tahap kesabaran aku dengan keluarga ni.

Belum lagi aku minta semua hak2 aku termasuk perabot2 yang kau amik dari rumah sewa dulu pergi rumah sewa kau, yang kau sewa kosong tapi menagih barang dari aku bahkan cadar sekali pun aku kenal inikan pula perabot-perabot lain.

Aku tanya pada kakak-kakak ipar, isteri mana yang buat loan untuk suami dia kawen ngn aku. Aku jugak. Isteri mana yang sediakan tempat tinggal, bayar loan rumah RM3000 setiap bulan, isi2 dalam rumah yang semuanya aku yang sediakan. Isteri tu aku juga..

Bila tanya mereka, masing-masing berlumba dengan bangga suami masing-masing bayar and sediakan tempat tinggal. Aku ni?

Bila aku perlukan keadilan dan minta hak2 aku mula lahh pertikai aku tak redha, aku tak cukup nafkah ke?

Ini semua orang yang pentingkan diri sendiri yang tak tahu bab agama Islam. Tanggungjawab dengan ibu bapa & adik beradik bukan duit semata.

– Fafafa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. nafkah Rm 200 mana cukup. tapi itu yang dia mampu mungkin perlu redha. tapi yang saya geram baca ni , suami awak ni macam sengkek. dari sebelum kahwin sampai dah kawin, tak mampu tapi berlagak nak bayar wifi rumah kakak dia. wifi bukan penting pun. Dia kena tahu turutan nafkah. banyak dah saya tengok isteri gaji lebih dari suami, suami dan keluarga ambil kesempatan. Suami berlagak nak bantu keluarga sendiri sedangkan diri sendiri tak cukup duit. Dia fikir ” Takpa. Isteri aku gaji besar boleh tolong itu ini” .

  2. Sy sebagai org yg separa veteran ni sy nk suggest awk supaya jgn bg muka pd family suami lg Mula skrg.awk kena face to face ngan husband awk Dan Cuba tegas.duit istri ialah istri punya Dan duit suami ada hak istri.jgn jadi bodoh Dan segala2 kepeeluan family suami awk tanggung.start now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *