1steriku Kaki Lepak

Wallahi, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihi. Tiada daya aku keatas kehendak percaturan mu ya Allah.

Sesungguhnya syurga mu mahal nilainya ya Allah. Maka aku sebagai hambamu yang kerdil ini memahami bahawa ujian mu di dunia ini afalah ganjaran syurga ke atasku. Aamiin ya rabb.

Been married for more than a decade. Close to 12 years. Alhamdulilah di temukan dengan seorang gadis yang sangat cantik di mataku.

Sebelum berkahwin, memang aku sedari firahnya yang suka berkawan kesana sini siang dan malam.

Aku nekad ingin memperisterikan gadis ini kerana aku nak ubah perangai melepaknya sebagai seorang suami. Ubah dia jadi lebih “homely” dan suka duduk rumah dan berkeluarga.

Sebelum berkahwin lagi, aku minta/izinkan isteriku berhenti kerja dan aku sediakan rumah, peralatan rumah, kereta untuknya kerana aku nak jadikan dia isteriku.

Alhamdulilah nafkah zahir dan keperluan rumah aku sediakan dari dulu hingga saat ini, dengan izin Allah.

Ujian Allah bermula selepas kelahiran anak pertama.

By the way, Allah izinkan kami dapat anak selepas nikah. Alhamdulilah di atas rezeki anak. Thank you Allah. “Big Love”

Like i said, selepas kelahiran anak kami, isteriku mula perlahan2 kembali kepada aktiviti berkawan/melepak yang biasa dia lakukan seperti sebelum kawin.

Segala aktiviti yang dibuat/join sebenrnya bertujuan untuk melepak. Tetapi hanya berselindung disebalik “aktiviti” yang di join itu.

Bermula dengan zumba, hiking, diving, dan macam2 lagi yang bunyinya seperti aktiviti social yang biasa,

Tetapi like i said, semuanya bertujuan untuk menjadi penyebab nak melepak di hujungnya. Melepak bercampur lelaki perempuan.

Menjadi kebiasaan untuk isteriku melepak dan balik sebingga lewat pagi. Balik pukul 1 pagi tu kira normal dan awal..

Standard lepak yang diiktiraf oleh kawan2 nya adalah sehingga 3-4 pagi. Kadang2 pernah je terlanjur balik sampai subuh.

Terkontang kanting la aku dan anak ku dirumah sepanjang waktu itu.

Dari segi timeline, aku dah hadapi ujian ini for the past 8-9 years. Aku sabar dan aku kuat demi anak kami.

Mungkin ramai yang tanya, kenapa tak tegur? Kenapa tak marah? Naik je la kaki tangan kalo isteri perangai dah macam tu.

In short, i am not made that way. Bukan standard aku nak angkat tangan kaki kepada isteri. Malu mak ayah aku kalo aku buat perangai macam tu.

I was not raised to become a person yang pukul perempuan. Tapi kalo bergaduh dengan lelaki zaman bujang dulu, memang sampai ke spital la sama2 sakit. Hahahaha.

But not to my wife, the love of my life.

Kalo bab tegur n marah pulak, like i said, aku dh hadapi isu ini for the past 8-9 years.

Setiap kali aku tegur or marah, respond nya adalah dia mintak cerai sebab isteriku kata dia tak boleh kalo tak melepak.

Dia admit naluri dia nak melepak tu tak boleh buang. Dan dia rela pilih kawan dari pilih aku dan family sendiri. Subhanallah.

Maybe readers tak percaya, tapi itulah naratif arguement isteriku setiap kali aku tegur/marah. Mintak dilepaskan, mintak diceraikan.

Aku sebagai suami mati hidup balik tak akan ceraikan dia sebab aku sayang dia dan keluarga kecil kami ini.

Dia dan anak ku adalah syurgaku.

Aku rela mati demi keluarga kecik ku ini.

Aku tau tak ada jalan penyelesian kepada masalah ku ini.

Hanya berdoa mengadap ilahi sambil menyebut nama isteriku depan Allah agar hatinya berubah menjadi isteri yang normal kepadaku.

Aku give up. Aku lost. Aku dah tak tau nak buat apa for the past 8-9 years sejak masalah ini terjadi.

Untuk menduakan isteriku dan cari isteri lain bukan perkara susah.

Trust me, aku ada the financial capacity and the “charm” dan aku boleh je nak cari isteri lain demi nak mengubat jiwa yang terluka sekian lama ini. Tapi itu bukan aku.

Aku pegang kepada janjiku kepada arwah ayahnya yang aku akan jaga anak perempuannya sehingga hujung nyawa ku. Aku sayang isteriku. Aku sayang anakku.

Demi Allah yang maha berkuasa, bantulah aku.

Hanya kepadamu aku memohon, Tuhan yang Maha Esa.

Thanks all for reading my innocent rant dan luahan hati ini. Semoga semua dirahmati Allah dan mendapat keberkatan ramadhan.

Aamiin.

Thank you again.

Big Love to Allah swt.

– Ar Rahman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *