Untuk part I, https://iiumc.com/isteri-baran/
Hai dan salam. Aku tulis buat kali kedua. Maaf penulisan kali ni panjang sikit. Aku akan explain sikit bagi yang salah faham dan lain2.
Terima kasih atas semua komen2 yang mendoakan baik2 untuk aku dan suami. Semoga doa kalian berbalik pada kalian semula.
Pada yang mencaci, mendoakan yang buruk2, percayalah setiap yang kita doa pada orang pasti berbalik pada diri kalian. Semoga kalian @ keturunan kalian tidak akan diuji begini.
Ya betul aku ada trauma masa lampau. Dari kecil aku selalu dipukul, dimarah, tapi aku tidak pernah berdendam mahupun membenci ibu aku.
Aku sayang ibu aku dunia akhirat, tambahan sekarang beliau pun semakin menua. Aku dah maafkan semuanyaa, ibu, M sayang ibu dunia akhirat.
Ketika aku berumur belasan tahun dan sedang menuntut di universiti. sekali lagi aku alami tragedi hitam, aku di SA, hampir dirogol. Peristiwa ni terjadi ketika program keluarga angkat. Aku bermalam di rumah keluarga angkat aku satu malam, dan anak kepada ibu angkat aku tu si pelaku.
Aku tak boleh langsung padam memori ni. Hampir jadi kes polis tapi ibu angkat aku menangis2 merayu sebab anaknya yang SA aku time tu baru umur belasan tahun sekolah menengah. Ye, aku tahu pelaku tu lagi muda dari aku, tapi dia kuat.
Aku ketika itu berat cuma 39kg, nak lawan dan tolak si bodoh tu memang tak terdaya. Dia tekup mulut aku tu sampai aku tak boleh nak bernyawa.
Aku fikir malam tu maruah aku akan hancur, tapi Allah lah yang Maha Berkuasa, pintu bilik ibu ayah dia kedengaran macam terbuka. Benda tu yang mematikan terus daripada si bodoh tu teruskan niat dia.
Malam tu memang aku tak tidur langsung, aku menangissss sahaja, masuk je azan subuh terus aku minta izin balik ke kampus semula.
Hampir 2 minggu aku berkurung dalam bilik di kampus, menangiss dan menyoal takdir. Memori pahit ni setiap kali datang, aku rasa macam nak bunuh diri sebab jijiknya rasa dengan diri sendiri.
Ketika ini aku sudah kenal dengan suami aku (waktu ni dia BF) aku. Aku banyak kali minta putus sebab aku rasa suami aku deserves better. Tapi dia sentiasa ada dengan aku. Start daripada kes ini lah, baran@tantrum aku datang dengan sangat teruk.
Family aku tak pernah tahu aku pernah hampir dirogol. Hanya suami aku sahaja tahu tentang ni. Kesan dia? Aku tak boleh nak bersama dengan suami dari arah depan. Aku tahu benda ni sensitif, tapi aku nak cerita kesannya pada diri aku.
Aku akan shaking dan langsung tak boleh penetrate daripada depan. Walaupun 5 saat sebelum tu aku bernafsu je dengan suami. Sampai sekarang. Suami faham dan sangat memberi semangat pada aku. Dia akan datang dari arah lain yang mana buatkan aku selesa dan tak shaking.
Aku tak mengamuk ke time bujang dulu? Of course ada. Bila aku tantrum, aku akan masuk bilik yang sunyi dan jauh dari orang.
Aku akan tantrum menangis dan menjerit macam orang gila. Cederakan diri dengan hiris tangan dan macam2 lagi aku buat yang boleh legakan aku untuk seketika. Pernah kelar leher sendiri dengan gunting. Pernah serkupkan plastik dalam kepala dan jerut sampai tak dapat bernafas.
Aku dah cuba menahan diri daripada cederakan diri. Tak mudah. Dengan dalam kepala bertubi2 cakap aku itu ini.
Kalau la suara yang bercakap tu muncul di depan aku, memang aku dah sepak terajang sebab jahat sangat dengan aku. Aku sampai dah tak terdaya nak melawan balik apa yang ada dalam fikiran.
Aku bukan 24 jam tantrum. Dulu time bujang, hanya waktu2 yang aku betul2 barai, stress, atau ada benda yang buat aku triggered saja yang buatkan aku tantrum. Dah tu macam mana aku boleh tenang sendiri?
Sebab bila dah habis semua emosi aku keluar, aku akan berubah macam takde apa2 within a second. Keluar je pintu bilik tu, aku dah boleh ketawa macam orang lain.
Selain daripada waktu baran tu, aku hidup normal macam orang biasa. Ceria, kelakar, ketawa, happy, bergurau macam orang biasa. Aku ni orangnya suka bergurau dan buat kelakar.
Suami aku cakap dia suka aku sebab sikap periang aku. Suami aku ada cakap dia sayang aku sebab aku baik. Walaupun aku taktahu baik apa? Aku mungkin baik time aku normal, tapi ketika benda tu terflashback dalam otak? Aku baik lagi ke time tu?
Kawan2 aku memang tak pernah tahu sisi aku yang macamni. Suami aku je tahu. Sebab bila aku dapat rasa nak jadi tantrum tu, aku akan asingkan diri aku daripada orang lain. Aku tak nak orang takut dengan aku, sebab aku pun takut dengan diri aku bila aku menggila.
Energy aku tu banyak sangat sampaikan kalau aku tak tidur 3-4 hari pun aku akan semakin bertenaga. Manusia normal tak tidur sehari, esok dah lemau sikit. Aku tahu sebab aku pernah normal. Dulu time study, buat assignment sampai tak tidur malam, esok wajib qadha tidur.
Tapi sekarang, makin banyak hari kau tak tidur, makin bertenaga kau. Seolah2 tenaga kau di topup setiap kali tak tidur.
Aku akan jadi terlebih girang, energetic, ceriaaa, tapi siaplah habis je fasa ni, datanglah fasa tengkujuh aku. (Menggila) sebabtu aku sentiasa patuh dengan ubat aku sebab aku takut. Aku trauma dengan diri aku bila datang musim tengkujuh tu.
Bila aku dah berkahwin, aku nak lari dan sorok ke mana setiap kali aku tantrum? Jadi memang suami aku lah yang akan menyaksikan episod2 tengkujuh aku tu.
Sebab tu aku tulis dan minta nasihat sebab aku sendiri tak nak benda ni berlaku. Penat. Takut. Aku sedih, kesian suami aku, beliau kena hadap sisi gelap aku ni.
Atas nasihat beliau juga la aku dapatkan rawatan dari doktor dan sampai ke harini aku masih on medication. Suami aku puji aku, dia kata aku dah banyak improvement, bila datang je fasa tu, aku dah boleh kawal diri banyak dah daripada sebelum ni.
Senjata tajam dah tak sentuh, makian dah tak ada. Cuma aku akan jerit dan bercakap dalam nada sinis dan perli. Dan aku akan pasungkan diri aku untuk elak daripada aku hilang kawalan.
Ada yang nasihatkan untuk jaga solat, baca Quran. Alhamdulillah kami berdua setakat ni masih jaga 5 waktu, berjemaah kalau ada kesempatan, baca Quran dan maknanya. Tapi benda ni dah jadi pada aku hampir 3 tahun dah. Aku tak nak hidup begini.
Aku nak hidup aku normal macam dulu. Bukan monster macam sekarang. Sebab tu aku tanya dan minta nasihat. Aku nak diri aku yang lama. Memang dah tak de peluang ke untuk aku normal macam dulu balik?
Ya aku baca ramai suruh cerai, awal dulu pun aku pernah cakap dengan suami aku, kalau dia dah tak boleh hadap boleh lah lepaskan aku. Aku faham kalau dia dah tak nak aku. Aku sendiri pun kalau boleh pilih, aku takkan pilih diri aku yang sekarang.
Tapi suami aku sentiasa ada dengan aku, support aku, bila aku habis tantrum tu kadang aku dah lupa nak makan ubat, beliau la yang akan ambilkan ubat dan air, sua pada aku. Datang peluk aku, tenangkan aku, belai aku.
Aku sayang sangat suami aku. Beliau lah syurga aku. Bila aku normal, aku okay je buat semua benda. Memasak untuk dia, bermanja dengan dia. Tapi bila datang mood tengkujuh aku, nauzubillah..
Okaylah aku rasa dah terlalu panjang. Mungkin ni yang terakhir dah aku tulis. Salam semua…
– M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jangan fikir nak cerai, Puan M. Suami puan tu suami yang sangat terbaik yang Allah beri pada Puan. Tak apa, terus berusaha untuk sembuh. Terus yakinkan diri bahawa Allah akan berikan puan kesembuhan. Puan masih ada peluang besar untuk bebas dari penyakit ni sebab puan boleh bersosial dengan orang lain bila keadaan normal.
Saya doakan puan cepat sembuh dan bahagia bersama keluarga puan di dunia dan akhirat. Allahumma Aamiin
trauma kena rogol tu masih kuat tertanam dalam jiwa. selain ubatan, saya anjurkan buat juga rawatan CBT. perasan marah kepada budak perogol tu masih mencengkam perasaan. Adakah Puan hendak berhadapan dengan budak itu atau melupakan? Sekiranya Puan hendak melupakan, Puan memilih untuk berdamai dengan takdir.
Semoga sis sembuh sepenuhnya one day Aamiin.. Alhamdulillah Allah bg partner yg supportive utk sis
Sis, you Did well…betul nampak improvement. Keep on going & jangan give up ok..Benda bertahun,takkan boleh selesai setahun je akan ambil masa. Cadangan, disamping medication boleh add on terapi sesi dgn klinikal psychologist atau kaunselor yang biasa handling mental illness issue ni. Kalau kat hospital boleh request. Mereka akan bantu dari segi emotional regulation supaya emosi itu boleh diuruskan dgn lebih baik. Hug for you & proud of your supportive husband. Teruskan perjuangan & jalan je terus sis. Orang boleh berkata tapi you yang merasa. I pray you able to manage everything better!
Alhamdulillah puan dah mencuba pelbagai cara dan dah bnyak berubah.. teruskan usaha, insha Allah akan jadi ‘normal’ sptmana yg puan inginkan.. yg penting niat kita utk menuju kebaikan.. lupakan kisah ‘hitam’ yg lalu, anggapla ia sbg ‘mimpi buruk’ shj, dan kini puan sudah ‘trjaga’ dan bersedia utk mulakn hidup yg baru (insha Allah pd thn baru yg akn dtg, puan akn mnjadi seorang yg ‘baru’ & bersemangat..) jaga hati dan hal ehwal suami tu, bkn senang nk dpt suami yg sabar dan memahami.. insha Allah kmi doakn yg terbaik utk puan n family.. wallahu a’lam bissawab