Untuk part I, (https://iiumc. com/ist3riku-
Hi semua pembaca yang budiman. Coretan ku pada hari ini adalah untuk menyatakan berita gembira.
Alhamdulillah di bulan puasa ini pada 24 Feb yang lepas isteriku mengkhabarkan berita gembira. Dia sudah berbadan dua.
Semenjak itu aku selalu sujud syukur dalam solatku.
Terima kasih kepada semua yang memberi nasihat dan memberi komen positif.
Kali ini aku ingin menceritakan bagaimana ikhtiarnya aku sehingga dapat berita si dia hamil.
Di samping boleh share tips yang berguna ini kepada semua.
InshaAllah semoga anda semua di beri kesempatan di kurniakan malaikat kecil dalam perkahwinan kalian. Aamiin.
Start dari awal tahun haritu aku dah nekad nak banyak sedekah dan berpuasa isnin khamis.
Kemudian aku selalu share tips2 dan ayat2 Alquran kepada isteriku sebagai contoh Surah Maryam. Kami mula solat berjemaah magrib dan isya’.
Kami mula beraktiviti bersama walaupun aku memaksa isteriku sampai dia tarik muka. Tak mengapa yang penting dia tak bosan di rumah.
Aku memancing dia ikut. Aku outstation walaupun pergi kerja training aku booking kan dia tour guide untuk dia tak boring dalam hotel.
Dia dalam merajuk dan badmood dia akan masih ikut arahan veto suami dia ni. Alhamdulillah, isteriku yang solehah walaupun muka cemberut.
Aku selalu experiment memasak dan menjadikan dia sebagai judges walaupun dia tak sudi.
Aku bersyukur dia tak pernah berjaya menghidar dari apa yang aku paksa untuk dia lakukan.
Maka dia pun busy melayan karenahku yang mengarut. Tak mengapa, bukan selalu. Berbalik kepada cerita gembira.
Al kisahnya. Isteriku 2,3 minggu sebelum test tu minta yang bukan2. Seperti pewangi berbau serai dan makan daging kambing goreng kunyit.
Ya Allah mencabar nya bila memikirkan detik itu. Dia punya minta tu sampai merajuk2. Duhai isteriku yang manis.
Nasib baik di kampungku ada pakcik jual kambing. Berbau serai lah bajuku, kasut, kereta.
Dalam rumah jangan cakap la. Di setiap aircond dia gantung pewangi serai. Ada baik nya juga. Serangga tak bermaharajalela.
Tapi pening kepala tu dasyat juga. Sampaikan aku kalau nampak lauk pauk yang menggunakan serai auto rasa loya.
Isteriku memang kitaran haidnya tak selalu normal, dan dia pun pada mulanya dah berputus asa.
Tapi pada suatu hari 23 Feb hatiku tergerak untuk membeli pregnancy test buat isteriku. Hatiku dah pasrah kalau dia marah. Aku berniat akan hadapi juga amarah dia.
Sesampainya aku di rumah dia sedang membuat kuih favourite anak buahku. Aku terus menyerahkan test kit dan berlalu ke bilik untuk berehat.
Sangkaan ku dia akan marah kerana dia diam dan tidak mengkhabarkan apa2 kepadaku. 2 jam berlalu dan masih tidak ada apa2 reaction darinya.
Aku dah redha dan pasrah lalu terlelap. Aku tersedar ketika sudah waktu asar dan aku dah terlupa mengenai testkit tadi.
Selepas kami solat isya’ berjemaah dia sambut tanganku (Salam) dan menangis mengatakan dia hamil. Double line. Aku terus sujud syukur.
Esok juga kami ke klinik untuk check up. Alhamdulillah mengikut perkiraan doktor kandungan isteri ku dah masuk minggu ke 5.
Semenjak haritu, kami sudah seperti dahulu kembali.
Baru2 ni doktor mengesahkan isteriku menghidap darah tinggi. Semoga ini hanya pembawakan bayi. Doakanlah kandungan si dia sihat sampai waktu melahirkan.
Terima kasih juga yang mendoakan kami di confession kelmarin. Semoga doa yang baik berbalik kepada yang mendoakan. Aamiin. Terima khasih.
– Zakwan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit