Isteri Bersalah, atau Suami Bermasalah?

Terima kasih admin jika sudi siarkan tulisan saya yang tidak seberapa ini. Aku Irin, aku nak berkongsi dengan korang kisah kenalan aku.

Nama diberi Ida (bukan nama sebenar). Ida berkerja disektor swasta dan berkahwin dan seorang anak yang comel.

Ida berkahwin dengan seorang lelaki yang berstatus DUDA anak 2. Perkahwinan Afiq dengan isteri pertamanya (Liya) hanya bertahan 3 tahun sahaja.

Afiq dan Liya bernikah disempadan disebabkan Liya dah mengandung. Diawal usia perkahwinan Afiq dan Liya tidak diterima oleh keluarga Afiq.

Senang cerita Afiq dibuang keluarga. Selepas Liya bersalin barulah keluarga Afiq terima anak dan menantu disebabkan kesian dengan cucu.

Menurut Afiq, Liya terlalu kuat cemburu dan tidak hormat Afiq sebagai suami punca kepada perceraian mereka. Afiq menduda selama 6 tahun sebelum bertemu jodoh dengan Ida.

Ida dan Afiq selamat diijab kabul dikampung Ida. Kenduri pun hanya dibuat belah pihak ida sahaja.Ida seorang yang rajin, pandai cari duit dan berdikari.

Walaupun Ida ade tugas hakiki ida masih buat bisnes kecil-kecilan untuk topup perbelanjaan dapur mereka. Ida berkerja shift, faham-faham lah kalau jenis kerja shift nie.

Tapi Ida tidak pernah culas menjalankan tanggungjawap sebagai isteri terhadap suaminya iaitu Afiq. Suami Ida rupa yang menarik. Berkerja swasta. Afiq berkerja ditempat yang “Gah” kalau orang tengok luaran tapi sebenarnya Afiq hanya pekerja kontrak sahaja disitu.

Kalau nak dibandingkan dengan gaji, gaji Ida lebih banyak dari gaji Afiq. Ida tidak pernah lokek dengan Suaminya.

Malah Ida sanggup pakai kereta buruk dan bagi Afiq pakai kereta buatan malaysia tapi telah diubahsuai seperti kereta import. Ala-ala kereta sport.

Selepas Ida dan Afiq berkahwin, Ida menjaga kedua anak tirinya. Disebabkan kerja shift, Anak-anak tiri Ida dihantar pulang ke rumah Liya semula.

Masalah dalam rumahtangga Ida melanda bila, Afiq kantoi ada perempuan lain. Lebih menyakitkan hati Ida, bila mana Ida dapat tahu Afiq dan terlanjur dengan perempuan yang baru dikenali melalui socmedia. Afiq dan Ida berperang besar.

Afiq meletakkan kesemua kesilapan Afiq berpunca dari Ida. Ida tiada masa untuk Afiq, Afiq sunyi, Afiq bosan. Afiq juga tuduh Ida kasar dan tidak hormat dia sebagai suami. Ida berjanji untuk berubah dan beri Afiq peluang kedua.

Tidak semua orang mampu menggunakan peluang kedua sebaik mungkin, sekali lagi Afiq kantoi ada menyimpan perempuan dibarat tanah air.

Lebih menyakitkan hati Ida, bila dapat tahun perempuan itu sedang mengandungkan anak Afiq. Perempuan itu ditipu oleh Afiq. Afiq mengaku dia bujang.

Tidak tahan dengan perangai Afiq. Ida nekad untuk berpisah dengan Afiq. Ida merampas semua kemewahan yang telah Ida beri pada Afiq. Kereta kesayangan Afiq, Alat kelengkapan dirumah turut diambil oleh Ida.

Dari mata kasar aku, Afiq seorang lelaki yang tidakbertanggungjawap, merosakkan anak dara orang, financial management out!

Gaji Afiq tidak tahu kemana pergi. Afiq berhutang sana sini dengan macam-macam alasan. Belum kira hutang bank, hutang pinjaman berlesen dan Ahlong.

Selama ini Afiq hanya “menumpang kemewahan isteri sahaja”. kini Afiq terbeban dengan hutang yang perlu dilunaskan sendiri tanpa bantuan seorang isteri. Padan Muka kau!

Ida pulak nampak murung, Ida pura-pura gembira tapi jauh disudut hati, Ida hancur kerana sikap suami yang tidak bertanggungjawap itu.

Ida, kau ada anak yang comel, jangan sia-siakan masa, airmata, kudrat kau untuk suami yang tidakbertanggungjawap seperti Afiq. Bangkit dan melangkah.

Perbaiki diri untuk mencari redha ilahi. Percaya segala sesuatu yang berlaku ini atas kehendak Allah. Aku tahu kau masih teragak-agak untuk bercerai dengan Afiq disebabkan anak comel kaukan.

Aku cuma mampu cakap, Kalau kau rasa Afiq akan berubah, berilah dia peluang, tapi sebelum ini pon Afiq dah sia-siakan peluang yang diberi. Jadi Layakkan Afiq diberi peluang lagi? Kau fikirlah.

Buat Afiq, kau terlalu kejam pada isteri sendiri, kau aniaya isteri sendiri, kau rosakkan banyak perempuan diluar sana. Jangan bermain dengan hukum Allah.

Hari ini kau buat orang, one Allah akan balas cash perbuatan kau itu. Bertaubatlah, mintak ampun dekat perempuan-perempuan yang telah kau rosakkan.

Pesan buat gadis diluar sana, berhati-hati bila berkenalan dengan lelaki. “saya bersumpah dengan nama Allah saya bujang” belum tentu sumpah itu betul. Jaga diri kalian sebaiknya.

Aku tidak nafikan banyak lagi lelaki baik, setia diluar sana, tapi masih ada lagi segerombolan spesis seperti Afiq. Jenis suka pinjam duit, jenis suka menumpang kesenangan isteri. Jadi be aware. HUGS!

Tak guna ada mata, kalau tak dapat melihat.

Tak guna ada hati, kalau kau tak pandai menilai.

– Irin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *