1steri Yang Derhaka

Assalamualaikum. Haii saya Nadia. (bukan nama sebenar). Cerita ni panjang. Kalau nak kecam silakan. Nak bagi pendapat pun silakan. Nak bagi nasihat lagi di alu-alukan..

Saya dah berkahwin. Tahun ni masuk tahun 3 perkahwinan kami. Dikurniakan seorang cahaya mata yang comel baru nak masuk 2 tahun… aku surirumah sepenuh masa.

Teringin sangat nak kerja. Suami tak halang dan tak jugak mengalakkan. Dia cakap.. Kalau nak kerja.. Boleh je. Tapi anak macam mana?

Memang dia tak harap kalau hantar rumah pengasuh or taska…

Perkahwinan kami memang diuji dengan kewangan. Dari awal berkahwin sampai lah hari ni. Setiap kali suami gaji. Ada je Allah nak tarik.

Kereta rosak la. Motor rosak la. Last2 duit gaji dia habis buat bayar sewa rumah, ansuran kereta, makan minum kami..

Btw gaji suami dalam 3.9k -4k dalam sebulan. Kalau nak ikutkan memang lebih dari cukup untuk kami bertiga. Tapi tak pernah cukup. Suami seorang perokok. Jugak peminum ket*m. Dan tidak solat..

Dia seorang yang bernafsu kuat. Awal2 kawin aku boleh layan dalam sehari 4 or 5 kali sekali kami bersama, tapi aku mula slow tak dapat bagi layanan yang terbaik selepas aku mengadung 5 bulan.

Yela. Perut makin besar, aku pulak kecik je orang nya. Tambah2 aku mudah penat waktu mengadung, dia pulak nak layanan macam sebelum ni. Bila tak dapat dia marah2. Tak bercakap. Bermasam muka.

Dan aku jenis takleh orang buat aku macam tu.. Mula la menangis. Aku yang selalu mintak maaf. Layan dia dan tahan sakit. Lagi2 dia minum k*tum memang akan ambik masa yang lama untuk dia sampai klimaks… seksa nya rasa..

Dan benda ni terus berlanjutan selepas aku bersalin. Waktu aku bersalin 80 hari. Dia mintak. Waktu tu luka jahitan aku masih tak elok lagi. Tapi dia tetap nak.

Sampai la aku terkena jangkitan kuman dekat bawah. Ke klinik semua lah aku yang tanggung sakit. Btw dia punya anu, suntik minyak apa entah. Jadi besar tak sekata… memang sakit sangat. Satu gengam tangan memang tak muat. Korang banyangkan lah..

Dan terus berlanjutan sampai sekarang. Aku tak dapat layan dia macam dulu. Sebab bila bersama dia. Aku sakit. Sebab tempat luka jahitan aku tu ada isi timbul. Mungkin perlu buat pembedahan. Lagi2 yang dia punya tak sekata besar. Memang sakit.

Memang selalu gaduh bila bersama. Dan aku memang kena tahan rasa sakit. Nak cakap stop aku akan kena marah. Kadang2 bila aku bersama. Dalam masa yang sama aku menangis. Sebab tahan sakit..

Aku ada cakap. Suruh dia nikah lain. Walau aku tahu dia tak mampu. Nafkah aku pun entah kemana. Hidup pun masih tunggang langgang. Dan dia setuju. Aku terdiam.

Ada laa sorang dua yang dia chat. Aku dan dia dah pergi jumpa kakak budak perempuan tu. Dalam masa yang sama aku suruh dia sedar yang dia tak mampu. Tapi dia tak sedar. Ada hati nak kawin laen. Tapi perempuan tu tarik diri..

Aku yang asalnya lemah lembut, solat tak tinggal, mengaji tak pernah skip dalam sehari, puasa sunat. Semua hilang sekelip mata. Kuat nya syaitan menghasut. Kadang tersedar. Aku akan buat balik. Tapi semua sementara.

Setiap kali ajak suami solat jemaah. Dia cakap awak solat dulu. Dalam hati kenapa laa dia tak boleh bimbing aku??

Sampai aku terikut tak solat. Tak mengaji. Sedangkan aku tahu. Bukan seorang suami yang menentukan kita masuk syurga atau tidak. Sedangkan Asiah bersuamikan Firauan pun masuk syurga tertinggi. Tapi tulah. Aku tetap termakan hasutan iblis.

Suami seorang yang cepat marah2. Lagi2 bila tak ada stock ket*m dia. Tapi dia takpernah pukul aku.. Cuma kata2 keluar dari mulut dia amat menguris hati aku.

Pernah beberapa kali aku mintak cerai. Tapi dia tak nak lepaskan. Ikutkan hati memang rasa nak lari… tapi anak. Anak memang rapat dengan dia. Dan aku pulak memang takpernah terpisah dengan anak..

Aku tak pernah rasa duit nafkah dari dia. Ada laa sekali dua dia bagi. Last2 akhir bulan guna jugak buat beli keperluan dapur.

Pakaian?? Sekali je dia pernah belikan. Waktu tu aku mengandung. Sebab yang pakaian aku sebelum kawin dah ketat. Tak muat dekat perut. Tu first and last dia belikan.

Bercuti tak pernah sekali. Craving waktu mengandung banyak sangat benda tak dapat nak makan… jalan2 mall ada laa sekali dua. Tu pun aku yang desak.. Sebab anak boring.

Jalan2 pusing. Pastu balik. Selebihnya aku dan anak teperuk dekat rumah. Kalau ajak skalipun. Memang alasan takde duit..

Masuk tahun kedua perkahwinan kami. Aku dah berubah. Jadi lebih kasar… dulu kalau dia marah. Aku nangis. Lepas tu aku yang mintak maaf.

Tak mengharap lebih.. Cuma nak dia pujuk. Hurmm jangan harap la. Last2 aku yang selalu mengalah. Tapi lama kelamaan. Aku rasa dah malas dah.. Asyik aku je pendam rasa.

Aku pernah cakap. “kalau dia tak nak berubah.. Biar aku yang berubah”. Aku bagi masa untuk dia stop minum benda tu. Tapi sama jugak. Tak berubah.. Bila takde dah macam kain buruk tepi dinding. Tak boleh begerak… sakit2 tubuh. Lepastu satu benda pun diaa tak boleh buat..

Banyak benda aku makan hati. Waktu aku lahirkan anak sulung. Aku berpantang dekat kampung.. Rumah mak dia. Sebab mak ayah aku dah tua… takut menyusahkan dorang nak kena ulang alik hospital. Cek anak kuning semua.

Lagipun anak aku ni cucu sulung sebelah keluarga mentua. Nak tak nak memang terpaksa laa kan..

Dan waktu ni kami pjj. Start dari ni la aku mula jadi isteri derhaka. Aku main michat. Aku kenal laki ni. Selalu chat aku. Tanya khabar semua. Bermula lah sesi luahan. Yap part ni memang aku salah. Lama jugak laa aku duk chat tanpa pengetahuan suami..

Lepas aku berpantang suami balik kampung. Sebab kontrak kerja dia dah habis. Kena tunggu job laen. Selama lebih 4 bulan duduk kampung.. Suami tak kerja. Makan minum semua rumah mak ayah dia.

Alhamdulillah.. Mereka baik je… tapi aku penat. Yelaa dah duduk rumah orang. Sebagai menantu perempuan pulak tu.

Memang tiap2 hari laa kena masak. Bangun pagi. Walhal anak kecil menangis berjaga malam. Anak menyusu badan. Aku penat. Pagi2 dah kena bangun masak. Tengahari kena masak. Petang. Malam. Hurm penat.

Bila terlelap skali dengan anak dalam bilik. Mula la ada yang perli. Sedih sangat. Tapi nak tak nak aku kena buat jugak.

Yela. Dah la menumpang. Memang tak la kan nak goyang kaki. Cuma aku penat takde masa rehat. Suami aku memang suka la duduk kampung. Ramai kawan2 satu kepala dia. Asyik keluar lepak..

Kami selalu gaduh. Aku selalu desak dia suruh cari kerja. Dia ada kerja sebagai courier. Tapi sehari je… katanya penat. Tak padan laa. Banyak la alasan dia.

Dan aku gadai gelang emas aku. Untuk beli barang keperluan anak. Pampers semua.. Yelaa takkan laa nak suruh ayah dia belikan. Gelang tu aku beli dengan duit hantaran nikah dulu..

Banyak kali aku desak nak pindah. Ajak dia naik kl, cari kerja. Last2 dia jual motor lama dia. Buat bayar deposit rumah.. Dan dia buat loan motor dengan aeon beli motor baru tanpa deposit. Dan kami pindah di kl… bila dekat sini…

Dia kerja rider shoppe. Boleh la buat makan kami 3 beranak… buat bayar sewa rumah. Nak bermewah memang tak la kan.

Lepastu dia dapat tawaran kerja dalam bidang dia. Tapi sekejap je. Sebab bos dia gantung gaji. Sampai dia jual motor dia tu. Tak pernah bayar ansuran motor tu. Sekarang nama dia dah blacklist..

Aku jual pulak cincin waktu nikah dulu untuk beli barang keperluan kami. Jual stroller anak yang orang hadiahkan, jual barang anak, jual barang rumah, tv, perabot yang aku guna duit family aku bagi demi untuk melangsungkan hidup kami.

Banyak kerja dia cuba. Tapi ada je tak kena. Bos tak bagi pinjam duit. Gaji tak padan dengan kerja. Hurm.. Entah laa..

Dalam masa yang sama. Aku masih lagi contact dengan lelaki tu.. Dia suami orang.Waktu harijadi aku dia hadiahkan handphone.. Sebab handphone aku suami aku guna. Handphone dia rosak sebab dia baling dekat dinding waktu bergaduh dengan aku.. Dia sedih dengar cerita aku.

Biasa laa lelaki kan. Aku pulak termakan pujuk rayu dia. Dan kami terlanjur. Dua kali dia datang rumah. Ni kesilapan yang paling bodoh aku buat selama aku hidup, yea aku tahu, aku memang patut direjam.

Berdosa aku dekat suami aku. Sekarang aku dah menyesal gila2. Jahat mana pun suami dia tetap suami. Tapi waktu tu amarah aku terlalu tebal pada suami. Aku benci diaa waktu tu…

Tak lama kemudian. Kantoi dengan suami aku yang aku mesej dengan lelaki laen. Ada yang aku cuma mesej. Aku nak makan apa.. Dorang oderkan. Sebab aku tak pernah nak dapat makan mcd kfc.

Makanan2 sedap aku tak pernah dapat. So dorang tolong oderkan. Tapi yang aku pernah jumpa depan2 sorang tu je. Yang laen tak. Lepas tu kantoi dengan suami. Mengigil dia. Aku pulak memang terkatar2 la nak menjawab. Dia call laki. Tak angkat.

Memang kena jerkah la aku. Waktu ni dia suruh aku junjung al quran.. Bersumpah. Tapi aku memang tak buat la. Melutut meraung dekat kaki dia.. Mintak maaf. Baru sedar buat salah. Dia tak pukul. Dan bagi aku peluang… cuma kepercayaan dia dah takde buat aku..

Dua minggu selepas tu. Baru dia tahu bahawa aku dah telanjur dengan lelaki tu. Memang menangis dia waktu ni. Dia siap nak lafaz cerai dekat aku. Sebut nama penuh. Tapi aku melutut mintak maaf.

Sebab dia cakap nak bawa anak sekali. Yap memang aku takleh berpisah dengan anak… kalau aku naik mahkamah sekalipun aku kalah. Sebab aku isteri yang nusyuz… allahuakbar..

Aku taktahu sama ada aku masih ada perasaan atau tak dekat dia. Sayang ada. Tapi perasaan benci.. Marah dengan perangai diaa tu buat aku rasa macam tak nak hidup dengan dia… dan aku cuma fikirkan anak..

Dan kami slowtalk, dia bagi aku peluang. Sebab dia anggap ni kifarah buat dia sebab waktu bujang dulu selalu dengan bini orang. Dia mintak aku berubah jadi seorang Nadia yang lemah lembut dulu. Yang tak tinggal solat walau pun dia tak solat.

Aku pulak mintak dia berhenti minum ket*m. Dan dia setuju. Tapi dia cakap susah. Dengan satu benda ni je dia cakap dia dapat berhenti, dia mintak nak hisap g*nja. Aku terdiam. Tapi dia cakap cuma sementara..

Seminggu dah berlalu dia hisap benda kotor tu dalam rumah. Aku harap lepas ni dia dah boleh stop semua mainan bodoh kotor tu. Dan aku akan jadi isteri yang taat dekat dia. Doakan aku ye..

Dalam hal ni.. Aku tak salahkan suami aku 100%. Ada part baik dia sebagai suami. Layan anak dengan baik..

Tapi dalam masa yang sama. Aku nak hidup sendiri.. Tak terikat dengan seorang insan bernama suami. Supaya aku tenang beribadah. Aku tenang untuk kerja.. Jaga anak.

Tapi aku takut untuk langkah begelar seorang single mom. Dan sekarang aku bagi dia masa. Kalau dia tak boleh stop jugak. Biar aku yang pergi..

Semoga jadi pengajaran buat semua. Hargai perasaan isteri dalam tak sedar dia banyak korbankan perasaan dia. Dan buat isterii macam aku..

Mungkin ramai. Atau mungkin takda. Alhamdulillah.. Cuma nak pesan. Jahat mana pun suami. Diaa tetap suami…

– Nadia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *