Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca iium confession. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession ini. Secara ringkas, aku wanita berumur 26 tahun, mempunyai seorang anak yang comel dan seorang bekerjaya.
Kisah ini adalah benar tentang hidup aku. Disini bukan niat aku untuk mengaibkan sesiapa tetapi hanya untuk meluahkan perasaan disebabkan aku hanya sebatang kara dinegeri orang.
Usia perkahwinan aku hampir 3 tahun. Aku tinggal bersama keluarga mertuaku. Alhamdulillah mertua aku kini mula memahami aku. Tetapi suami aku, hmm suami aku pada mulanya adalah seorang yang lembut bila berbicara, boleh dibawa bincang jika berlaku apa2 tetapi sejak mempunyai anak, aku rasakan hubungan aku dengan suami makin hambar.
Bayangkanlah, aku bekerja dari pukul 7 pagi hingga 6 petang. Suami aku pula bekerja shift, shift yang terakhir habis pada pukul 10 malam. Aku masih lagi boleh bertolak ansur dalam penjagaan anak disebabkan aku kesiankan suami penat bekerja. Tetapi dalam masa yang sama, aku juga memerlukan ‘me time’ untuk berehat.
Sejak aku pantang sehinggalah sekarang, aku boleh kira berapa kali suami aku berjaga malam untuk menjaga anak aku, selebihnya akulah yang terkontang kanting, bersengkang mata menjaga anak pada waktu malam. Aku seorang ibu yang bekerja. Setiap hari rutin aku, bangun pada pukul 4.30 pagi. Siapkan bekalan untuk anak disebabkan anak hantar ke taska. Aku memang bersemangat untuk bekalkan anak aku makanan yang sihat.
Pada masa yang sama, aku cuba kejutkan suami untuk tgkkan anak tidur, sambil2 tu suami pun dapatlah tidur juga tetapi apakan daya, suami tidur mati, dan anak pun akan terjaga. Balik kerja pukul 6 petang, disinilah aku terkejar2 untuk siapkan semuanya.
Sampai saja rumah, terus letak beg, basuh tangan siapkan makan malam untuk anak aku, siapkan barang2 mandian semua, mandikan anak, suap makan anak sehinggalah dia tdo pada pukul 8 – 8.30 malam. Alhamdulillah anak aku bila tido, akan tido sehingga esok paginya, bangun cuma mahu menyusu.
Lepas anak dah tido, aku sidai baju, lipat baju, kemaskan dan gosokkan pakaian untuk esok dll. Ya Allah penat sangat. Lalu aku pun tertdo mcm tu saja. Aku tak sedar bila suami aku pulang dari kerja. Dan dekat situ, tiada komunikasi antara kami. Masing2 dengan hal masing2. Dan suami aku pula, balik kerja mandi makan terus baring main game kat hp. Aku malas nak tegur, nanti jadi isu bertekak pula. Lagi penat kepala otak aku.
Sebelum nie, aku pernah keguguran. Dan dalam masa yang sama aku mengalami PPD (Post patrum dispression) disebabkan aku stress sebab tiada siapa yang bantu aku dalam menguruskan anak. Lama kelamaan, aku makin biasa dengan keadaan sekeliling. Tetapi penat tu hanya Allah saja yang tahu.
Kadang- kadang suami aku, bila balik kerja, akan terus pergi lepak dengan kawan2nya. Bila aku call suruh balik tolong aku uruskan rumahtangga, dia akan jawab “okay, nak balik dah”. Tunggu tunggu dan tunggu, pukul 1 2 pagi baru balik, bayangkanlah aku tunggu dari pukul 10 malam. Hmmm apa lagi perlu aku buat?
Aku cuba jadi isteri yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab aku tetapi sejak mempunyai anak, fokus aku tend to be more on anak sebab kebanyakkan masa aku luangkan masa dengan anak. Suami? Hanya mampu lihat aku struggle uruskan anak sorang2.
Keadaan aku sekarang nie ibarat lebih teruk dari seorang maid disebabkan aku takda masa untuk diri aku. Mak mertua aku pun pernah cakap depan aku dengan anak aku, “mommy tak nampak macam mommy dah, tapi nampak macam mami monster”. Allahu. Runtun hati aku. Apalah nasib aku.
Kalian, aku mohon doakan aku kuat dalam mendidik anak aku, diberikan kesabaran dalam menempuh ujian daripada Allah ini. Aku penat. Kadang-kadang aku fikir, aku nak lari jauh bawa anak aku pergi ke mana sahaja. Terima kasih sebab sudi baca kisah aku ini. Doakan aku ye :'(
– Isteri yang tertekan –
– S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit