1steri Cur4ng Kerana Tak Dapat Nafkah Batin

Assalamualaikum. Nama aku Mona (entah rasa macam sedap je letak nama ni).

Aku dah berkahwin selama lebih 11 tahun dan mempunyai seorang anak. Aku berkahwin bukan atas dasar cinta tapi sebab terhutang budi.

Sebelum bertunang, Allah dah tunjukkan siapa suami aku tapi aku tak kisah sebab aku pun 2×5 je.

Semasa bertunang, Allah tunjukkan sekali lagi yang dia bermesej bermesra mesraan dengan perempuan lain.

Masa tu aku bersabar sebab fikirkan kesian kedua mak ayah nya yang bersusah payah datang jauh2 ke negeri aku untuk bertunang. Jadi aku teruskan pertunangan ini. Mungkin ini adalah ujian dalam pertunangan.

1-3 bulan pertama aku kahwin, aku rasa bahagia sangat. Tapi langit cepat sangat mendung. Allah tunjukkan lagi siapa dia (curang).

Aku masih lagi bersabar dan maafkan dia sebab fikir maruah kedua-dua keluarga. Aku ingatkan sampai situ je. Rupanya hampir setiap tahun Allah tunjukkan bukti kepada aku.

Sampai satu tahun tu, aku cakap aku dah tak ada perasaan dan tawar hati. Buatlah apa yang dia nak buat. Aku dah tak kisah. Yang tinggal hanya perasaan hormat sebagai seorang isteri.

Dipendekkan cerita, kami memang jarang bersama. Selalunya dia akan tidur dekat luar sehingga lah sekarang.

Aku pernah tanya dia apa kurangnya aku sebab wanita2 yang dia curang tu jauh tak cantik berbanding aku. Aku pakai seksi pun tak diendahnya. Mungkin aku tak pandai nak layan dia kot.

Dalam setahun, boleh kira dengan jari berapa kali kami bersama. Ini pun dah 5-6 bulan kami tak bersama.

Suami aku sangat bagus dalam nafkah zahir tapi nafkah batin, dia gagal. Nafkah batin bukan bermaksud bersama saja tau.

Tahun lepas, Allah tunjukkan sekali lagi yang dia bermesej dengan orang lain.

Kali ni aku nekad untuk ke Mekah sebab nak mengadu pada Allah dan nak mintak Allah tunjukkan jalan terbaik untuk aku. Adakah aku perlu bertahan atau keluar dari rumah tangga ini.

Semakin dekat dengan hari nak ke Mekah, aku ubah niat aku. Semasa melakukan umrah, aku berdoa agar Allah hadirkan rasa cinta kasih dan sayang dalam hati aku dan suamiku.

Beberapa hari sebelum aku pulang ke Malaysia, aku berjumpa dengan seorang lelaki dan kami mula berkenalan sehingga akhirnya kami sama-sama jatuh cinta walaupun berbeza bahasa, adat dan budaya.

Sepanjang aku kahwin, aku tak pernah bercinta dengan lelaki lain. Tapi kenapa aku boleh jatuh cinta dengan lelaki ni. Cinta pandang pertama.

Yes! Pada hari pertama aku jumpa dia, seolah-olah ada magnet yang menarik hati aku untuk suka pada dia sedangkan aku seorang yang sangat susah untuk jatuh cinta.

Sekarang ni aku dah menjadi isteri yang curang.

Aku tak tahu sama ada ini ujian atau jalan yang Allah nak tunjukkan. Atau sekadar melayan perasaan aku sebab tak dapat nafkah batin sebaiknya dari suami aku.

Aku sangat menyayangi lelaki itu dan aku juga sayang dengan rumah tangga aku sebab aku ada anak untuk dijaga bersama-sama suami aku.

Aku berdosa dalam mencari kebahagiaan untuk diri aku sendiri

– Mona (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *