Isteri Dan Menantu

Aku selalu jadi silemt reader, tapi kali ni saja nak berkongsi dan tanya pendapat.

Aku Yumi (bukan nama sebenar) lewat 20an status berkahwin anak seorang. Kahwin atas dasar suka sama suka, suami Han (bukan nama sebenar). 

Aku dan suami masing-masing bekerja di selatan tanah air.

Masa zaman bercinta Han pernah ajak aku pulang ke kampungnya sesi mengenal, tapi ibu aku tak benarkan sebab berdua-duaan dalam perjalanan yang jauh pasti ada yang ketiga.

Jadi Han hormat keputusan ibu aku maka hubungan diteruskan sehingga ke jinjang pelamin tanpa aku mengenali keluarga Han sehingga kami diijab-kabul. 

Han anak kedua dari 4 beradik, mil dan fil aku umur lingkungan 40-50an yang bekerja kampung.

Han jarang balik kampung dia tapi sekali balik 5 hari atau seminggu jadi memakan kos yang agak banyak tapi aku tak kisah sebab tu tanggungjawab dia. 

Aku agak tak selesa dengan sikap mil aku, tapi aku cuba la tutup mata sebab jarang balik kampung.

Antara masalah yang aku hadapi, aku dan Han akan duduk dalam bilik bila semua orang dah masuk bilik masing-masing.

Biasalah kan suami isteri sebilik sambil aku susukan baby. Kadang-kadang mil aku tolak ja pintu bilik kami tanpa ketuk. 

Han akan belanja family dia makan-makan kat luar kalau balik. So esoknya Han akan bawak aku dan baby keluar “me time” bertiga.

Bila balik mil aku akan soal “pergi mana, tak ajak pun”. Ada satu situasi ni yang buatkan aku tengah berfikir sampai sekarang. 

Satu hari kami semua baru balik dari makan kat luar Han belanja family dia (macam biasa, part ni aku bangga dengan dia sebab tak berkira).

So aku letak kek yang aku beli sebab aku tak sempat makan kat kedai baby dah merengek nak menyusu.

Jadinya kek tu aku letak kat chiller dengan harapan lepas tidurkan baby aku boleh makan dengan tenang. 

Bila aku buka peti kek hilang, so aku tanya la ada sesiapa terambil ke but aku tak marah pun maybe memang bukan rezeki aku,

Cuma sedikit terkilan sebab tadi kat kedai makan aku makan ala-kadar tujuan beli kek tu untuk aku me time bila anak dah tidur.

Tapi bila tanya ada sesiapa nampak kek aku tak, aku pulak dituduh yang aku dah makan kek tu (ayat yang ditujukan ke aku macam aku ni menipu). Aku kecewa la juga sebab tu kek untuk aku makan.

Esoknya aku beli kudap-kudap untuk makan petang lalu letak atas meja dapur untuk makan beramai-ramai.

MIL aku “yang ini boleh makan tak, kang makan kang susah pulak” aku waktu ni macam jem kejap sebab berfikir aku ni tengah kena perli ke. 

Tapi aku malas layan sebab otak tengah hadam “adakah aku sedang diperli”. Mil pernah datang rumah aku, rumah kecik je aku kemas setakat mampu aku sebab baby aku jenis melekat.

So nak dijadikan cerita mil aku audit la pasal rumah aku. Jujur aku annoying yela rumah dia lagi teruk dari aku. Rumah aku ni bersepah je rumah dia kotor dari sinki sampai ke toilet. 

So aku pun cakap la dengan Han apa yang aku lalui (maybe pada korang benda tu simple) tapi aku yang sakit hati.

Cuma aku tak pernah tarik muka depan mil & fil aku. Aku cuba kekal tenang walaupun aku terasa la jugak kadang-kadang. Tapi Han salah faham, katanya aku tak suka mak ayah dia.

So aku nak tanya la dekat korang yang senior-senior aku perlu buat apa?

– Yumi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dulu makcik tak masak pun kalau balek rumah mil sb cara masak tak sama mcm mil. Time masak, makcik duduk baca suratkabar…tp setiap pagi makcik mesti dh siapkan air kopi, teh o & teh susu….tu je duty makcik…hee..hee..
    Jangan pening2 kepala..biar la mil anak nk audit rumah anak…buat pekak jeee….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *