Aku terpanggil untuk artikel Worshipping Ideologies yang kalian boleh dapati di link ini :
(https://iiumc.com/worshipping-ideologies/)
Harapnya Confession aku tersiar walaupun tajuknya agak mengancam.
Dah lama bersarang dalam benak fikiran aku berkenaan dengan Islam dan liberalisme. Seringkali kita dimomokkan dengan Islam itu tidak liberal – terlebih lagi buat wanita. Izinkan aku menyimpang pandangan.
Liberal berasal dariapda perakatan latin, ‘liber’ yang bermaksud ‘free’ atau bebas. Sebelum ianya dipecahkan mengikut aluran disiplin fahaman falsafah.
Penulisan ini aku lebih fokuskan dalam ruang lingkup Islam dan wanita ya. Aku pun seringkali dilabelkan liberal, maka biar aku fahamkan sudut pandangan aku. Terus aku berikan hujah mengapa Islam dan liberal itu seiring ya:
Sebelum kedatangan Islam,
(1) Seorang lelaki boleh berkahwin sebanyak mana mereka mahu tanpa had.
(2) Sesudah dikahwini, suka hati jantan tak berguna tersebutlah nak perlakukan wanita-wanita mereka macam mana (Sorry, ter-emo) . Tiada tata cara menyantuni isteri.
(3) Wanita sinonim dengan simbol seks dan hamba kelas atasan. Wanita mereka harus berpakaian sesuai nafsu serakah lelaki-lelaki atau Tuan mereka.
(4) Sudahlah begitu, sukar sekali untuk wanita punyai akses pada pendidikan.
Selepas kedatangan Islam, (1) agama kita HAD kan kepada empat sahaja. Agar semuanya terbela. Aku suka betul drama-drama Cina pasal maharaja maharani depa (Macam tengok taman bunga woi! Semua cantik & handsome. Pecah ovari weh…)
Dekat situ aku nampak hikmah Islam menghadkan kepada 4 sahaja. Agar semuanya terbela dan 4 itu adalah limit kemampuan seorang lelaki nak melayani wanita-wanita nya.
Zahir mungkin ‘no sweat’ kalau kau sekaya Maharaja Taizong, mungkin harta benda dunia bukan masalah. TAPI, sekaya-kaya Maharaja Taizong, wanita-wanitanya saling berbunuhan untuk merebut perhatian beliau sahaja. Untuk dapatkan semalaman dengan beliau sahaja.
Bukan sikit yang mati merana. Malah beribu yang jadi janda berhias! Jadi Pencipta kita Ynag Maha Mengetahui, tahu bahawa limit lelaki hanya 4. Itupun, telah disabdakan Nabi kalau engkau tidak mampu berlaku adil wahai jantan sekalian, silalah setia pada yang satu!
(2) Berapa ramai yang kahwin, tapi buta akan hak masing2 dalam perkahwinan? Tahukah anda, “rogol dalam perkahwinan” itu istilah legit dalam perundangan Islam? Ada tata caranya untuk kau kekah bini kau. Ada adabnya untuk menikmati hubungan. Perlu kedua-dua pihak merasa puasnya.
Kau tak boleh ‘tebuk belakang’. Haram menyakiti isteri kau ketika berhubungan kelamin. Ini tidak, yang aku asyik jumpa, dalil isteri WAJIB layan suami kalau diminta.
Eh, kau siarkan hadis sebelah pihak je. Ini dasar patriarki benua kita wehhhh. Islam itu adil dan saksama. Cuma golongan male chauvinists yang memilih-milih hadis menurut kesenangan mereka.
(3) Islam beri pilihan untuk wanita membebaskan diri mereka dengan menutup aurat. Hak wanita untuk tayang aset dan kecatikan pada yang mereka redha sahaja. Tidak restricted kepada wanita kena berpakaian begitu, begini.
Ok dekat sini, suka aku ingatkan, bergantung jugalah pada didikan keluarga dan persekitaran wanita tersebut.
Wahai lelaki, kalau kau jumpa yang menutup aurat, janganlah kau jadi setan yang menghancurkan dengan your sick fetish. Tiberrr jumpa yang free hair, wahwahwah kau kecam macam kecam artis mintak bantuan khas eh? Walhal gambar bogel enuh galeri.
Aku sendiri menutup aurat sepenuhnya pada usia yang diperkirakan lewat pada hujung belasan tahun Perubahan yang agak drastik juga sebenarnya. Percayalah, all those tarbiah sentap yang bullshit tu, its not working.
Jiwa yang keras, ubatnya dengan kelembutan. Akhirnya aku bertudung sebab tersentuh hati dengan ustazah2 aku yang tunjuk sayangnya diorang pada aku walaupun tahu aku ni kat luar pakai seluar pendek atas lutut dengan baju baby T nampak pusat, walaupun wakil sekolah dalam Tilawah.
(4) Ini poin paling penting kenapa aku kata Islam me-liberal-kan wanita. Isteri2 Nabi adalah perawi hadith wehhh. Jadi sumber rujukan ummat. Hatta yang lelaki merujuk pada depa.
Dan aku sungguh2 percaya, dalam banyaknya nikmat & harta yang Allah turunkan di bumi, ILMU adalah yang paling bernilai. Dengan ilmu, kita jadi organisma bertamadun. Tanpa ilmu, jadilah kau makhluk Neanderthal tu sana.
Sebelum kedatangan Islam, hanya wanita tertentu dapat akses pendidikan. Itupun, kalau pandai sangat, sejarah akan lenyapkan jasa2 mereka by demonizing them.
Selepas Islam, seluruh ummat diseru menuntut ilmu, tak kira lelaki perempuan. Kat sini dah nampak Islam meletakkan taraf lelaki-perempuan itu sama tiada bezanya.
See? Islam membebaskan wanita. Bukan seperti yang dimomokkan. Tidak perlu takut dengan perkataan ‘Liberal’ pada golongan yang memusatkannya pada satu makna sahaja. Aku sendiri tak takut dilabel liberal.
Sebab kalaulah yang kategori tidak liberal itu wanita yang hanya tahu pasrah bila didera dan dilayan suami macam sampah tapi masih mahu bertahan, juga yang dokkk nak jaga expectation masyarakat yang mengarut.
(Contoh- wajib mekap di rumah. Waddehek??? Then lelaki pun kenalah kemas ber sut penuh siap gel rambut bagai. Bukan sememeh macam mop lantai penuh jambang!), tak apalah dengan label liberal tersebut. Sebab aku yakin Islam itu rahmat seluruh alam dan membebaskan.
Panjang kan? Kot sampailah hujung, aku mungkin akan sambung untuk Islam dan golongan LGBTQ+ ni. Apa kita nak jawab dengan depa ni.
– Feminis Angker (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit