Ipar Yang Toksik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon hide identiti aku. Aku cuma nak berkongsi apa yang aku lalui selama 8 tahun aku masuk ke dalam family laki aku.

Aku ada suami yang baik. Tak lah sempurna tapi baik. Suami aku ada 5 orang adik beradik. Suami anak yang ke 4, bawah dia adik lelaki bujang, yang sulung abang dan kedua ketiga adalah kakak kakak.

Isteri abang ipar aku aka biras aku ni, baik yakmat. Biras lelaki aku pun, okay okay saja. Cuma kakak kakak ipar aku and sorry to say, mak mertua aku ni lain macam sikit.

Aku tak tahu lah kenapa. Kak kak ipar aku plus mak mertua aku ni, habit mengumpat dah macam darah daging. Macam kalau sehari tak buat, bernanah mulut.

Semua orang tak betul kat mata depa, kadang aku tergolong dalam orang yang depa dok umpat tu. Sedangkan aku tak tahu pun apa salah aku.

Tahu tahu saja, masing masing buat muka minta kaki dengan aku. Ada masa dia, aku bertembung dengan depa, boleh depa buat muka ketat sedangkan aku gigih bagai tak mau dok sengih depan depa. Pelik aku.

Tapi cuba mai orang dok ngata depa or anak anak depa, fuh kemain marah macam tak ada esok lusa.

Sorang kak ipar aku ni pula, kaki batu api. Perghhh, dia punya hasutan, kalah iblis. Dengan mulut muncung muncung boleh ikat kot tiang karen. Pernah aku dapat order nasi ayam.

So macam terlambat sikt dari masa yang ditetapkan sebab ada hal last minit jadi. Boleh dia cakap kat kak ipar sorang lagi nu, lepas ni jangan bagi aku ambil order lagi dari orang.

Ehhhh. Awat tak habaq terus dengan aku kan. Masalahnya dia cakap depan muka aku. Selamba aku sound, “DAH REZEKI CEQ. HANG JELES KA?” Dia tarik muka gais dengan aku.

Baru baru ni, kami bergaduh besar. Aku laki bini sikit lagi nak cerai berai sebab mulut depa. Tengah ada konflik dengan adik bujang depa time tu. Dia buat hal dengan mak mertua aku.

So tengah tegang tegang, yang kak ipar sorang ni tiba tiba kaitkan aku padahal aku ni elok saja baru balik dari mengketedarah kat pekan.

Laki aku sound lah sedas. Apehal babitkan aku. Dia boleh kata aku mengata dia gais kat orang kampung. Padahal aku ni kawan pun takdak kat kampung ni, cuma customer aku saja.

Takkan lah aku nak membawang dengan customer setiap kali depa mai beli nasi lemak aku. Ah, aku tak diam. Aku balas ya. Aku tunjuk segala tok nenek bukti yang selama ni dia mengata aku kat orang lain.

Masalahnya, bila depa dok ngata aku kat orang kampung, depa boleh ada sidenote dihujung keji tu, “JANGAN KASITAU SI POLAN YANG KAMI DOK CERITA NI.”

Apooo?? Depa nak tutup cerita pasal adik depa yang perangai serupa ifrit tu dengan tuju perhatian kat aku.

Start hari tu, aku cakap kat laki aku, aku tak nak ada kena mengena dengan kakak kakak dia. Korang nak tungging terbalik masuk kubur ka, aku tak heran.

Memang aku marah betul sebab benda aku tak buat, orang fitnah aku. Mau tak sakit jiwa?

8 tahun aku tahan depa dok body shamming aku, kata aku muka tak cantik banyak jerawat, gemuk pakai baju apa pun tetap tak lawa, apa yang aku beli korang dok ngata, sampai tahap ni aku memang tak boleh tahan. Aku keluarkan habis.

Sekarang ni aku buat tak reti saja dengan depa berdua. Tapi korang tunggu esok lusa depa nak pakai khidmat aku, pokok nyiuq pun boleh bengkok dengan ayat manis depa. Aku dah biasa kena.

Aku bukan nak mengungkit ya. Bila dorang nak aku tolong, bukan main baik. Bila dah settle benda tu, dorang campak aku macam kain buruk ya kawan kawan.

Aku telan saja. Tapi kali ni, aku cakap, THIS IS IT. Sampai masa aku berubah rasa. Takkan disebabkan dua ekor anai anai tu, aku laki bini kena tebang semua tiang. So aku ambil langkah ignore. Laki aku pun tak boleh kata apa dah.

Aku ni ada MDD (Major Depressive Disorder) with psychosis. Masa mula mula dulu, yang tahu laki aku and mak mertua saja.

Lepas tu family lain dapat tahu dari mulut mak mertua aku sendiri. Boleh depa kata aku gila? Dicanang ke semua orang yang aku ni ada kad gila. Aku rasa makin bertambah stress aku dengan depa ni.

Bila pandang aku tu, buat buat muka lepas tu karang ada lah bahan depa. Aku ni tahu semua ni sebab anak buah aku rajin menyampai kat aku. Sebab dia pun tak tahan dengan perangai puaka mak and makcik dia tu.

Kejadian paling fresh, baru sahaja jadi. Anak kak ipar sulung aku ni pukul anak lelaki aku tang kepala. Anak aku meraung mengadu sakit so aku bawa ke hospital.

Instead of dia minta maaf, dia mengata aku saja besar besarkan cerita dan buat keputusan tak nak ambil peduli hal anak anak aku lagi. Sedangkan anak dia tu dah besar gais, tingkatan 3.

Bayangkan budak 5 tahun kena pukul dengan budak 15 tahun, sakit dia macam mana. And dia and anak dia tu langsung tak ada minta maaf. Siap cakap aku ni jahat.

Eh. Aku pun jadi confuse, siapa buat siapa sebenarnya ni. Sekarang ni, mak mertua, kakak kakak ipar and keluarga depa semua dok pandang aku laki bini jahat hanya sebab kami bawa anak yang sakit ke hospital atas perbuatan anak depa.

Tapi aku tak mengalah gais. Pantang ada peluang, aku renung muka satu satu tanpa kerdipan dengan muka yang bengis. Depa dok heboh aku gila kan sebelum ni. Sila hadap manusia saiko ni.

Aku pernah cerita kat mak pak aku. Tapi pak aku banyak suruh aku sabar saja. Ya, aku masih bersabar sebab mak pak aku ajar aku macam tu.

Biar orang buat kita, jangan kita rendahkan martabat kita jadi macam depa. Aku pegang tu saja. Kalau tak, lunyai dah aku tibai satu satu.

Doakan aku masih bertahan laki bini dalam menghadapi perangai akak akak and family toxic depa ni. Sebab kalau tak kuat iman, jadi janda dah aku. LOL.

Yang meluah,

– Insan Stress (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *