Isteri aku cantik dan baik. Masa aku kenal dia, dia kerja pakai T-shirt & jeans, kasut lusuh. Pergi kerja naik bas dekat company kecil. Bila tahu gaji dia lebih dari aku, aku terkejut. Tapi baik sangat budaknya dan humble. Sebab tu aku suka dia.
Kami tak berkenalan lama, terus kahwin tahun depan tu. Masa kahwin aku takde duit, so aku buat loan untuk bayar hantaran dia. Tak banyak mana, 10k je. Loan tu kami bayar sama2 lepas kahwin so tak terasa sangat. Tak sampai 10 tahun dah habis bayar.
Mula2 aku duduk rumah parents sebab takde duit deposit untuk rumah sewa. Aku bahagia sekejap je. Lepas 2-3 bulan dah nampak perangai dia. Suka complain. Ada je benda tak kena hari2.
Masa ni dia dah mengandung, lagi teruk perangai. Padahal dia pergi kerja, aku hantar & ambil hari2. Dia tak perlu naik bas dah. Aku menempuh jem ambil dia kat office.
Kadang2 bila dia kena berjalan jauh cari teksi, dia salahkan aku. Padahal dia yang taknak ambil lesen kereta. Takde duit katanya. Padahal masa tu dia bayar bil & makanan kat rumah tu tak sampai 1000. Bukannya kena bayar sewa rumah. Aku tak tau mana duit dia pergi.
Satu hari aku dapat bonus, aku guna untuk bayar deposit rumah sewa. Berpindah la kami. Happy betul dia. Masa ni dah ada anak dan dia dah start drive sebab kena hantar dan ambil anak kat rumah pengasuh. Masa ni dia buat hal lagi. Dia terjebak online business.
Aku marah sebab dia busy. Malam siapkan order. Hujung minggu masuk event untuk jual barang2 dia. Dengan aku terlibat sama tapi aku sayang. Dia cakap nak tambah pendapatan sebab gaji tak cukup untuk cover bayaran rumah dan belanja.
Aku cukup tak faham. Bukannya dia bayar semua. Kami bahagi dua. Aku dah kira semua belanja, cukup untuk kami bayar dan lepas tu ada lebih untuk belanja masing2. Bila dapat untung business, bukannya dia belanja aku. Dia guna untuk rolling.
Benda ni berterusan sampai dia cakap nak berhenti kerja. Kononnya nak fokus anak2. Padahal anak2 still hantar pengasuh. Alasan dia, sebenarnya dia cuma nak kerja kat rumah.
Masa tu aku buat kira2. Susah nak survive kalau dia berhenti so aku tak benarkan. Tapi dia ingkar dan berhenti juga. Aku penat. Aku penat tolong dia kembangkan business dia. Dulu dia career woman. Salah satu sebab aku sukakan dia. Tiba2 berubah.
Sekarang gaji aku makin besar, dia pun dah ada company. Tapi in the end, profit dia buat cukup2 untuk bayar komitmen kami sekarang (bahagian dia). Banyak masa aku yang kena top-up. Aku kena sentiasa pastikan aku ada duit extra sebab dia akan sentiasa nak pinjam. Bulan depan bayar.
Aku meluah ni sebab aku penat. Aku sayang dia. Tapi dia tak ikut cakap aku. Dia buat pilihan sendiri yang membuatkan kami penat. Kalau dulu dia stay je dengan kerja dia, aku rasa kami tak penat macam ni. Mungkin duit tak sebanyak sekarang tapi takde la stress macam sekarang.
Aku penat kerja, balik tu kadang dia masak kadang tak. Aku tak kisah. Anak2 dia uruskan pergi balik sekolah, tapi lepas aku sampai rumah tu, lepas masak untuk anak, dia tinggal terus budak2 kat aku. Dia rehat. Bilanya aku nak rehat?
Aku kemas rumah dan dapur kalau sempat, mostly dia buat. Tapi kalau dia malas, dia tinggal je kat aku, aku settlekan tanpa complain. Aku faham dia pun nak rehat.
Dia masih kerja kat rumah walaupun dah ada sewa studio kecil untuk staff2 kerja. Tapi baju tak berlipat, lantai tak bermop. Rumah kemas tapi tak bersih.
Kadang2 bila bergaduh, dia tanya apa dosa dia.
Aku cuma suruh dia dengar cakap aku. Ikut arahan aku. Tapi dia cakap nasihat dan arahan aku tak menyelesaikan masalah dia. Terutamanya pasal business dia dan cara dia uruskan rumahtangga.
Aku dah banyak berkorban daripada awal sampai sekarang. Tapi dia cakap dia penat kerja. Penat bayar nafkah yang patut aku tanggung. Bukannya dia bayar sorang. Apa yang dia bayar, aku bayar jugak. Penat uruskan anak. Habis tu aku tak penat?
Aku tengah serabut. cuma nak dia dengar cakap aku.
– Khamis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Emm aku baca 50:50 pun dah meluat. Tambah lagi hantaran 10k pun kau tak boleh nak saving.. buat loan. (benda ni first assessment nak tgok effort org lelaki) Pulak tu tong2 dgn bini bayar. Aku nak kutuk lagi.. tapi biar la nurtizen lain yg buat.
Lepastu suka isteri tu sebab…duit gaji dia lagi banyak dari tt..ahahaha..tergelak aku baca..aku rasa dia ni ada problematic from the start
Dua – dua ade kesalahan , cara terbaik berbincang masa rational. Cari waktu dating berdua untuk luahkan masalah ko dan isteri. Setakat cerita ko ni la, pada aku ko tak patut minta isteri bayar half-half. Isteri tu mungkin sebenarnya boleh hidup sederhana je tp sebab komitmen yg sepatutnya ko setel dia pon kena ambil tanggungjawab juga.hence, rumah pon kucar kacir. Aku rasa ko kena yakinkan kat dia perbelanjaan yg dia kena commit ko setelkan syaratnya dia kena uruskan rumah as in mengemas etc. Tp aku pelik juga la kalau dah isteri ko ade sykt sendiri awat tak guna duit utk hire cleaning lady dan tukang sediakan bahan masak?
Bisnes kan ada turun naik ..tt cakap sendiri yang profit bisnes tu boleh bayar takat yang mana drpd dulu bini dia patut bayar je .kadang pinjam duit dia dulu next month bayar .
Entah la brother,aku rasa macam baca luahan orang perempuan,okay je bini Kau nak berhenti kerja..atleast business kat rumah ..ko ingat senang ke nak dapat perempuan yang 50/50 nak cantik lagi balik pulak tu puijh
Eh dah tertukar ni, patut Khamis yg jadi isteri.
Isteri tu apa yg dia pandang kat kamu ni sampai boleh nk kawin ye? Dah la kamu pilih dia pun sbb dia bekerjaya, lps tu mintak dia ambik tggjwb kamu plak! Lelaki & suami apa kamu ni?
Kamu nk dia taat, tapi kamu yg sbnrnya zalim pd diri, pd dia (isteri) & anak² kamu. Ingat bro, kamu boleh jadi papa kedana kat dpn Allah satu masa nnt klu beginilah cara kamu tadbir rmh tggal..
Cik abg oii, kmi baca 50/50 pun kmi dah meluat ampa tau dak. Awat yg cik abg ni loklaq sngt. Hantaran pun split..naya bini abg.. patutnya cik abg tanggung dia bkn dia kena 50/50 ngan ampa. Ishh la memang loklaq la ampa ni. Sekurang2nya 70/30 cik abg kena tanggung…bini ampa penin pala la tu nk cri duit byr komitmen yg sepatutnya ampa tanggung. Kesian bini dpt tok laki tak brapa nk cerdik…patutnya bkn dia yg cri duit lebih, cik abg yg kena keluaq cri duit lebih tp buat2 tak tau, bini terpaksa galas tugas tu.. kesian bini ampa..lama2 meroyan penat kawan tu..
Mana tak stress isteri tu. Lepas kahwin kena duduk dengan mertua, pastu kena bayar (half) bil dan makanan. Pastu mengandung pula tu. Penat tanggung anak dalam kandungan tu dia yang tanggung 100%, si suami kena hantar amek kerja pun dah membebel.
Mungkin si isteri tu buat bisnes online nak tambah pendapatan sebab nak bagi hint kat suami patutnya biar suami yang buat kerja tambahan so suami dah boleh take over 100% komitment wajib dan dia dah boleh berhenti kerja. Mungkin itulah yang dia harapkan. Tapi tengok si suaminya pun otak benak sangat dan terus harapkan 50-50, lagi bertambah lah stress dia, terpaksa lah teruskan juga kerja bisnes online tu.
Pastu boleh pula si suami tak bagi berhenti kerja, katanya isteri ingkar bila isteri dah berhenti. Hmm, ada istilah ingkar ya isteri nak berhenti kerja? Padahal isteri tak wajib bekerja dan suami tak boleh paksa bekerja kalau isteri (dah) taknak. Cuma pandai2 lah didik isteri tu supaya jangan nak melebih-lebih minta itu ini bilamana suami saja yang bekerja.
Nak minta bayar 50-50 tapi bab jaga rumah dan anak taknak pula 50-50. Eh malas lah sambung.
jantan yg guna pakai mazhab 50:50 ni jantan bacul je. sian bini kawin dgn jantan spesis cmni. nk wat cmne kan. da jodoh. nk cari yg provider tp diri xcantik. sedey idup
Cuba kau try tanggung semua yang patot jadi tanggungjawab kau dulu, baru luah sini tengok perangai bini kau macam mana. Orang tu dah tolong pun banyak cekadak eh kau
Ko ni macam tak bersyukur pon ada. Aku tak nampak apa masalah yang besar sangat sampai kena confess kat sini. Bini pon nampak macam orang yang boleh bawak bincang. Tapi ko pulak macam jenis orang yang tak boleh cari penyelesaian win win. Ko nak rumah kemas selalu, bini ada selalu, masak selalu, ko provide la semua. Ni dengan bini pon sebuk cari rezeki, nak bayar half2, ko pulak demand dia jadi housewife. Mengarut betul. Ko sekolah sampai tingkat mana bang? Macam kurang je kemahiran berfikir. Biasa pompuan je confess benda mengarut gini.
Bro. Kau punya niat awal awal tak betul. Kau sebagai lelaki yg kena sediakan dan payung keluarga kau. Bil dan semua expenses rumah tanggungjawab kau bukan isteri kau. Itu dia nk tong tong pun kau dah nasib baik. Elok kau jadi rambo sikit ahhh…syukur dan kerja keras lagi bro