Untuk part I, (https://iiumc.com/is-money-more-important-than-family/).
Assalamualaikum readers, saya hari tu ada buat confession dalam bahasa inggeris sebab ingatkan ada section BI punya.
Biasalah orang kata perempuan ni kalau marah best betullah guna bahasa inggeris. Tiba-tiba terus pro buat karangan.
Sungguhlah saya sangat kecewa dengan mertua saya yang langsung tak menjaga hati saya.
Tapi kalaupun mereka langsung tak mahu jaga hati saya, jagalah hati anak mereka yang dikira 24 jam bekerja lagi- lagi bila kena kerja di kedai.
Mereka sering berkata suami saya bukanlah anak yang baik dan mula membandingkan dengan ipar-ipar saya.
Bagi saya, itu sangat tak adil sebab ipar saya duduk dengan mertua jadi bila mak mertua kata, “tengok akak kau yang takde duit tu boleh lagi beli mama beras”. Aku rasa nak ketawa.
Ya mestilah akak tu beli beras sebab dia pun duduk dengan mak mertua saya. Tapi tulah dia bayar apa lagi? Bil lain dicampakkan kepada kami.
Bila kami beritahu tak ada duit. Mulut tu tak reti nak jaga. Anak kamu dah kahwin mertua. Bukannya bujang lagi.
Semasa kau kahwin dulu, duit kau semua pergi dekat mak ayah ke? Aku rasa tidak sebab aku tahu mereka duduk berjauhan dari semua ahli keluarga.
Mertua aku memang jadi “gila duit” macam ni bila mereka takde duit. Tulah aku sering kata kat suami aku. Kenapa dengan 3 bisnes mereka masih lagi tak kaya? Masih lagi tak cukup?
Mestilah jawapan utama sebab kurang rasa bersyukur.
Bila hidup fikir manusia yang memberikan rezeki. Memang kau tak boleh survive, kemudian segala maki hamun keluar dekat anak kau.
Dari segi sudut duniawi aku dah nampak, ianya kerana mereka tak reti jaga kewangan.
Sepatutnya duit yang mereka dapat tu dapat bertahan berbulan-bulan tapi mereka boros.
Mereka boleh habiskan beratus-ratus buat kenduri tapi untuk pendidikan anak-anak, untuk benda yang lebih penting mereka tak reti nak menyimpan.
Mereka buka perniagaan baru bila duit dah sengkek.
Dalam pemikiran aku, aku fikir kenapalah buka bisnes?
Sedangkan siang malam mengadu tak cukup duit tapi mereka tegas nak juga buka satu lagi bisnes atas alasan “peluang hanya datang sekali”. Itulah prinsip mereka yang paling tak pandai.
Sebab mereka tak fikirkan risiko dan bila bisnes tak berjalan dengan baik, kamilah yang dicari untuk sumber kewangan. Anak yang kau maki nilah yang kau cari.
Betullah kita tak boleh ubah pemikiran orang yang dah lama hidup ini.
Mereka masih dengan prinsip anak adalah bank persaraan mereka. Tapi yang kena tempias mestilah aku.
Aku tak kisah sangat bab mereka nak duit sebab alhamdulillah cukup apa yang suami aku beri tapi sekurang-kurangnya janganlah menghina, memaki suami aku dan aku.
Itulah aku cakap dengan suami aku, jomlah pergi jauh. Pergi kerja di luar negara tapi disebabkan mak ayah dia dah memang umur 70-an, dia risau tak sempat ada jika mereka pergi.
Aku pun geram juga bila suami aku tak bertegas betul tapi aku nampak jugalah dia sedang berusaha untuk buat “boundary”dengan mak ayah dia.
Cuma tulah tua naw emaknya jadi cakap banyak kali tak berapa nak faham. Yang dia faham duit duit duit. Aku sedih sebab duit mereka rela kami bercerai.
Sebelum ada masalah duit ni, mereka cuma nak kami PJJ supaya aku boleh dapat duit sendiri dan tak guna duit suami aku.
Itupun aku dah berbulan naik angin memikirkannya. Ini pula nak berpisah terus.
Sungguhlah mak bapa macam ni baik pergi jelah dari dunia ini. Sanggup kau rosakkan hubungan anak. Tak tentu lagi kalau kami bercerai suami akan akan dapat duit banyak.
Isteri pun satu rezeki. Tapi tulah bila berdepan dengan orang yang tak percaya pada rezeki. Memang kena bertahan jelah.
Cuma terkilan sebab saya bukan anak mereka. Tak adil mereka buat begitu pada saya. Saya anak mama ayah saya.
Untungnya saya dan suami, mak ayah saya memang perangai bertentangan dengan mak ayah dia.
Umur mereka sedekad lebih muda tapi untungnya mak ayah saya, bila dah pencen terus mencari Allah. Tak lagi utamakan mencari duit.
Jadi moga mak ayah mertua saya stop bekerja dan duduklah masjid. Semaklah dah tua asyik kerja ni. Kalau tak kerja pun patut boleh survive. Tapi bersyukurlah!
Buat yang membaca. Tolonglah doakan juga aku nak ada anak.
Aku dah lama berkahwin jadi memang aku nak zuriat sendiri sementara umur aku masih lagi kuat untuk melahirkan tapi keadaan aku yang memang sakit wanita ni melambatkan lagi urusan tu.
Apapun aku berpegang pada “selagi ada rahim, Allah boleh bagi rezeki anak”.
Aku punya kesihatan hari tu agak bagus tapi bila dah tiba isu “baik cerai” oleh mak ayah dia ni, aku memang jadi stress.
Siapa yang ada sakit macam aku memang tak digalakkan stress sebab hormon aku akan jadi tak seimbang.
Lagi lagi muncul kes pakcik kereta yang kahwin lebih tu dengan ayat dia tu lagi terpalit rasa sakit dia buat saya yang ttc ni. Allah maha adil.
Doakan saya…
– Anak abah den (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit