Hai. Saya straight to the point saja ya. Saya bertunang Ogos 2020. Waktu tu baru habis belajar. Tunang saya 3 tahun lebih tua dan dah lama kerja. So sepatutnya dia dah lebih stabil lah kan?
Tapi disebabkan PKP, dia diberhentikan kerja dan akhirnya duit simpanan dia habis. Kena start from zero balik.
Sekarang dah 2021 dan dia masih belum ada simpanan sebab jenuh nak settle kan tunggakan motor waktu dia tak mampu bayar dulu tu. Duit kahwin dia belum simpan lagi.
Jujurnya saya risau. Bila nak kahwin ni? Tahun ni macam mustahil sebab kerja baru dia ni gaji jauh lebih sedikit daripada gaji sebelum ni. Dengan komitmen lagi, haih.
Saya siap dah list kan segala bajet dan target saving minimum yang dia kena ada. Saya sendiri dah start menabung dan saya percaya savings saya sekarang lebih banyak daripada dia.
Cuma saya tak pernah beritahu dia berapa banyak dah saya ada sebab saya taknak dia rely on me untuk kahwin nanti.
Tolong doakan dia dapat kerja dengan gaji yang lebih tinggi. Dahlah time tunang berjanji nak bagi hantaran 10 dinar emas. Padahal waktu tu dia tengah kerja dengan gaji 1200 saja.
Sekarang kerja lain, tapi gaji masih bawah 2k. Time nak tunang tu, saya ingat lagi kami bergaduh dan saya cakap, 5 dinar emas saja cukuplah.
Sebab yang kami bincang 10 dinar emas tu time dia masih kerja gaji tinggi. Tapi entahlah ego dia kot.
Dia tanya, “berapa yang kita bincang sebelum ni?” saya jawab, “10.” dia balas, “haa so? kita ikut apa yang kita rancang.” sekarang bila saya ungkit balik perbualan tu, dia sengih saja.
Kami bincang dan bercadang nak kasi lambat sikit hantaran tu. Nak kumpul duit basic saja dulu sebab dengan gaji dia mcmtu, memang 5 tahun baru dapat kahwin.
Takkan nak tunang 5 tahun? Kami kawan pun dah 4 tahun. Harap parents saya dapat faham benda ni. Masalah kewangan memang membebani kami saat ni.
Dulu tunang saya ni boros, sebab tu savings dia 10k boleh habis. Dia beli motor baru. Motor lama masih ada dan masih bayar.
Sekarang Tuhan uji dengan kewangan, boleh nampak dia terpaksa berjimat cermat dan fikir pasal masa depan hahaha.
Saya mula question is he the one ni bukan sebab kewangan sebab family saya pun sederhana susah. Bukan sederhana senang ya hahahahaha.
Jadi kami dah biasa hidup berjimat cermat. Yang jadi question nya bila everything seems to go wrong. With his family, with my family.
His family macam nak suruh saya putus dengan dia sebab family dia rasa adik dorang ni tak matang lagi, masih banyak sifat yang negatif. Tak mampu lagi nak jadi imam.
Family saya pula macam kurang gemar sebab dorang pun rasa dia ni tak matang. Emosi tak stabil. Jujurnya, saya pun rasa apa yang family dia rasa.
Tapi saya tak tahu nak keluar macam mana dari hubungan ni.
Pernah kami gaduh besar sampai nak putus dah. Tapi end up kami masih beri peluang untuk masing masing ubah perangai masing masing. Tapi tak berubah pun hahahahaha.
Saya pun tak sempurna. Memang ada kekurangan saya yang hanya dia nampak dan dia point that out. Tapi saya keep on thinking about his flaws.
Manusia, kan? Mana nak nampak diri sendiri punya silap. Rasa macam ehh sikap aku ni kalau dah jumpa the one mesti takkan macam ni. Lahh fairytale.
Kalau kalian nak kata ini ujian tunang, mungkin ya mungkin tidak sebab even before tunang pun memang kami selalu dah gaduh. Mostly sebab dia mudah sentap and he blames me.
Saya always minta maaf and pujuk, alah macam mana laki pujuk perempuan. Hubungan saya dengan dia macam tu lah.
Saya selalu pujuk dia sebab dia yang selalu buat hal nak merajuk dan emosi. Saya sejenis rilek dan sempoi. Kadang terlalu rileks sampai saya abaikan dia pun ya juga hahahaha.
Tak tahu nak kata kami ni berjodoh sebab sifat yang berbeza dan saling melengkapi atau kami ni tak berjodoh sebab terlalu berbeza.
Kadang saya nak juga rasa dipujuk dan merajuk macam takda pedoman macam perempuan perempuan lain tapi saya terlalu rasional untuk bertindak melulu macam tu hahahaha.
Oh satu lagi, saya mula develop rasa kurang senang dengan family dia sebab haritu saya join family gathering dorang lepas tu dorang attack tunang saya dengan kasar dan macam macam lah dorang tegur depan saya.
Saya stres betul time tu, rasa macam nak hempuk kepala sorang sorang suruh diam hahahaha.
Dorang adik beradik gang up on him and saya terkejut dengan situasi tu sampai saya tak mampu defend dia. Maafkan saya.
Sampai harini terbayang bayang kalaulah saya cakap macam tu, macam ni… Baru saya faham kenapa dia agak keras dengan family dia. Sebab family dia pun macam tu juga.
Kalau kahwin, saya rasa mungkin akan lebih kerap jumpa family saya kot berbanding family dia hahahaha. Tapi family dia yang bagusnya, sangat menerima. Dorang cuma concern dengan adik dorang tu saja.
Dengan saya, abah dan kakak kakak dia semua cakap mereka nak saya jadi menantu keluarga mereka. Terharu pulok rasa hihu.
So, kalian rasa macam mana? Komen yang murni murni dan tolong doakan kami ya.
Sekarang bulan ramadan, saya selalu doa agar dia diberi kerja baru dengan gaji yang lebih baik, and also doa tentang kami lah. Moga ada cahaya dan petunjuk dari-Nya. Aamiin.
– Tingting (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit