Isteri Curang Sampai Terlanjur Berkali-Kali

Assalamualaikum… Aku dah berkahwin dengan isteri aku sudah hampir 15 tahun.

Kami belum lagi di kurniakan anak, tapi kami ada anak angkat yang di ambil sejak lahir lagi yang kini berusia 10 tahun.

Berbalik dengan cerita aku, isteri aku berkerja di sebuah kilang kerja shift, berberapa bulan lalu isteri aku kantoi ada scandal dengan staff lelaki lain.. sampai pernah check in berberapa kali di hotel..

Sewaktu check in di hotel dia bagi alasan perlu OT kerja malam tapi dia bukan OT tapi dia pergi check in.

Aku cuba kumpul segala bukti, setelah semua bukti ada aku cuba tangkap lelaki yang bersama dia, sebab aku tahu dia yang hantar lelaki tu pergi balik kerja.

So aku dapat tangkap lelaki tu dan rampas phone dia, so di situ lah banyak perkara yang aku tahu memang betul dan sah mereka selalu checkin dan ada hubungan…

Aku terus paksa isteri aku untuk mengaku mula nya dia menindakkan nya tapi akhir nya dia mengaku memang ada hubungan dengan lelaki tersebut sehingga selalu terlanjur..

Kerana kejadian itu aku trauma sehingga di serang penyakit anxiety hingga sekarang..

Aku susah untuk lepaskan isteri aku sebab terlalu sayang dan tak nak anak aku trauma dan terjejas kesihatan dan mental nya…

Benda ini terjadi dengan alasan dia cakap aku busy tak ada masa untuk dia.. tak ambil berat tentang dia..

Sedangkan dia sendiri kerja shift 2 hari siang 2 hari malam lepas kerja malam memang dia akan tido sampai 5 petang cuti pun 2 hari je..

Kalau dia OT lagi lah lepas kerja malam dia balik tidur esok dah kerja balik, masa bila pulak aku nak luangkan masa dengan dia..

Aku dah lah kerja normal hour, aku penah suruh dia berhenti kerja tapi dia bagi alasan keluarga di kampung perlukan dia yang bantu dalam hal ekonomi.

Setelah kejadian baru aku tahu dia selalu belakangkan aku, buat personal loan, duit simpan pun habis, barang kemas yang di beli di gadaikan dengan alasan bantu keluarga di kampung…

Oklah aku anggap tu bukan rezeki aku.. tapi aku betul2 kecewa apa yang dia lakukan sampai scandal dan terlanjur berberapa kali..

Kalau tak kantoi memang dia akan check in lagi.. benda ni berlaku dalam tempoh hampir 2 bulan lebih…

Sekarang aku selalu berasa cemas gelisah sedih dalam tido pun selalu nangis..

Aku dah tak tahu apa perlu aku buat dah.

Hari2 aku minta petunjuk dari Allah.. moga Allah tunjukan apa perlu aku lakukan..

Buat sahabat semua boleh tak bagi pandangan dan apa perlu aku lakukan.

Terima kasih..

– Nick (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. dalam hidup kalau nak sayangkan sesuatu jangan berlebihan nanti Tuhan
    cemburu . Kena sayang perpada pada
    sebab kita tak pernah betul betul memilikinya … semua milik tuhan . Itu semua pinjaman semata …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *