1steri Muda Untuk Su4mi

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua.

Saya just nak share sesuatu yang tengah bermain difikiran saya dan nak tanya pandangan dari followers semua.

Kisahnya bermula dari kes permohonan penceraian puteri Syamsul-Puteri Sarah, Diana-Farid Kamil, Mira-View Chin.

Tapi sebelum tu nak intro sedikit background saya and suami.

Saya suri rumah sepenuh masa berusia 40 tahun. Sudah berumahtangga lebih kurang 15 Tahun dan mempunyai 5 orang anak.

Suami pula sebaya dan bekerja sebagai staff di hospital kerajaan.

Kami kenal dari zaman sekolah menengah then sama-sama belajar di universiti yang sama cuma fakulti berbeza. Suami Medical faculty and saya accountant.

Ntah kenapa sebulan dua ni saya terfikir nak suruh suami cari calon isteri yang lebih muda. Haha.. Harap korang jangan kecam akak…

Bila saya tengok lately banyak kes bercerai-berai disebabkan orang ketiga.

Saya jadi over thinking takut kalau-kalau rumahtangga kami akan teruji perkara yang sama. Lagi-lagi bila dah masuk umur 40an ni.

Orang kata fasa ujian kehidupan paling banyak berlaku dalam fasa usia ni.

Saya fikir bukan Syamsul tak mampu pun nak berpoligami atau bukan Puteri Sarah tak cantik. Tapi kenapa dia pilih untuk curang dibelakang Puteri Sarah.

Adakah sebab halangan dari keluarga or penerimaan Puteri Sarah sendiri?

Saya jadi takut pula kalau satu hari nanti suami saya juga pilih jalan untuk curang dibelakang saya.

Saya boleh rasa betapa remuk and hancurnya hati Puteri Sarah. Macam kena tikam berkali-kali.

Saya rasa daripada suami tikam saya dari belakang lebih baik saya offer dia kahwin lain dan buat secara baik.

Raya baru ni pula saya ziarah pakcik yang baru kematian isteri. Umur dalam 60an. Saya dapat lihat dari air muka dia sangat rindu dan sunyi selepas kematian isteri.

Dia tinggal seorang diri, anak-anak kebanyakan kerja jauh dan dah ada keluarga sendiri. So korang boleh bayangkan macam mana dia hidup sorang-sorang.

Balik dari rumah pakcik saya termenung sendiri dalam kereta tak borak langsung dengan suami. Kalau saya pergi dulu dalam usia macam tu nanti siapa yang nak jaga makan pakai suami.

Nak kahwin lain masa usia dah tua bukan senang nak cari calon yang sesuai. Penerimaan anak-anak macam mana pula nanti.

Kalau suami ada isteri muda. Adalah orang yang boleh jaga dia dengan baik kalau saya dah tua and tak kuat nak jaga makan pakai dia.

So sekarang saya betul-betul dalam dilema betul ke nak suruh suami cari isteri muda. Boleh ke saya terima dengan redha. Takut juga kalau hati ni tak kuat sebenarnya.

Fyi, saya belum luahkan apa yang sedang saya fikirkan pada suami. Apa pandangan korang?

– Kak Jue (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *