Assalamualaikum pembaca sekalian.Terima kasih kerana membaca luahan hati dan perasaan ana yang sudah lama mencari platform untuk menceritakan serba sedikit pengalaman dengan geng2 usrah di kampus dalam atau luar negara ni.
Seperti yang semua tahu,di dalam sesebuah kampus sekarang ni ada bermacam jenis usrah yang merupakan proksi kepada jemaah islam di luar samada parti politik(PAS) atau ngo seperti IKRAM,ABIM,ISMA dan HALUAN.
First,aku pernah la join usrah ni actually dari sekolah lagi.Cuma yang aku pelik dekat kampus aku ni,orang2 usrah lain sikit dari apa yang di gambarkan di facebook atau media social yang lain.
Kenapa pelik?
1.Usrah A dengan Usrah B adalah Musuh
Musuh dengan erti kata berebut freshie untuk di rekrut dan dijadikan alat demi kepentingan kumpulan tertentu.Biasanya jika kita join usrah A,mereka akan menceritakan keburukan usrah B sampailah kita rasa benci kepada roommate kita sendiri yang join usrah lain.Modul yang mereka gunakan adalah untuk usrah mereka dilihat lebih baik berbanding yang lain.
2.Baitulmuslim di dalam usrah mengarut.
Setiap jemaah biasanya ada baitulmuslim yang mana ahli2 jemaah disarankan untuk berkahwin dengan sesame ahli supaya nanti habis anak beranak taat dan patuh kepada pimpinan jemaah.Biasanya muslimat yang cantik akan di khitbah terus oleh pimpinan jemaah yang lebih senior untuk dijadikan isteri,Mereka lupa ahli2 muslimat mereka yang kurang cantik tidak lagi berkahwin sampai sekarang.Kebiasaannya begitulah di dalam satu jemaah,yang cantik akan didahulukan dan para muslimat juga akan menunjukkan kebolehan dan kecantikan mereka untuk di lihat oleh bakal2 suami mereka yang berada di dalam jemaah yang sama.(Perangai gedik tetap ada walaupun bertudung labuh)
3.Bersifat asobiah dan antisocial.
Orang2 usrah ni biasanya orang2 masjid.Selalu solat berjemaah dank e kuliah di masjid dan surau.Usrah tu sendiri di buat di surau.Tapi yang aku hairan,mereka ni seolah2 terlalu benci dengan golongan yang tak berapa nak pergi masjid ni.Dan biasanya dakwah mereka untuk mengajak orang ramai ke masjid ni di buat secara sindir untuk menunjukkan mereka sahaja yang dapat banyak pahala ke masjid.
4.Memaksa ahli usrah.
Kebanyakan usrah2 di bawah jemaah2 di luar ni akan melakukan satu upacara pembaptisan yang di panggil baiah.Apabila sudah berbaiaah mereka tidak dapat keluar dari jemaah mereka jika tidak akan terlanggar sumpah yang menggunakan nama Tuhan.
5.Menunggang agama untuk menang di dalam pilihanraya kampus.
Setiap usrah dan jemaah di dalam kampus akan menghantar wakil untuk bertanding di dalam pilihanraya.Di dalam kempen mereka tidak dapat lari dari menyebut manifesto yang mengarut di selitkan dengan hadis dan ayat quran.Menifesto mereka kebanyakkanya tidak dapat ditunaikan walaupun ramai yang mendesak untuk menunaikannya dan mereka akan jawab kepada penyokong dengan alas an yang tidak dapat di terima.
6.Merasakan diri mereka sebagai pembawa ajaran islam yang tulen.
Yang ini paling x boleh blah.Ahli usrah biasanya akan memaki hamun jemaah tabligh kononnya mereka tidak join berpolitik cara mereka.Mereka lupa ilmu agama itu terlalu luas bukan sekadar di dalam risalah 20 mereka sahaja. Mereka lupa ada jutaan kitab2 ulama lain yang di baca oleh ummah pada masa kini namun kerana keangkuhan mereka yang hanya belajar agama di dalam usrah sekali seminggu membuatkan mereka melabel orang lain dengan pelbagai jenis lebel hanya kerana tidak mengikut cara mereka.
Jadi kepada adik2 tahun 1 yang sedang berjinak-jinak dengan usrah tu,berwaspadalah.
Doktrin-doktrin kotor akan di masukkan secara perlahan-lahan di dalam jiwa kita setiap kali mendengar perkongsian naqib kita.Sebagai orang yang intelek,adik-adik semua hanya perlu menggunakan filter akal untuk menapis segala maklumat dan perkongsian naqib kita supaya kita dapat tahu yang mana buruk dan yang mana baik.
– ahli usrah yang futur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit