Assalammualaikum…
Ini adalah tahun ketiga aku mendirikan rumah tangga. Aku mendirikan rumah tangga di kala aku masih lagi tidak mempunyai pendapatan yang tetap, namun semua urusan perkahwinan aku dan isteri dibantu oleh banyak pihak sehingga ianya berjaya berlangsung.
Alhamdulillah, sekarang aku sudah mempunyai pekerjaan yang tetap namun aku tidak lah terlalu tinggi dan hanya cukup cukup sahaja.
Aku berani menyatakan aku adalah miskin bandar yang hidup di Kota Metropolitan Kuala Lumpur ini.
Tambahan pula, isteri aku masih berusaha untuk mencari kerja, maka bebanan menguruskan rumah tangga terpikul di bahu aku seorang..
Aku redha dengan tanggungjawab ini.
Hari raya kian mendekat, tetapi duit gaji untuk bulan Jun sudah separuh gunakan gunakan untuk membayar duit sewa rumah dan kereta. Itu belum termasuk bayaran bulanan penapis air, bil air dan bil elektrik.
Duit untuk membeli barangan dapur juga perlu disediakan dan aku sudah menggunakan duit tersebut membeli barang2 keperluan supaya isteri aku tidak kelaparan.
Duit untuk minyak kereta perlu disediakan untuk sebulan walaupun sekarang di dalam akaun bank aku hanya berbaki sebanyak tiga angka yang bermula dengan angka 5 sahaja lagi.
Walhal, bulan Jun masih kunjung tiba.
Hahaha…
Aku hanya tersenyum dan terima ini sebagai tanggungjawab suami.
Tetapi di dalam hati ini terdapat kekesalan yang amat mendalam, iaitu aku tidak mampu untuk membelikan apa-apa persiapan baru untuk menyambut hari raya kepada isteri aku walaupun sepasang kasut.
Walaupun isteri aku tidak meminta minta tetapi aku faham naluri seorang wanita tetap berhajat kepada baju baru, kasut baru dan sebagainya…
Dikala dia menunjukkan gambar baju yang dijual secara online di IG, aku hanya mampu tersenyum dan memberikan harapan kosong, “cukup bulan nanti, kita beli lah..”
Di kala kami melakukan window shopping, dia sering menunjukkan baju2 yang cantik di matanya.. aku tau dia sangat berhajat kepada baju2 itu…
Aku hanya mampu berkata “sabar ye.. nanti abang dah mampu abang belanja” sekali lagi harapan palsu daripada aku…
Aku tersenyum… tetapi…
Di kala aku bersendirian, aku hanya menutup mata menahan sedih mengenangkan kegagalan aku untuk menggembirakan isteri aku.. dalam hati sentiasa berkata kata “bukannya dia minta gelang emas habib jewel, gelang pandora, cincin poh kong, dia hanya nak baju baru je kot, tu pun kau tak mampu nak beli???” Aku diam dan termenung mengenang kegagalan.
Aku bertekad aku akan berusaha dengan lebih kuat untuk menggembirakan hati isteri aku. Dia adalah amanah aku. Dia tinggalkan mak ayah dia untuk berbakti kepada aku.
Ya, aku perlu bangkit!
Aku teringat kata2 seorang kenalan yang juga lelaki nan suami, “walaupun kita susah, jangan sesekali tunjuk kepada isteri, biarlah kita susah sorang2 di samping terus berusaha mencari rezeki” kata2 yang menusuk kalbu aku…
Akhir kata daripada aku, aku ingin menyampaikan kata2 berikut kepada isteri aku..
“Kepada isteriku, maafkan abang ye.. gaji yang abang dapat cukup2 untuk survival kita selama sebulan. Abang janji walaupun abang tak mampu belikan baju baru atau kasut baru, abang akan pastikan makan yang cukup, rumah sewa yang berelektrik dan mempunyai air untuk awak. Sabar ye, percayalah urusan ini akan selesai.
Abang akan berusaha dengan lebih kuat untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Abang janji untuk memenuhi kesemua harapan-harapan yang masih palsu buat masa ini.
Terima kasih kerana memahami keadaan abang.”
Sekian, terima kasih.
Daripada,
– Lelaki nan Suami (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit