Assalamualaikum semua. Aku seorang lelaki berusia 21 tahun.
Aku harap siapa yang baca ni boleh luangkan masa sekejap, bukan untuk menghukum… cuma untuk bantu aku buka mata dan hati. Aku perlukan pendapat.
Aku seorang suami. Dah berkahwin beberapa tahun. Isteri aku alhamdulillah, setia dan banyak berkorban dalam diam.
Tapi sejak dari awal perkahwinan kami, hubungan dia dengan mak aku agak tegang. Mungkin sebab perbezaan cara, mungkin sebab salah faham lama yang tak pernah betul-betul dijelaskan.
Mak aku… mak yang besarkan aku, yang dulu jadi tempat aku mengadu, sekarang seperti berubah.
Dia selalu cakap benda buruk pasal isteri aku. Kadang-kadang cerita tu langsung tak masuk akal seolah-olah dia nak aku benci dan bergaduh dengan isteri ku sendiri.
Isteri aku pula bukan jenis suka melawan. Dan pendiam di depan mak aku.. Tapi bila dah terlalu lama pendam, dia akhirnya cerita dekat keluarganya atas apa yang mak aku kata dekat dia.
Dan bila mak aku dapat tahu, dia salahkan aku. Katanya aku yang memecahbelahkan. Katanya aku berpihak. Katanya aku dah tak jadi anak yang baik.
Aku tersepit. Aku sayang mak. Tapi aku juga bertanggungjawab pada isteri. Aku cuba jaga hati semua orang sampai aku sendiri terabai.
Aku duduk jauh sekarang — bukan sebab lari, tapi sebab aku tak mampu hadap dua hati yang saling menolak antara satu sama lain.
Aku penat pendam. Penat pura-pura kuat. Aku cuma nak tanya kalian — yang mungkin pernah rasa benda sama — aku nak tanya pendapat semua,
Apa patut aku buat untuk selesaikan masalah tersebut antara hubungan isteri, aku dan mak aku kembali baik semula. Dan apa peranan aku sekarang sebagai seorang suami dan anak dalam masalah sebegini?
Aku bukan nak salahkan sesiapa. Aku cuma nak cari jalan keluar — sebelum aku patah terus.
Terima kasih sebab sudi baca..
– No name (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
aku seorg isteri. dh 20 tahun usia perkahwinan. aku juga x sehaluan dgn ibu mertua,
pendapat aku, biarkan masa berlalu. kamu layan isteri dan ibu dgn baik je. jadi seorang suami dan anak yg baik dan bertanggungjawab. selalu fikir positif. sesekali call atau jumpa ibu. jangan abaikan.
MEREKA X PERLU DIDAMAIKAN. kerana niat mendamaikan tu selalunya akan lebih memporak perandakan.
jaga hati kamu, jaga hati isteri dan juga ibumu. masa akan mengubat hati kamu semua. moga bahagia semuanya.