Untuk Part I, (https://iiumc.com/isteri-aku/).
Banyak yang mengata, semua perempuan.
Mak aku bersama dengan ayah aku dual income household. Takde masalah. Abang aku, kakak aku, adik aku. Semua dual income household. Takde masalah.
Aku tak faham apa perempuan anti sangat dengan 50-50. Korang ingat dengan ekonomi sekarang, cukup ke gaji laki sorang? Rumah je dah berapa ratus ribu?
Kereta, minyak, tol, taska anak, insurans anak dan laki bini, tuisyen anak, hibah, belanja harian, belanja rumah, bil, sst. Isteri aku daripada dual income household.
Colleague aku kebanyakannya dual income household. Kami sama2 bekerja untuk menaikkan ekonomi rumah tangga. Dulu mak ayah aku B40, sekarang kami M40 dan kadang2 T20 (ikut la profit isteri aku macam mana). Dari segi sama2 bekerja ni kami takde masalah. Kami aligned.
Aku jatuh cinta pada isteri aku sebelum aku tau tangga gaji dia. Bukan besar mana, lebih 1k je pun. Aku makin suka sebab dia jenis humble, bukan jenis bershopping atau bermekap mana. Dia career oriented. Tapi lepas dapat anak, dia berubah.
Kenapa buat loan kahwin? Aku dah pernah bertahun kumpul duit nak kahwin, last2 ex aku tinggal je aku. So kali ni aku taknak tunggu. Bila aku tanya wife aku untuk hantaran dia boleh tak bayar sama2, dia setuju sebab takde usik mana pun drpd gaji dia.
Tapi, dia jenis spend banyak kat famili. Apa anak perempuan nak kena tanggung mak ayah. Mana function abang dan adik lelaki dia? Mak ayah aku pun tak mintak aku sesen pun lepas aku kerja. So kenapa aku nak kena spend duit kat mak ayah dia? Baik aku bagi mak ayah aku.
SEBELUM kahwin memang dia spend dalam 1000 untuk rumah parents dia. Buat belanja dan bil. Lepas kahwin, kami tinggal dengan parents dia. So, dia bayar 1000 tu sama je dengan SEBELUM kahwin. Tambah aku kat rumah tu takde menyusahkan dia pun. Aku lagi menyenangkan hidup dia.
Sebelum kahwin pergi kerja naik bas. Selepas kahwin aku pakej hantar dan ambil. Bila aku betul betul tak boleh ambil je aku mintak dia naik public transport. Itu pun dia complain kena bayar mahal.
Habis tu duit minyak aku ulang alik hantar ambil dia macam mana? Aku tak pernah claim. Pengorbanan aku tempuh jem macam mana? Still dia marah kena jalan kaki cari transport. Suruh ambil lesen taknak.
Macam bila aku dah ada dalam hidup dia, tetiba jadi bodoh tak reti hidup sendiri padahal sebelum kahwin boleh je.
Dia berhenti kerja memang buat aku kecil hati. Macam takde rasa hormat langsung aku sebagai suami, sebagai ketua keluarga. Lepas dapat anak terus terpaling nak jadi emak yang ada untuk anak. Macam la perempuan lain yang kerja office tak cukup masa spend kat anak.
Hidup aku daripada rileks2 hujung minggu duduk berehat dengan isteri & anak, jadi huru hara dengan nak tolong dia siapkan stok, tolong dia set up untuk event. Tolong dia susun barang dekat rak.
Eh kalau korang tau berapa penatnya berniaga ni korang tau la. Dah elok2 kerja manager nak buat kerja balaci start semula dari awal. Kau tak bengang?
Aku berkorban banyak. Aku penat. Sebab tu aku buat confessions ni masa aku serabut. Uruskan rumah? Eh senang la untuk aku. Setakat susu anak mandi anak berak kencing anak memang aku uruskan sama-sama daripada bayi tanpa complain. Tapi tetap dia terpaling penat.
Kalau dia nak rasa terbeban kena ambil dan hantar anak ke sekolah, dah bukan itu ke dia punya tujuan kerja sendiri? Nak masa flexible untuk spend masa dengan anak, ambil lah. Spend banyak2.
Aku ni kerja dah memang balik lambat. Kalau aku berhenti siapa nak cover time2 business dia takde profit? Dah dua hal nak cover operation business, lepas tu nak cover komitmen rumah bahagian dia pulak.
Aku ni kena sentiasa make sure aku ada duit untuk cover bahagian dia. Sebab tu aku make sure segala hutang dia pada aku, dia bayar. Kalau tak takde buffer dah nanti.
Aku menulis dekat sini sebab aku tak boleh cakap depan muka dia. Kang menangis minta cerai. Sikit2 cerai. Tak fikir anak langsung. Aku sayang dia, tapi dia ikut kepala sendiri setiap masa. Apa aku cakap tak masuk telinga langsung.
Contoh:- aku dah cakap jangan join event. Dia nak juga. Bayar pakai duit aku. Masa dah dekat, dia start panik rasa tak boleh buat sebab banyak sangat nak kena prepare. Aku la yang terpaksa tarik dia, make sure dia set up dan buat sales.
Setiap sales aku ambil dulu bahagian duit aku yang dia guna. Lepas tu aku ambil bahagian komitmen rumah. Lepas tu aku ambil untuk bayar operation business dia macam stok, gaji dll. Settle semua tu baru aku biarkan untuk dia berjoli.
Aku buat tu untuk pastikan dia tak take things for granted. Tapi penat dengan kerja hakiki aku lagi lepas tu tolong manage dia tanpa gaji.
Lega aku melepas sini. Nak cakap dengan orang nya aku sayang. Sedih kau banyak berkorban tapi dia still tak dengar cakap.
Korang komen la apa kau nak komen, bukan aku baca pun. Korang terpaling nak lelaki provider tapi pengorbanan lelaki bukannya korang pernah nampak.
– Khamis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Makcik sokong awak, betul lar dah elok2 kerja manager, berhenti nak bisness sendiri, tapi tak ready mental dan fizikal.
Semoga awak terus tabah dan sabar.
Tapi kan cam adil la kot.. Mula2 kawin ko ajak dia bersusah sampai hantaran pon bayar sama2 sekarang giliran ko pulak bersusah.. Kata sayang.. Lol
Apa yg berlaku pada bro adalah benar. Kaum perempuan akan mengelak utk bincangkan perkara ini. Inilah satu pengkhianatan/kecurangan terhadap rumahtangga yg dihalalkan oleh ramai kaum isteri diluar sana. Masa mula2 kawin cakap lain, tapi kemudian cakap lain pula. Mula2 dulu cinta tak bersyarat….lepas tu dah byk syarat…bila tak dipenuhi syarat2 tersebut….mulalah mati rasa terhadap suami….bukankah itu satu penghianatan yg besar? Jadi suami sekadar provider semata2 disebabkan hukum agama tetapkan begitu? Jadi bagaimana pula ketetapan yg lain2….didiamkan pula….keadaan ini dah macam penghambaan terhadap para suami sahaja….kalau salah apa yg aku katakan ini….mohon perbetulkan.
Suruh dia belajar kelas pengurusan kewangan. Kelas pengurusan bisnes.
Ramai yang berbisnes tapi tak layak pun digelar org bisnes. Sebenarnya self enployed je. Self employed ni lagi sengsara hidup dari employee. Bank pun tak suka sangat kategori self employed ni. Sebab tu buat bisnes kena ada ilmu. Bukan syok2 sendiri je.
Tak payah lah masuk event. Bayar tapak mahal2 tapi ROI tak seberapa. Kurangkan overhead. Fokus pada selling n marketing. Fokus pada self growth.
Bisnes ni kalau kena gaya sepatutnya buatkan rumahtangga makin harmoni.
TT pun baiki lah hubungan dgn Allah. Ajak isteri qiamullail sama2. Bisnes ni kalau pergantungan pada Allah tak kuat, huru hara hidup jadinya.
Memang lah tak salah 50-50 tapi Islam tak ajar macam tu. Sebab bila dah 50-50 ni ada kemungkinan besar hubungan tu mudah nak ke arah bukan suami isteri lagi dah tapi lebih kepada macam ROOMMATE/HOUSEMATE yang masing2 adalah ‘equal’. Bila dah ‘equal’ tu jangan expect lah isteri tu boleh 100% treat you as a husband. Isteri pun mungkin ada rasa “Eh aku pun bayar half, jadi tak adil lah kalau aku kena mengalah”, last2 isteri akan kurang hormat kat suami. Bila dah kurang hormat tu, suami akan mula rasa tercabar.
Cuba kalau suami yang dah provide benda2 wajib, isteri tiada alasan nak komplen itu ini. Kalau pergi kaunseling pejabat agama pun kaunselor akan berpihak kat suami sebab suami dah provide yang wajib. Hidup memang lah keras, mana2 zaman pun ada segolongan orang akan kata hidup ni keras. Tapi kalau benda wajib pun tak boleh nak provide, maknanya tak ready lagi lah nak kahwin dan jadi KETUA keluarga mengikut apa yang Islam ajar. Tapi kalau nak kahwin juga kawtim 50-50, jangan expect lah nak pegang title KETUA keluarga tu sebab dah ‘equal’ kan. Dia macam akan ada DUA ketua.
Dan tak boleh lah nak bandingkan dengan adik kakak abang dan pasangan dorang yang dual-income. TT tau ke ntah2 depan2 orang dorang nampak senyum je happy je tapi dalam bilik ntah2 gaduh jugak. Tapi kalau yakin dorang tak gaduh, patut confess lah kat dorang mintak nasihat dorang, dari confess kat sini.
Kitorang tau TT baca komen, kalau tak baca takkan wujud 2nd confession ni. Harap2 tiadalah ye 3rd confession.
Betul saya sokong CT ,nak expect bini buat semua sempurna .. pelik la bawa je bini tt pergi kaunseling kawan saya pon dulu macamtu suami dia ada lah masalah dengan dia last pi kaunseling dah nampak berubah sikit la even ustaz tu sebelah laki jugak last2..
Actually aku faham je apa wife dia rasa…sebab daripada dulu lagi wife tu jadi provider kena tolong family,macam tt cakap la wife banyak tolong makayah ,abang wife tt ?ni tt cakap so bila kahwin pon berterusan kena support lelaki ..so jadi penat kesian pulak dekat wife tt..kalau wife tt keja manager ,tt sangggup ke ambik half kemas rumah semua? Tak jugak kan …entah la better korang duk je berbincang lush dekat sini pon issue tak akan settle maybe tt just nak ada orang backup maybe🤔ssebab Hal business semua tu kena cakap terus terang la cakap tt dah tak ada bajet nak cover semua
Salam bro, 50-50 takde masalah kalau dua2 setuju dan memang bagus pon sebab dapat jadikan kehidupan berkeluarga lebih selesa dari bergantung kat income suami je. Cuma, cara bro meluah macam bro sorang tersakiti dan bini tu je yang salah. Korang kan sama2 dalam perkahwinan ni. Decision dia berhenti tu pon dah terjadi dan bro takleh control keputusan dia walaupun memang salah dia sebab tak dengar cakap. Tapi bro kena bersangka baik la sebab dia buat semua ni pon untuk menyenangkan family dan ada lebih masa untuk anak2. Bukan untuk kesenangan dia semata. Cuma dia tersilap percaturan dan hidup jadi lebih susah. Dan bro pon dah lakukan yang terbaik. Tolong dia masa susah dan senang. Cuma bro kena ikhlaskan je apa bro dah buat tu. Mungkin isteri bro tak dapat balas tapi ingat tuhan boleh balas apa kebaikan bro buat. Sekarang bro cuma perlu fokuskan kat apa benda yang bro boleh kawal dan improve kehidupan keluarga, isteri dan anak2. Dengan cara ni mungkin wife bro akan nampak kredibiliti bro dan mula hormat lebih kat bro. Banyak cara bro, contohnya hire pembantu yang boleh harap untuk event etc. Sebab kalau bro asyik kena bantu maksudnya pekerja sedia ada takleh harap. Solution banyak bro, tapi kalau bro fokus kat kesalahan wife, asyik penat la, tak puas hati itu ini, sampai bila pon bro akan hidup tak tenang. Nasihat ni untuk diri sendiri jugak. Insya Allah.
Ikut mung la khamis. Kalau rasa apa yg kau buat tu betul.. terus kan je lah. Tgok akhirat nnt mcm mna la yer.. Punca sekarang gaji banyak pun selalu tak cukup sebab tak berkat la woii.. Pernah tanya ke tak isteri redha ke 50:50 tu?
Byk merungut