Pagi ini aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada pakcik aku, sebagai anak saudara aku tertarik nak kongsi kisah yang berlaku kepada pakcik aku.
Pakcik aku ini bukan orang Malaysia tapi orang Indonesia, kisah ini berlaku beberapa tahun dahulu ketika aku masih bersekolah rendah.
Aku pernah jumpa 2 kali sahaja pakcik aku memandangkan dia pun tinggal di negara seberang, jadi kos tiket memang mahal nak melancong dah lah nak naik kapal laut lagi.
Dari segi personaliti, aku dapat rasakan pakcik aku ni seorang yang baik.
Dia banyak cerita kisah isteri dan anak dia pada kami, gambar anak dia, anak dia mengadu pasal apa, kejayaan isteri dia dan macam-macam lagi.
Sampailah setahun selepas pakcik aku pulang ke indonesia kami dikejutkan lagi dengan berita dia bercerai.
Isteri dia tuduh dia kaki pukul dan macam-macam lagi lah. Itu lah punca dia bercerai dengan pakcik aku.
Aku personally tak percaya dengan bekas makcik aku itu, sebabnya aku dapat tengok layanan baik dia dari Malaysia.
Pakcik aku ni orang kampung, dekat indonesia kan banyak pulau-pulau kecil jadi keluarga aku ni asal daripada pulau kecil tersebut.
Bekas makcik aku ni dia orang pandai, orang nya cantik, dapat sambung ke universiti dan aku dimaklumkan dia lebih muda daripada pakcik aku. Beza usia lebih kurang 10 tahun, sebab pakcik aku kahwin agak tua.
Pakcik aku support dia sambung belajar, dia siap bangga lagi dapat isteri yang rajin belajar. Siap dia show off depan kami anak saudara dia.
Waktu itu aku ingat lagi, isteri dia perlukan internet, dia dari malaysia beli modem untuk isteri dia sambung belajar.
Tetiba setahun dua kemudian kami terima call dia dah bercerai, mak aku pun mengamuk dengan bekas makcik aku tersebut. Tersebar pulak dekat kampung yang pakcik aku ni kaki pukul dan sebagainya.
Aku sebagai orang muda ketika itu cuma dengar jelah apa yang mereka cakap.
Beberapa tahun kemudian aku dengar lagi dia dah kahwin dengan lelaki muda, siap ada bisnes yang besar. Tapi sekali lagi dia post dalam fb dia keguguran siap nampak gambar janin keguguran.
Rupa-rupanya perkahwinan dia yang baru ini, dia banyak kali keguguran.
Satu hari dia mesej aku dalam facebook (Maaf ini aku agak lupa, tapi seingat aku dia macam nak mengatakan kami hantar sihir pada dia punca dia asyik gugur je, aku cuba cari mesej lama tapi tak jumpa. Jadi aku tak pasti dia mesej sebab apa, seingat aku dia tanya pasal inilah)
Dia tak fikir pula dia derhaka pada bekas suami, mengaibkan dia selepas dia berjaya dapat diploma/ijazah. Belum sembang bab anak yang dia tinggalkan dekat kampung.
Disebabkan kisah inilah aku yakin, sebenarnya pakcik aku dianiaya.
Pakcik aku bukan kaki pukul tapi bekas makcik aku ni lari dan kahwin orang lebih muda selepas dapat diploma/ijazah.
Sekarang ni nak skodeng FB dia, nama pun aku dah tak ingat. Jadi aku tak pasti dia dah dapat anak atau tidak, atau masih keguguran lagi.
Satu lagi, aku dikhabarkan dari pakcik aku ni. Bekas makcik aku ni tak berduit, miskin dan pakcik aku yang tampung dia belajar.
Ok sekian, tadi aku dapat call pakcik aku dia tengah sakit teruk. Minta maaf dan sebagainya.
Doakan lah dia cepat sembuh
– Sazali (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit