Bila baca confession dekat IIUM Confession ni terbuka pintu hati untuk bercerita kisah yang aku lalui sekarang ni. Marah itu, tidaklah sebab sikap orang tua, memang dah tak boleh nak ubah.
Aku Rania (Bukan Nama Sebenar). Usia aku dah dipenghujung 20an. Aku ada 7 orang adik beradik. Cuma aku dan abang aku jer yang masih bujang dan yang lain sudah pun berkahwin.
Sebelum ni, aku tinggal bertiga jer dengan Mak dan Ayah aku yang sudah pun berusia dipertengahan 70an. Warga emas. Aku pula bongsu memang rapat dengan mak ayah aku, dan tak boleh nak hidup jauh dari diorang.
Lagi pula mak ayah aku perlukan perhatian lebih dari anak-anak dia, tapi aku faham lah masing-masing dah ada kehidupan dan berkeluarga. Aku tak kisah sangat lah dan aku faham.
Aku sebenarnya ada masalah kesihatan, yang tak semua adik beradik aku tahu pun. Entah aku rasa tak penting pun untuk diorang tahu.
Yang penting diorang ambik berat tentang mak ayah aku, itu pun dah cukup bagi aku.
Kisahnya aku bermula selepas, akak dan abang ipar aku berpindah ke rumah mak ayah aku.
Pada mulanya, aku okey jer diorang nak duduk sini, lega sikit hati, ada masa diorang boleh tengok-tengokkan mak and ayah aku.
And aku faham juga masalah mereka yang perlukan kewangan untuk membesarkan 2 orang anak yang masih lagi belajar di universiti dan politeknik.
Tujuan mereka pindah ke sini sebab nak mulakan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung hidup.
Tetapi silap aku jugalah sebab aku berhenti kerja hanya nak bantu mereka meniaga. Aku kesian sangat dengan keadaan mereka.
Mereka ni sebenarnya ada jer rumah sendiri. Apa yang mereka ceritakan pada aku, tempat mereka tinggal adalah kawasan pendalaman.
Lagipula abang ipar aku ni pula memang dah lama tak bekerja hanya mengharap duit gaji akak aku jer. Bila akak aku dah berhenti kerja di kantin sekolah.
Tiada lagi lah punca pendapatan lain. Anak-anak masih belajar. Jadi mereka ambik keputusan untuk berpindah kesini untuk mulakan perniagaan.
Pada mulanya aku okey jer, bantu buat kuih muih persiapan untuk berniaga tu. Lama- kelamaan tu aku rasa macam pelik jugak. Kadang-kadang melampau laa pulak.
Dengan perbuatan diorang ni. Aku tak pernah tahu pun sikap diorang macam tu. Cuma hari ke hari aku perhatikan jer aku dapat sesuatu yang sikap abang ipar aku ni memang pelik. sejujurnya perangai Kedekut..
Aku ingat bila, dorang duduk dengan Mak Ayah aku boleh lah bantu apa yang patut. Bab bil air and api. Mak aku kongsi juga lah bayar. So dapat kurangkan beban kat situ. Okeylah.
Bila aku keluar pergi bandar berdua dengan mak aku, mak aku selalu mengadu. Ada jer yang tak kena.
Tapi mak aku ni jenis diam pendam depan anak menantu. Jaga hati lah kot. Tapi dengan aku ni diorang takut lah sikit, sebab aku ni mulut lantang tapi suka buat hal sendiri dan tak suka masuk campur sangat.
Tapi bila aku dan berbunyi boleh buat musuh laaaa.. berbisa. Aku suka setiap perkara tu ada bukti.
Aku dah lama jer perasan, sebab tak sampai 5 bulan lagi diorang duduk dengan kami. Aku pun tak nak hubungan aku dengan anak sedara jadi keruh sebab perkara ni, aku dengan anak-anak sedara memang rapat.
Yela apa-apa pun mak ayah diorang, mesti diorang akan tunduk punya walau seburuk apa pun perangai mak ayah diorang tu. Aku pun ada perangai buruk aku juga.
Semua orang pun sama ada sikap masing- masing. Anak-anak akak aku ni pun tak nak duduk serumah dengan mak ayah diorang. Macam-macam jugalah aku dengar aduan. Suka berleter la apelah. Dah nama orang tua kan.
Diorang ni, ada 2 anak lelaki yang dah bekerja tau. Ada elaun bulanan lagi sebab anak sulung mereka ni kerja sebagai tentera. Aku selalu jer dengar abang ipar dan akak aku ni cerita, selalu banggakan anak dia kerja kerajaan.
Yela aku kan tak kerja. And anak buah aku ni muda setahun jer dari aku. Tapi dah berjaya laaa katakan.
Aku berSyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri. Dapat hidup ni pun dah suatu rezeki.
Ada sekali tu aku dengarlah anak sulung diorang ni bergaduh dengan abang ipar aku. Kes duit. Sebab anak sulung diorang ada beli rumah so macam dapat duit lebihan la macam tu. 25k sebab aku tengok, anak buah aku post dalam group whatsapp family.
Tapi abang ipar aku marah, cakap anak dia tak sedar diri. Tak kenang budi dah besar kan dia bla bla bla. 500 ringgit jer anak dia bagi. Akak aku of course la back up si suami. Kalau bab duit ni laaa.
Hidup diorang ni memang duit duit duit. Itulah yang selalu aku dengar selain cakap penat cari duit. Selagi diorang berusaha tu. In Shaa Allah laaa.
Aku dengar jer. And lepas tu aku whatsapp aku personal anak buah aku, tanya okey ke tak. Sebab aku ni suka dengar cerita 22 belah pihak baru boleh assume.
Anak buah aku marah-marah panjang berjela whatsapp dia. Anak buah aku ni banyak benda lagi nak settlekan dulu. Katanya. Dalam pada yang sama aku terus terang yang bapak dia tu perlukan duit roadtax kereta. Nanti susah nak berniaga.
Kalau bab duit boleh buta semua orang erk, tak tenang juga kalau banyak duit. Nak tergelak rasanya.
Dorang suka duit, tapi selama duduk dengan mak ayah aku, diorang tak pernah pun hulurkan mak dengan ayah aku duit belanja.
Aku ni percaya rezeki daripada Allah selama aku duduk dengan mak ayah aku rezeki tu sentiasa ada. Duit tu tak pernah terhenti, walaupun tak banyak mana.
Kuasa takdir yang Maha Kaya kan. Aku boleh kata tiap bulan bagi duit kat mak Aku, Aku penganggur tau Yang Suka makan anggur.
2 bulan aku tolong diorang berniaga, satu sen pun tak bagi. So aku stop tolong diorang. Lepas tu aku keluarkan modal nak jual cempedak goreng dengan air kelapa.
Duit untung pun diorang ambik. So aku tak dapat nak keluar belanja untuk berniaga lagi. Aku mengadu jugaklaa kat mak aku yang duit tu akak ambik. Sebab kami berniaga sama-sama sekali.
Mak aku cakap tak pela. Rezeki tu ada In Shaa Allah. Aku selalu cakap kat mak aku, adik sayang mak, mak redha and restulah dengan kehidupan adik.
Adik terima takdir Allah macam ni. Redha dan restu mak jer yang adik perlukan. Itu jela ayat aku dengan mak aku hari-hari. Cubalah try test. Ini satu tips. Rezeki akan sentiasa mengalir. Duit tak pernah terhenti.
And dalam adik beradik aku, aku sorang jela yang selalu bagi duit kat mak walaupun ada beberapa sen sangat. Duit BSH untuk bujang pun aku bagi mak. Sebab ekonomi felda sekarang goyah sangat. Buah tak banyak. Itulah yang mampu.
Adik beradik lain mungkin tahu kot sikap diorang yang kedekut. Cuma diorang duduk jauh. Cara aku mudah jer. Tengok dengan mata kepala sendiri baru korang percaya.
Sebab aku ni tak suka cerita belakang belakang. Aku tunggu diorang berbunyi jer baru korang tau apa yang aku rasa selama ni. Hek hek
Suatu hari tu kan, akak ipar aku. Ni cerita dipenghujung ramadhan laaa ramai yang balik nak beraya tahun ni.
Akak dengan abang ipar aku ni dorang berniaga makanan dekat bazaar ramadhan sampai last ramadhan tu la. Akak ipar aku nak masak untuk berbuka.
Aku ada sekali kat dapur masa tu, Dia tengok dalam periuk tinggal kuah jer. And akak ipar aku ni bunyi laaa. “Ini jer tinggal kat mak apak nak makan?.”
Aku senyum jela sebab aku tahu dari awal puasa lagi, aku mak ayah aku selalu makan lebihan yang diorang meniaga.
Kalau habis tak ada lah. Aku dengan mak aku selalu jer nak masak tapi kebanyakkan barang dapur yang ada dekat dapur tu barang niaga diorang. Mak Takut nak guna sebab nanti diorang mengungkit.
Tapi sekali tu ayah aku berbunyi beras pun ayah aku beli. Diorang guna jer untuk berniaga. Ayah aku ni suka ambik barang keperluan dekat kantin. Felda kan
Barulah adik beradik yang lain tu tahu satu persatu cerita yang sebenar. Apa yang kami bertiga rasa. Makanan yang diorang beli diorang sorok. Lagi-lagi barang niaga.
Kalau dah sorok apa maksudnya?. Sampai mak aku sendiri rasa takut nak usik. Aku ni sebab keras kepala jer. Berbunyi sikit tahulah aku smash macam mana. Lepastu merajuk ajak bini balik. Hehehehe. Jahat tak aku
Itu belum cerita bab kebersihan lagi ni, aku selalu kene tourcher pemalas la nak kemas. Walhal akulah manusia yang
paling sukakan kebersihan tau. Sebenarnya aku selalu jer basuh tray yang diorang guna untuk niaga tu. Aku selalu cakap mak aku yang buat.
Bila kemas dapur, aku selalu cakap mak aku yang kemaskan. Kalau tak diorang berlonggok jer atas sink tu. Bila aku basuh diorang tambah tambah tambah lagi.
Bila manusia dah mula ambik kesempatan kita perlu juga tunjukkan kepakaran kita untuk kenekan semula mereka-mereka yang seperti ini. Aku pun ada mood aku juga nak buat sesuatu. Kalau kene paksa memang tidak laaaa..
Rumah tu tak boleh nak kemas, kalau aku kemas diorang selerakkan semula.. dengan barang niaga tu, bukan pandai susun atur pun. Esok-esok selerak semula.
Aku puas cover diorang ni tau dengan adik beradik lain. Cakap jer yang kau siap-siap masak tu kau dah cucikan mop lantai semua sekali. Akhirnya kantoi jugak. Memang dah perangai macam tu. Back up pun tak guna.
Kalau baju tuala apa semua tu, tak payah cakap lah. Bermacam-macam seni rekaan bentuknya yang ada jadi perhiasan. Menimbun. Pakaian dalaman tu macam art wall. Belum masuk bau-bauan lagi. Busuk tau.
Aku ni jenis yang tak boleh nak tengok benda macam tu tau, aku rela duduk dalam bilik diam-diam jer. Aku ni jenis bila ada mood nak kemas semua tu diorang tak bagi sentuh barang diorang, sayang nanti takut rosak laa ape lah.
Aku tak salahkan abang ipar aku jer perangai macam tu. Akak aku pun sama. Kalau bergaduh tu tak ingat dunia. Segala perkataan keluar tak kira depan mak ayah aku ke apa. Langsung tak hormat.
Aku tahu aku bukan adik yang baik, kalau tak nak buat untuk aku tak pe, buat untuk mak ayah aku yang masih ada tu.
Aku ni bukan jenis suka bercerita dekat orang tapi dah lama sangat aku pendam tau. Jadi aku luah jela kat sini. Yela aku pun bukan baik sangat kan. Ini pun kisah yang mengaibkan juga.
Tapi aku dah tak tahan nak sabar lagi. Rasa nak lari jer tapi kesian mak ayah aku pulak. Diorang dah tua. Perlukan perhatian dari anak-anak.
Kalau hari-hari merungut pasal apa yang jadi tu diorang cari aku. Tak delah sedih sangat kisah aku ni sebab aku tahu kat luar sana ujian mereka lagi teruk daripada apa yang aku lalui ni.
Semoga kita terus bersabar dan kuat harungi segala ujian
– Rania (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit