Saya tak pasti kalau ni tempat meluah yang tepat untuk masalah adik beradik. Cuma saya taktau nak luah dekat sapa.
Saya anak kedua dari 5 beradik. Saya & adik bongsu perempuan. Lagi 3 orang lelaki. Normal ka ya ada rasa iri hati sesama adik beradik? abang sulung & adik pertama bawah saya sangatlah busuk hati perut dengan saya.
Abang sulung saya berubah 360darjah perangai sejak dia kahwin 3 tahun lepas. Saya kahwin awal 3 tahun dari dia. Sejak dia kahwin, dia jadi sangat sensitif & cepat sentap. Pantang family (termasuk parents) tersilap susun ayat, terus nak sentap, perli2, sindir2.
Oh lagi 1 dia dah 30an, tapi semua benda jenis suka update status. Dia happy ka, dia tak puas hati ka, semua nak update status.
Yang paling nampak ketara perangai dia ialah dekat saya. Silap cakap sikit, melawak over sikit, mula la nak naik angin. Saya ni bukanlah nak mengungkit, tapi banyak benda saya cuba sehabis baik untuk tolong dia.
Dari segi kewangan, tolong mengasuh anak dia, tak pernah sikit saya berkira. Dengan suami saya pun kerap meminjam, kadang dia bayar balik, kadang kami halalkan. Sebab dia abang saya.
Masa dia nak kahwin pun ada saya tambah yang mana tak cukup. Tak pernah sekali saya ungkit walaupun berkali2 kata2 dia menghiris hati.
Saya tak nafikan, dia pun banyak tolong saya. Kadang saya pinjam kereta dia, moto dia. Bab duit tak pernah lagi saya minta tolong dia. Masa saya pinjam kenderaan dia, memang saya isi minyak balik. Siap lebihkan dari baki asal.
Yang saya dapat nampak, first dia macam dengki dengan saya & suami saya. Saya & suami memang rapat dengan parents saya. Anak2 saya pun rapat dengan parents saya sebab memang saya sendiri yang selalu call, video call, kerap bawak anak2 pi rumah parents kami.
Suami saya pun jenis pandai ambik hati parents saya, so parents saya pun lebih banyak terbukak dengan suami saya berbanding abang saya ni. Tambahan, abang saya pun bukannya jenis yang pandai menyembang dengan parents kami.
Sejak dia ada anak setahun yang lepas, timbul pulak isu saya ni anak kesayangan parents saya. Katanya, parents saya lebihkan cucu sini dari cucu sana. Dah dia sendiri pun bukan jenis yang bawak anak dia kerap2 jumpa parents kami. Dia lagi kerap bawak anak dia jumpa parents isteri dia berbanding kami.
Then setiap kali jumpa in law dia, mesti dia update status seakan2 in law dia ja yang sayang anak dia, in law dia lah yang banyak tolong dia, in law dia lah yang rapat dengan anak dia.
Tak dinafikan, parents saya pun banyak kali terasa dengan dia. Cuma mak kami still layan dia macam biasa. Ayah kami 50-50 macamtu la.
Kereta dia mak kami yang tolong bayar deposit. Motor baru dia pun duit depo dari mak kami jugak. Dalam duk sindir2 parents sendiri macam parents dia pilih kasih, tetaplah minta tolong dari parent sendiri juga. Kenapa tak minta tolong family in law ja. Kereta dia pun kadang sangkut monthly, mak kami yang bayarkan dulu.
Mak kami shopping barang cucu pun tak pernah lupa anak dia, sayang cucu sama rata. Dia ja yang asyik lebihkan in law dia, lepastu play victim kata parents kami pilih kasih. I kenot brain. Kalau betoi parents kami pilih kasih, buat apa depa tolong bagi duit depo semua.
Then yang saya perasan, dia dengki dengan suami saya. Suami saya dengan ayah kami ada share duit untuk business tapi yang totally run business tu suami saya.
Biasalah business baru nak mula, memang la banyak kekurangan. Dia awal2 lagi dah menjatuhkan semangat kami. Marah suami saya macam dia pandai segalanya. Bercakap seolah ada duit dia dalam modal business kami.
Isu yang baru terbongkar, kami dapat tau yang dia bercerita dekat kawan2 tempat kerja dia semua kekurangan, kesilapan suami saya. Dia kerja kilang, bayangkan la berapa ramai kawan2 dia. Bercerita pulak waktu lunch, masa ramai kawan2 dia kiri kanan depan belakang.
Nak dijadikan cerita, salah sorang kawan dia tu kawan suami saya. Rupanya, sampai ke hal rumahtangga, hal dalam kain kami laki bini sampai yang kekurangan duit pun kawan2 dia tau. Pasai dia sedekah dekat kami duit pun kawan2 dia tau, tapi dia tak sebut pulak berapa amaun dia bagi. Padahal dia bagi RM50 ja.
Start dari situ, benda dah jadi besar. Saya dah hilang sabar. Dia seolah menjatuhkan maruah kami, burukkan business kami yang baru nak ada nama. Kami pun dah banyak kali bergaduh pasai mulut dia sebelum tu.
Ada yang saya makikan balik, ada yang saya rendahkan ego mintak maaf, kalau saya malas layan saya iyakan saja semua kata2 dia. tapi dalam banyak2 gaduh tu, tak pernah lagi la dia akui kesilapan mulut dia. Padahal semua benda selama ni punca dari mulut bontot ayam dia.
Then sejak dapat tau dia bawak mulut, dia dah block saya. Update status sindir2, perli2, sampai ke parents kami dia sindir2 cakap depa lebihkan saya. Tak pernah sekali dia sedar semua benda jadi sebab mulut dia.
Dia punya play victim tu macam kami punca utama. Siap kata parents kami lagi sayang menantu (suami saya) dari anak lelaki sendiri.
Cerita ni tak habis dekat sini. Adik pertama bawah saya pun sama peel macam abang dia juga. Parents kami tolong bayar depo keluarkan kereta untuk dia, di samping nak mudahkan dia. Kereta tu pun awal2 parents kami dah cakap bukan hak mutlak dia. Kereta tu seakan kereta family.
Awal2 dia setuju ja sebab memang dia yang pakai 24jam. Then tersangkut monthly 2 bulan. Ayah kami ambik balik kereta tu & ayah yang dahulukan dulu duit dia bayar monthly. Yang kami marah sampai ayah ambik kereta balik tu sebab gf dia yang lebih sudu dari kuah.
Gf dia lekat sticker nama dia sendiri dekat seat sebelah driver tu, kasut2 simpan dalam kereta, segala perfume barang2 dia semua. Pi berjalan jauh2 sana sini ada ja duit, makan mahal2 banyak ja duit. Tapi nak bayar monthly tak boleh. Logik la ayah marah.
Then bising2 tuduh kami laki bini yang tengah pakai kereta tu. Tiber nama laki saya pulak terkait. Eh tak kuasa nokk nak bayar myvi sampai 600+ monthly, baik kami ambik mpv memandangkan anak pun dah dua. Tahun depan pulak plan nak tambah ahli lagi sorang hikhik.
Hat adik ni jenis baran tapi time dia tengah jerit2 tu air mata meleleh. Banyak lah lagi kejadian2 yang punca dari perangai baran dia. Mulut dia dengan abang dia sama ja.
Sekarang ni depa tengah geng la sebab dua2 tak suka saya. Dia pun anggap parents kami lebihkan saya & suami. Padahal kami sendiri taktau bahagian mana yang parents kami lebihkan kami.
Ayah sekadar bagi sikit duit untuk modal business ja untuk kami. Sedangkan depa mak ayah siap tolong kluarkan lengkap sepasang kereta & motor untuk mudahkan urusan depa.
Dekat 2 bulan berlalu, tiba2 semalam si abang update status sindir lagi. Saya ada tnya parents kalau2 parents ada cerita apa2 dekat dia pasai kami tapi parents kata tak. So saya yakin status smalam tu sebab dia jealous ayah kami ada sekali dekat tempat niaga.
Oh lupa nak cakap, kami stay 1 kawasan, tempat niaga kami pun dalam kawasan tu. Jadi bila nak keluar masuk dari kawasan tu, memang akan nampak tempat niaga kami. Waktu dia update status sama dengan masa ayah ada dengan kami.
Malam tu pun saya bertembung dengan dia masa nak balik rumah. Jadi saya yakin la status tu memang sebab ayah ada dengan kami.
Katanya ayah tak cukup dengan bagi sokongan kewangan, sokongan moral pun ayah bagi dekat kami & dalam status tu dia mengaku dia meluat tengok. So maksudnya dia dengki dengan saya lah kan?
Nak meluah pun malu sebenarnya sebab macam clishe sangat. macam mana eh? Nak buat bodoh ja ka? Ka saya kena minta maaf dekat dia? Dia dah cakap dekat mak kami dia nak mai beraya awal2 pagi, sebab takmau bertembung dengan kami.
Setelah apa yang dia buat pun, hati saya tak cukup jahat untuk benci dia. Saya masih sayang dia sebagai abang sulung. Dia pun sangatlah baik dengan saya sebelum dia kahwin.
Tapi taktau la kan kot baik ada makna sebab nak perguna senang pinjam duit ka apa. Malas nak buruk sangka, masib cuba bersangka baik dengan aturan Allah. Doakan kami dapat pulihkan balik hubungan darah daging kami.
– Bedah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit