Aku tak pasti betul ke aku ni dah mula ‘burn out’ atau tak.
Tapi yang aku pasti aku dah mula rasa tak seronok bila luang masa dengan suami, aku rasa biasa-biasa’bila ‘bersama’ dengan suami, aku rasa ‘terbeban’ bila balik kerja tengok muka suami.
Atau maybe aku dah fed up dengan perangai suami.
Bergaduh tu dah jadi perkara biasa bagi aku. Selama 3 tahun kahwin, tahun Pertama & kedua kahwin tiap kali gaduh mesti aku akan menangis.
Tapi sekarang entah kenapa tiap kali bergaduh aku rasa ‘kosong’. Tak de perasaan apa-apa pun setiap kali bergaduh.
Dengar perkataan ‘kau aku’ yang keluar dari mulut suami tu dah hadam sangat la dalam kepala aku ni.
Ye memang setiap kali gaduh mesti suami akan gunakan aku kau. Puas aku tegur suami, nak bergaduh tu tolong jangan gunakan aku kau. Guna panggilan nama atau saya awak.
Cuba sikap hormat walaupun bergaduh. Banyak kali aku tegur waktu awal tahun perkahwinan tapi suami pernah kata, “guna aku kau ni saja cara lagi bagus”
Sekarang ni? Aku pun terpengaruh ikut ‘aku kau’ tiap kali bergaduh.
Bukan perkataan aku kau saja, perkataan lain yang suami selalu sebut macam ba*i, p*kim*k, b*doh tu semua aku dah terpengaruh guna sekarang ni.
Sedih? Ye memang aku sedih sebab sebelum kahwin aku ji bukan jenis seorang yang mencarut.
Nak bodohkan orang pun aku tak berani. Tapi sekarang lepas berkahwin, kehidupan aku berubah 360 darjah.
Aku agak terkilan jugak la sebab kenapa suami bagi contoh macam ni dekat isteri? Ye mesti orang akan kata. Kenapa perlu ikut perangai suami?
Aku terikut ni pun sebab bila waktu bergaduh suami keluarkan perkataan mencarut tu, aku mesti akan balas balik.
Lama-lama perkataan mencarut tu dah sebati dalam diri aku & aku akan gunakan setiap kali bergaduh.
So mana etika hormat dalam hubungan suami isteri? Aku pun tak tahu apa maksud hubungan suami isteri antara aku dengan dia.
Paling aku kecewa bila suami tak pernah nak ada rasa bertanggungjawab uruskan bil elektrik, bil air, barang dapur. Semua tu atas tanggungan aku SENDIRI.
Semua tu atas hasil usaha aku kerja, dan semua benda aku kena settlekan.
Bayangkan lah isteri bekerja dan suami pun kerja tapi bila ditegur kenapa tak bayar bil kenapa tak beli barang dapur? Alasan tak ada duit.
Duit boleh dicari, cuma jangan memilih pekerjaan.
Kalau dah rasa kerja sendiri tu susah nak dapat income sebab tak menentu, kenapa tak cuba lari sekejap cuba pekerjaan lain asalkan boleh bantu isteri settlekan apa yang patut?
Isteri bukan patung mainan dan bukannya hamba yang boleh buat apa sahaja.
Isteri kena kerja, isteri kena bayar bil, isteri kena buat kerja rumah, isteri kena pergi barang dapur sorang-sorang, isteri kena diperbodohkan suami.
Ada ke isteri yang tak rasa kecewa bila suami pernah membabikan dan membodohkan isteri?
Ada ke isteri yang tak rasa kecewa bila tengok pasangan lain beli barang dapur sama-sama tapi aku pikul barang dapur berat-berat tu sendiri?
Dan ada ke isteri tak rasa kecewa bila suami selalu pinjam duit isteri tapi tak pernah nak bayar balik? Aku sejujurnya dah tawar hati dengan suami.
Suami banyak berhutang dengan aku. Hampir RM10k. Bila dia susah aku cuba tolong sikit-sikit.
Tapi bila aku minta duit sebab aku perlukannya mesti alasan dia nantilah, tunggulah tak de duit lagi ni, kerja tak menentu ni, orang tak bayar duit kerja lagi ni.
U know what? Kata duit tak ada. Tapi masih boleh beli flavour vape. Duit nafkah isteri selama berbulan- bulan ni walaupun RM10 pun susah aku nak dapat dari insan bergelar suami.
Suami pernah kena tipu dengan rakan kerja. Buat kerja tapi tak dibayar. Dan aku tolong sikit-sikit bayar hutang kedai.
Suami pernah dapat kerja tapi gajinya cukup-cukup saja tak berbaloi dengan apa yang dia buat.
Dan aku tegur suami. “Cuba ubah sikap tu sebelum pergi kerja, solat dulu baru pergi kerja”
Suami dengar macam tu saja tapi aku tahu suami jenis tinggalkan & melewatkan solat. Aku selalu tegur “abang sendiri tak jaga solat dengan Tuhan atas tu macam mana dia nak bagi rezeki?”
Aku tahu ego seorang lelaki memang tak suka ditegur. Aku banyak kali kecewa bila diajak solat berjemaah mesti suami akan kata “pergilah solat dulu”. Bila tegur suami “cepat solat dah nak masuk waktu isya”.
Suami masih slow-slow pergi mandilah buat itu lah buat ini lah. Selama 3 tahun tempoh perkahwinan ni, aku tak pernah nampak suami tergesa-gesa nak solat sebab dah lewat.
Yang aku nampak kalau dah lewat, biarlah lepas. Dan dah 1 tahun lebih aku tak solat berjemaah dengan SEORANG SUAMI. Sedih sangat la.
Aku nak taip luah kat IIUM Confession ni pon berair mata aku fikir nasib aku.
Rezeki anak masih tak ada lagi. Apa nasib aku sebagai seorang isteri satu hari nanti?
Perasaan sayang dekat suami pun aku dah rasa 50-50 saja. Aku pernah kata aku nak bercerai sebab tak tahan dengan hubungan macam ni.
Tapi u know what. Suami kata, “kau jangan pelik kalau aku tiba-tiba tak de terus ye. Kau nak cerai sangan tengoklah aku tak de terus nanti baru kau tahu rasa macam mana”
Entahlah. Aku rasa kosong saja sekarang ni. Aku pun dah buntu. Kenapa aku kata isteri ‘burn out’ dengan suami?
Sebab setiap kali balik kerja aku tak rasa bahagia nak tatap wajah suami. Aku rasa seronok bekerja walaupun penat. Aku rasa stress, rasa tak seronok, rasa beban sangat bila nak berhadapan dengan suami.
Pernah sampai satu tahap, balik saja kerja aku parking ke mall dan duduk saja dalam kereta termenung dari 3 petang sampai maghrib fikir masa depan aku satu hari nanti.
Bukan sekali tapi berkali-kali sebab sekurang-kurangnya bila buat macam tu masa akan jadi pendek bila berhadapan dengan suami.
Apa aku perlu buat? Berikan aku petunjuk ya Allah…
– Sya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit