1steri Yang Tak Bersyukur

Salam sejahtera semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih jika luahan saya tersiar. Inilah hanya luahan hati yang terpendam. Selama nie saya cuma silent reader dekat sini. Tapi tak tahu lah kenapa saya menulis disini.

Sebenarnya dah banyak kali terfikir nak menulis disini, tapi selalunya berakhir dengan niat sahaja. Bercakap (berfikir) seorang diri, mengarang ayat tapi hanya terpendam dalam benak fikiran.

Pengenalan, saya dan suami dah berkahwin muda, sekitar awal 20an. Masa tu saya diakhir pengajian manakala suami meneruskan cita-cita menjadi penjawat awam. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Saya jenis orang yang tak suka susahkan orang, apa yang saya mampu buat saya buat sendiri. Saya berdikari seusai umur saya 16 tahun, cuti sekolah dipenuhi dengan kerja part time, saya suka cari duit sendiri.

Saya puas hati bila saya boleh beli baju raya sendiri pada usia begitu. Saya pakai telefon mahal pada zaman tu, hasil dari perniagaan kecil-kecilan semasa saya sekolah.

Betapa saya tak suka susahkan orang lain, termasuk suami saya sendiri. Macam panjang pula perkenalan ya, maafkan jika ayat saya berterabur. Saya hanya meluah, saya tak ramai kawan…

Saya tak bekerja, tapi saya ada seorang business owner. Entahlah bila orang tanya, surirumah ke? Saya iyakan. Bila cakap pasal pendapatan, ada pula. Haha, so saya seorang surirumah yang ada perniagaan sampingan.

Duit untung berniaga itulah saya guna untuk bayar bil wifi, telefon, penapis air, duit belanja makan kalau saya malas masak (selalu), duit makan angin, duit roadtax kereta, duit jajan anak-anak, duit baju anak, duit ubat, duit minyak kereta dan macam-macam lagi. Suami takde bagi duit ke?

Ada, nafkah wajib sebulan dalam RM500 sebagai penjawat awam. Duit itu jugalah saya rolling perbelanjaan dapur, makanan dan sebagainya. Rumah, kereta suami dah sediakan. Pada mata suami, nafkah asas yang disediakan dah mencukupi. Tapi dia lupa, saya juga perlu dinafkahi.

Sebabkan saya tak suka susahkan orang, tak kedekut dengan makanan, dia anggap saya tak perlu diberi belanja. Kadangkala saya selalu bertanya dengan diri sendiri, adakah saya isteri yang tak bersyukur? Saya juga ingin dibelanja waima RM50 untuk diri sendiri.

Saya mampu, saya boleh berbelanja ikut kemahuan sebab suami tak pernah tanya duit saya, yang dia tahu saya ada duit. Tapi jauh disudut hati saya teringin beri suami pahala jika belanja saya. Saya ingin doakan suami supaya murah rezeki.

Saya pernah cakap dengan suami pasal isu ni, saya bagitahu besar pahala kalau belanja isteri, murah rezeki kalau belanja keluarga tapi dia kata dia dah sediakan semuanya. Saya diam je lah.

Baru-baru ni kami bergaduh sikit, pergaduhan diakhiri dengan kata-kata “dah lah malas aku cakap dengan kau, dah pegi sana”.

Maaf jika kedengaran agak kasar, tapi kami memang berkomunikasi begitu. Saya dan suami sebaya, jadi selesa beraku-kau. Depan anak dengan keluarga je lah bersaya-awak.

Masa tu, saya tengah prepare barang masak, tengah mesin bawang laju air mata mengalir.

Ini kalau dia masuk dapur senang saya counter mata pedih kena bawang hahaha tapi itu hanyalah fikiran kebudak-budakan saya. Nak tunggu dia pujuk? Dalam mimpi…. saya marah, saya marah dengan kata-katanya.

Tapi saya hanya mampu memaki dia dalam hati. Masa tu lah saya jadi mengungkit. Saya sedang sediakan makanan untuk jamu kawan-kawan dia, guna duit saya sendiri, tapi dia berkata-kata begitu. Pedih hati. Terus saya mengungkit semua yang terjadi dalam perkahwinan.

Pasal duit, pasal nafkah, pasal perangai semuanyalah saya membebel dalam hati. Risau pula kalau terus membebel dengan suami, jadi perang besar.

Hahaha begitulah saya, hanya mampu dalam hati… pendam sendiri. Istigfar jelah yang mampu tenangkan saya. Dia bukan suami yang jahat, tapi entahlah.

Nak kata takde spark, ada je. Saya masih lagi rasa kasih sayang suami cumanya itu lah, bila masing-masing tengah marah, saya hilang kawalan. Saya isteri yang tak bersyukur ke?

Kenapa setiap kali pergaduhan saya mengungkit pasal duit? Padahal kalau jalan makan angin tu saya yang willing to spend untuk hotel makan dan sebagainya bukan untuk orang lain, untuk saya dan keluarga juga.

Pasal makan? Saya juga yang kenyang, anak-anak juga yang happy dapat makan mewah.

Saya sendiri tahu gaji suami cukup-cukup untuk duit kereta rumah dan perbelanjaan dia sendiri. Nak belanja percutian ni jarang/memang takde lah.

Kalau dia ada simpanan pon saya tak pernah tanya. Dia tak pernah cerita jadi saya takut nak tanya. Tapi pernahlah sekali tu takde angin takde ribut dia ajak pegi kedai emas beli rantai tangan.

Saya sendiri pilih ye, tak surprise hahaha dalam hati kata, oh banyak juga duit dia lepas berepisod-episod setiap bulan duit habis sediakan nafkah. Saya diam je tak tanya pon bila dia simpan duit, saya anggap je saya simpan barang dia.

Pernah sekali tu, kami baru dapat kunci rumah baru, tiada duit nak beli peralatan elektrik, jadi saya gadaikan emas yang dia beri. Bila dia tanya mana emas? Saya cakap simpan dekat kampung. Setahun juga saya simpan duit nak tebus balik.

Padahal beli barang rumah pon untuk dia juga. Saya terlalu takut nak berterus-terang yang saya gadaikan emas yang dia beri takut dia salah faham. Sebab saya pernah suarakan untuk gadai emas, terus dia anggap macam saya tak hargai emas tu. Malas nak gaduh, saya diam je.

Awal tahun hari tu, kami plan nak bercuti naik kapal terbang, saya paksa dia simpan duit. Anggaran jumlah belanja hangus, saya siap-siap bahagi dua dan minta dia transfer ke akaun saya sejurus lepas dapat gaji.

Kalau saya tak buat macamtu, sakit saya sorang-sorang nak tanggung macam percutian yang lepas-lepas. Dia ada juga merungut, duit habis dia kata. Tapi saya pekakkan telinga.

Nak seronok sama-sama jadi kena sakit sama-sama dulu. Raya haritu, saya paksa juga dia bagi duit untuk baju raya, kan dapat bonus.

Lepas PM umum bonus raya, saya remind dia berkali-kali. Dia pon hampir meluat dengan saya kalau saya sebut pasal bonus. Hahaha duit raya untuk anak buah, ibu ayah, saudara mara, dia beri ke?

Tidak, saya keluar duit sendiri. Duit raya untuk saya sendiri dan anak-anak? Jangan harap.

Dah nak 10 tahun kawen pon saya tak merasa duit raya dari dia. Duit dah habis beli baju raya katanya. Padahal tahun RM450 je dia bagi, belanja baju anak-anak hampir RM400, baju dia, baju saya.

Banyak juga saya tambah. Sabo je laaa… Masa menziarah saudara mara, dalam kereta dia cakap macam ni ‘Bagilah kat makcik Senah tu, kesian dia, awak bagi berapa?

Lah RM20 je? Bagilah banyak sikit’ Sambil ketawa. Sekali lagi saya mengungkit dalam hati, dah lah tak hulur, nak tentukan pula jumlah yang saya nak beri. Saya pon join dia ketawa, saya bidas balik ‘Alhamdulillah, itu je saya mampu’

Saya ikhlas tolong ringankan beban suami, saya nak perkahwinan ni terlihat normal, saya nak keluarga saya rasa dilengkapi. Pening fikir.

Kalau redha, rasa dipijak-pijak. Kalau mengungkit, rasa berdosa pula. Semoga saya sentiasa dilimpahkan rezeki demia anak-anak saya.

Hugs…

– Mrs M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *