Isteri Curang

Nama aku H, 29 tahun dan menetap di selatan tanah air. Aku dah berkahwin dengan seorang perempuan berumur 27 tahun yang aku kenali dari sekolah lagi.

Kami berkahwin pada tahun 2023, masih belum dikurniakan cahaya mata. Insha Allah satu hari nanti.

Kisah ini bermula baru-baru ni sejak aku mula sibuk dengan business aku. Kerja hakiki aku pada hari biasa adalah sebagai pegawai eksekutif pemasaran sebuah syarikat pembuatan. Hujung minggu, aku akan buka kedai aku.

Hari biasa, kedai aku akan dijaga oleh pekerja yang aku gajikan, hujung minggu pula adalah giliran aku untuk buka kedai.

Bermula dengan sebuah lot kedai kecil di kawasan tersorok, sekarang aku dah ade 1 lot kedai yang besar untuk perniagaan aku.

Walaupun sekadar sambilan, tapi keuntungan boleh lah tampung keperluan harian yang aku boleh katakan memberi keselesaan pada kami berdua suami isteri.

Nak dijadikan cerita, isteri aku emergency leave. Demam katenye. Jadinye aku pon balik untuk jaga walaupun isteri aku kate okay je kalau aku kerja.

Bila aku sampai je kat rumah, aku tengok isteri aku dah tidur dah dalam bilik. Mak mertua aku cakap dia dah makan padanol, terus tidur dalam bilik.

Ohh sekarang aku tinggal dengan mak mertua. Rumah baru kami baru je dapat kunci, jadinye banyak benda nak kena buat dulu. So bila aku masuk bilik, aku tengok isteri aku memang dah tidur. So aku kemas-kemas sikit, ingatkan nak baring sekali la.

Bila aku nak baring, aku nampak phone isteri aku ade di tangan dia. Memandangkan dia nak tidur, aku cuba alihkan phone tu dari tangan dia nak letak atas meja solek. Dapat je capai phone tu, tiba-tiba skrin menyala. Notification whatsapp masuk.

Menggelegak hati aku bila aku tengok mesej yang masuk tu tertulis “take care baby, makan ubat okay sayang”. Aku pasti itu bukan mesej yang aku hantar, dan nama yang diletakkan juga berbeza.

Aku buka whatsapp, bertambah-tambah menggelegak hati aku bila baca conversation whatsapp tu.

Untuk hari itu sahaja, isteri aku dah hantar 13 gambar pada lelaki tu. Dalam kereta, dalam lif, dalam tandas, bertudung, tak bertudung. You name it.

Aku baca conversation dorang dari pagi sampai laa jam 4 petang lebih sikit. Allahuu, retak hati aku selepas baca. Semuanya berkaitan s3ks.

Allahuu, aku tak kuat nak cerita isi conversation dorang. Ade 1 gambar yang dihantar pada lelaki tu adalah gambar belahan dada isteri aku yang dia ambil di dalam tandas. Menggigil tangan aku bila aku baca conversation dorang untuk hari tu.

Selalu juga aku check phone isteri aku, tak pernah pulak nampak conversation dia. Yang aku pasti, last conversation dorang adalah pada tahun 2022. Rupanya, ni lah kerja nya. Dia akan delete conversation sebelum balik ke rumah rupanya.

Aku ss semua conversation dia, aku simpan dalam phone aku. Habis je aku selongkar whatsapp dia, aku bukan gallery photos dia. Aku scroll.

Untuk harini sahaja, berpuluh gambar tak pakai baju dalam tandas office isteri aku dia ambil. Aku scroll lagi, ade banyak lagi gambar yang macam tu.

Bila diingat balik, isteri aku tak pernah hantar walau sekeping pon gambar macam tu kat aku ketika di pejabat. Ya Allah, ape pula ujian kau kali ni.

Selesai solat maghrib, aku ajak isteri aku duduk di katil. Aku bertanyakan tentang kesihatan dia. Dia kata masih demam, mungkin esok dia MC. Aku hanya cakap, kalau tak larat duduk je di rumah.

Selesai bertanyakan hal kesihatan, aku terus ajukan soalan pasal whatsapp tu. Pucat terus muka isteri aku.

Bermulalah drama airmata.

Aku terus tanya, boleh tak awak terus terang dengan saya, dah berapa lama awak buat kerja ni. Mulanya jawapan isteri aku baru-baru ni je katenye. Menuduh lelaki tu yang datang kat dia, memujuk rayu.

Tangan tak bertepuk kalau sebelah tangan je. Aku sangkal jawapan isteri aku yang menyatakan perkara ni baru sahaja berlaku. Semakin banyak disangkal, semakin banyak version cerita dia.

Aku keraskan suara aku, sehingga boleh didengar dari luar. Tersentak isteri aku. Terdiam dah kaku, linangan airmata masih deras. Barulah isteri aku cerita semuanya.

Aku mendengarkan ceritanya tanpa reaksi. Ade banyak benda yang dibuat belakang aku. Bertukar gambar tak senonoh, chat lucah, plan untuk check in airbnb, nak dating waktu lunch, banyak lagi.

Sedang dia bercerita, aku selongkar phone nye. Aku pergi ke voice recorder. Ya Allah, banyak nye voice recorder. Aku dengar satu per satu. Bila diamati, voice dirakam ketika kami “bersama”.

Yang paling menyedihkan, ade 1 voice recorder ketika kami bersama, tapi kedengaran nama lelaki tu dan bukan nama aku. Ya Allah, dugaan apakah ini.. Allahuuuu.

Aku tanyakan pada isteri aku, berapa kali dah berjumpa dengan lelaki tu. Dia kata belum pernah lagi, sebab isteri aku bekerja di daerah XX, dan lelaki tu bekerja di daerah XX. Agak sukar untuk berjumpa katenye. Jawapan apa pon yang diberi, terlalu sukar untuk aku percaya.

Aku teruskan lagi, ada apa-apa lagi yang awak sorok dari saya? Dia bercerita pula tentang rumah baru kami. Rupanya lelaki tu ada beli rumah yang sama, lokasi yang sama dengan rumah kami.

Allahuuuu, ujian apakah ini. Terduduk aku. Sepi. Menitis lemah airmata aku. Aku lalai. Mereka dah lama rancang. Aku yang lalai.

Semakin kuat isteri aku menangis. Boleh didengar dari balik pintu.

Aku seorang lelaki yang panas baran, tapi tak tahu datang mana ketenangan dalam diri aku masa aku tanya benda-benda ni pada isteri aku.

Aku bangun dari katil, menuju ke almari. Aku capai backpack aku. Aku masukkan semua pakaian dan keperluan aku ke dalam backpack. Merayu-rayu isteri aku minta dimaafkan, menahan aku dari meninggalkan rumah.

Teriakan isteri aku kedengaran sampai ke luar, sehinggakan mak mertua aku mengetuk pintu bertanyakan hal yang terjadi di dalam bilik kami. Aku menuju lemah ke pintu bilik, membuka pintu untuk mak mertuaku melihat keadaan di dalam bilik.

Tiada kata dari mulutku, hanya rayuan teriakan isteri aku memohon dimaafkan dan meminta mak mertuaku menghalang aku keluar dari rumah meninggalkan dia.

Berulang kali soalan ditanya oleh mak mertuaku tentang apa yang terjadi, tetapi dibalas sepi olehku.

Selesai mengemas pakaian, aku berangkat keluar dari bilik. Sebelum keluar, aku ke meja solek. Aku cabut cincin nikah aku, dan aku buang ke dalam tong sampah kecil di tepi meja solek.

Semakin deras tangisan, semakin keras teriakan isteri aku.

Aku pergi ke rumah bujang kawan aku. Dan sehingga kini, aku masih di rumah kawan aku.

Harini, aku pergi ke pejabat agama untuk menyelesaikan isu perceraian kami. Prosedur tetap prosedur. Doakan kekuatan untukku menghadapi semua ini.

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

26 Comments

  1. Teruskan kehidupan. Jangan pandang belakang lagi. Dah setel nanti, sikat rambut balik, sikat tepi tancho lebih.

    • Semoga terus kuat & dipermudahkan urusan bang..

      Semoga yg lebih baik menanti di hadapan…

  2. Perempuan menangis bila kantoi curang bukan sebab dia sedib atau menyesal. Tapi dia takut sebab dia akan hilang kesemuanya. Menangis tu semata mata lakonan untuk nampak kesian. Dan perempuan curang akan letak salah pada lelaki tu, padahal kalau datang lah orang macam mana pun, dia takkan layan. Siap beli rumah lagi, nampak sangat bohongnya.

    Sekarang ni siapkan fail perceraian dan tunjukkan semua bukti yg ada. Dah boleh start cari lawyer just in case ex nak tumtut harta sepencarian. Kumpulkan bukti dan bagitahu parents dua dua belah pihak. Cerai dan move on.

  3. saya sebagai perempuan, sangat maluu dengan perlakuan seorang perempuan yg bernama isteri..tindakan anda sangat sangat bagusss. teruskan hidup

    • Mg kuat confessor…Allah, apa lg yg isteri encik cari dlm hdup nh…rzki dpt jodoh suami yg baik pn dikhianati…xtau nk brsyukur, sdgkn rmai yg impikn utk brkeluarga tp tak direzekikan berjodoh lgi..

  4. Jalan terus bro.. Jgn u-turn2.. Barang yg rosak jgn dikenang.. Bunga bukan sekuntum…

  5. Saya doakan awak akan diberi ganti seorang perempuan solehah selepas ini. Yang hargai awak. Isteri tu pasti akan menyesal seumur hidupnya melepaskan permata.

    • Allahu akbar knape perempuan yg dpt suami yg baik tk pandai bersyukur? …betul tindakkan kamu buat.. teruskan ..semoga adek kuat n tabah melalui Ujian Allah

  6. Boleh dah ajak member cari lelaki tu, rumah pun kawasan sama senang nak cari, bagi peringatan sikit. Jgn suka2 cari pasal dgn org yg dah berbini.

  7. Bro..
    Move on.
    Kau dah buat benda yg betul.
    Tidak memukul dia dan bijak mengawal kemarahan.

    Tugas kau dah selesai.
    Lepaskan dia sebab memang dia nak sgt bersama yg haram dari yg halal.

    Dan lagi kamu tiada anak maka tidak akan berjumpa dengan dia lg.

    Next.
    Kau duduk diam usahakan business kau bagi berjaya.
    Focus itu je.
    Nanti kau akan jumpa jodoh lain.

  8. benda yg sama jadi kat aku, siap bawak masuk rumah masa aku takde, keluar dating tiap jumaat, dalam kereta, dekat rumah adik dia pon jadi. jangan jadi mcm aku, time dia kantoi macam nak gila minta maaf cakap salah dan berjanji bulan bintang utk berubah. sekarang tak curang dah, tapi perangai melawan, takdengar cakap dan macam2 lagi. seperti mcm dia dah lupa yg dia pernah buat salah besar dengan aku. aku tak cerai sbb nak jaga muka mak bapak dia yg konon mcm org alim. sudahnye menyesal. bertahan sebab anak je…

  9. Kita terbalik la.. Suami sy curang dgn kwn sekerja dan berstatus isteri org.. Situasi hampir sama cuma cintanya baru nk berputik.. suami merayu menangis supaya stay dgn dia dan sy masih stay sbb ank3 masih kecil..awk buat keputusan yg berani dan bijak.. Semoga dpt jumpa yg lebih baik selepas ni

  10. Kuatkan semangat bro,bila kita dah lakukan yang terbaik pasti ada sahaja perkara dan ujian mendatang,lebih baik bro ” langkah ” pergi,jangan bagi peluang lagi,perit rasanya dikhianati
    #MestiAkanAdaGengCerminanSuamiKomenNanti

  11. Percayalah alasan yg dia akan beri sebab curang..suami tak beri kasihsayang. Hari² kerja. Mentua pula mula² marah..lepas tu setuju. Suami asyik kerja..
    Isteri kalau dah mampu dedah aurat sulit, chat lucah..bukanlah isteri/wanita yg baik. InshaAllah perbaiki diri, minta di jodohkan dgn wanita yg solehah.

  12. Anda membuat tindakan yang bijak… move on je dari isteri yang curang… lebih2 lagi tiada anak… jalan terus je … saya sebagai isteri yang pernah tersakiti sangat menyokong tindakan anda…

  13. Semoga awak bertemu jodoh lagi dgn perempuan yg solehah yg akan menjaga maruah diri dan taat pd suami. Terus jln, jgn pandang belakang lg.

  14. Awak xboleh salahkan ex 100%. Sy tau org akan kecam komen sy ni. Tgk diri awk dulu.knp ex boleh curang. Awk sebenarnye terlalu sibuk mencari duit.hari biasa berkerja hakiki,hari minggu sibuk dengan kedai. Bila masanye awk spent time dgn dia? Ex awk tu sunyi.perlukan belaian & perhatian. Atau mgkin jugak dia tgk diri awk tu buat dia tak bernafsu. badan berbau ke,tidur berdengkur ke,air liur meleleh ke,pengotor ke. Secara umum,curang tu memang salah. Tp awk kena tanya dia knp boleh sampai dia curang. Dengar ape yg terpendam dalam hati dia. Lepas ni kalau awk berjodoh lagi dgn perempuan lain, ingat la ape sy cakap ni. Ok sekian

    • salah bini dia 100%. kalau dh lonely ckap la kat laki sndri yg diri tu lonely bincang buat sesi luahan, eh tak pilih jugak utk curang.

    • Lol…dia boleh pilih utk heart to heart talk dgn suami dia.. kesibukan suami dia utk masa dpn diorg juga. Kita perempuan jgn expect lelaki faham kita selalu, x salah kot kalau wife approach suami bgtau apa yg dia rasa instead cari yg haram utk dia meluah..kan salah tu..

  15. Patutnya cari dulu laki tu siapa. Kalau laki tu laki orng kesian juga kat bini laki tu 🥲🥲

  16. to be frank, aku mmg jijik dgn perangai isteri curang. kat tempat keje aku, 2 kes isteri curang, walaupun suami diorg satu tempat kerja! berani kan? diorg ni tak diceraikan suami masing2. sorang tu, suami dia hukum dia kaw² . satu medsos pun tak boleh ada. segala online banking pun semua suami control. hp pun suami dia pegang. dia hanya diberi pakai hp zaman dulu² (nokia. bkn smart phone). suami terpaksa bertahan sbb anak² masih kecil. kes kedua, lps kantoi projek dgn skandal satu team, suami suruh berhenti kerja. dan lelaki yg affair dgn wife dia tu, diugut suruh pindah tempat kerja, atau si suami buat report salahlaku.
    since diaorg ni, suami isteri sama tempat kerja, susah jugak nak sorok tembelang ni dr staff lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *