Assalamualaikum. Nama aku Bunga (bukan nama sebenar). Disini aku nak kongsi kisah kehidupan aku, aku tak pasti adakah kehidupan yang sedang aku lalui. Namun aku redha bahawa Allah swt mempunyai rencana yang lebih baik untuk aku.
Ops!! sebelum aku cerita dengan lebih lanjut, ingin aku maklumkan pada teman teman dan pembaca diluar Sana bahawa pada September Ni aku bakal melahirkan sepasang bayi kembar.. Okay, berbalik kepada kisah suka duka aku.
Aku mengenali suami pada penghujung November tahun 2016. Pada ketika itu aku merupakan seorang pembantu kedai merangkap penyelia di sebuah restoran di ibu Kota. Suamiku pula seorang doktor yang berpengkalan di Miami Florida, US.
Perkenalan yang singkat it, telah membibitkan rasa cinta antara aku Dan dia, Dan dalam tempoh enam bulan kami berkenalan, suami meminta kebenaran until berkahwin dengan aku. Jadi pendek cerita, satu majlis telah diadakan secara kecil kecilan diadakan di halaman ku.
Setelah seminggu melangsungkan perkahwinan, akhirnya suami meminta izin kedua Orang tua ku untuk membawaku pulang ke negara asalnya, di Miami Florida. Yelah, sudah jadi isteri, mesti ikut suami Kan.
Semasa dalam penerbangan yang berjam jam lamanya, hatiku sungguh gelisah. Selamat mendarat, suami membawaku ke sebuah hotel untuk berehat terlebih dahulu.
Sebelum tu, pembaca sekalian, suami ku baru setahun memeluk Islam sebelum dia mengahwini ku. Setelah sampai dihotel, kami berehat Dan berpeluang bercerita serba sedikit tentang kehidupan Dan keluarga masing masing.
Pertama Kali air Mata ku gugur ketika menjadi seorang isteri ialah :
1- Suami memaklumkan bahawa dia masih mempunyai isteri di US (juga seorang doktor). Time Ni mesti semua tertanya Tanya Kan kenapa aku Tak tahu ketika time akad nikah tu, rupanya rupanya suami dah maklumkan pada ibu ayah aku tapi dengan alasan bahawa dia sudah lama kahwin iaitu selama 8 tahun namun belum dikurniakan rezeki (berjaya memujuk orang tua bahawa tidak akan Sia siakan aku).
2- Suami memaklumkan bahawa isterinya tidak tahu bahawa dia telah setahun memeluk Islam.
3- kbu mertua aku seorang yang lumpuh separuh badan juga tidak tahu bahawa anaknya telah memeluk Islam Dan berkahwin dengan aku.
Jadi ketika mengetahui semua itu, kemana harus kutuju? Baru sahaja sampai, namun aku berserah kepada Allah taala. Sebaik suami bawak aku ke rumah ibunya. Aku dibawa berjumpa dengan ibunya yang sedang terlantar di atas katil. Pertama Kali ibunya menjerit ke arah aku,
“Bustard!!!” who are you ??
Aku dengan pantas jawab,
I’m sorry madam, I’m your son maid. He bring me here to take care of you… aku jawab dengan tenang Dan penuh kesabaran. Aku nampak dia terdiam seketika. Suamiku hanya terdiam. Lantas aku sedar diri Sedar sangat sangat bahawa sejujujurnya inilah permulaan hidup aku di bandar yang terasing Ni.
Sejurus selepas beberapa Hari di rumah mertua, tentulah Ada sedikit kekeliruan. Aku bantai solat tanpa pikir Mana satu kiblat. Setiap Kali aku solat, aku menangis macam nak mati memikirkan keadaan Kat sini. Aku bukanlah didera. Walaupun mertua kau itu bukan Islam tapi aku tetap menjaganya tanpa lelah Okay.
Mesti tertanya Tanya Mana bapa mertua aku Kan. Kisahnya, bapa mertua aku dah ceraikan in aku sebab bapak mertua kahwin dengan seorang wanita Islam, malah bapa mertua aku pun sudah menjadi seorang Muslim yang baik.
Kenapa aku cakap baik. Masa dia datang melawat bekas isterinya, dia hanya bercakap perkara yang baik dengan penuh lemah lembut malah ditemani isteri barunya itu. Kedua duanya lembut bicara. Aku berpeluang berjumpa dengan mereka Dua minggu sekali sahaja.
Sebagai seorang wanita tentulah ibuku sedih diceraikan suami. Sebab tu Mula Mula aku datang, dah kena tengking. Tapi dah berbulan bulan aku Kat sini, nampak di Makin okay.
Okay berbalik pada kisah aku Dan suami, kadang kadang dia bawak isterinya jugak datang melawat ibunya. Aku macam biasa, yelah orang gaji katakan. Selesai memasak Dan mengemas, aku akan masuk bilik uruskan ibu mertua, siap mandikan, berbedak Dan beri makan semua, aku akan masuk bilik aku untuk membaca Al Quran.
Sejak aku mengetahui statusku sebagai isteri kedua merangkap pembantu rumah, aku tidak pernah mengangkat muka ku until melihat suamiku. Satu ditanya, satu jugaklah jawapanku. Malah aku dah berbulan bulan memanggilnya dengan gelaran Sir Dan tentulah wifenya aku Kena panggil madam. Tapi wifenya lebih suka aku memanggilnya Dr Rina.
Dr Rina kulihat seorang yang baik Hati, lembut bicara Dan cantik. Cantik sangat kalau nak bandingkan dengan aku. Suatu Hari, time tu Hari jumaat, Aku tengah masak untuk ibu mertua ku. Loceng berbunyi. Kulihat Dr Rina datang tapi suaminya aka suamiku Tak kelihatan.
Dalam Hati berdoa agar takda sebarangan pertanyaan dari Dr Rina. Sangkaan ku meleset bila Dr rina terus bertanya dimana suaminya mencari agensi pembantu rumah? Sudah tentu dia terkejut melihat pula aku seorang Islam bekerja dengan orang bukan Islam.
Perkara pertama menyentuh Hati Dan perasaan aku ialah, Dia Tanya, okay kah solat di rumah mertua nya ini? Selesa kah? Aku sentiment Dan jawab, insyaAllah. Sesangat selesa Dan tak pernah Ada gangguan.
Kemudian soalan soalan Demi soalan bertalu, kujawab dengan tenang supaya Dr Rina Tak syak apa apa. Sebelum balik dia beri aku sebungkus plastik. Katanya beli di Asian market. Bila kubuka terdapat sehelai sejadah untukku. Allahuakhbar. Menderai air Mata ku. Dugaan apa yang aku sedang lalui ini. Apa kah perancangan Allah untuk aku?
Setiap Kali aku solat, aku Tak lupa berdoa untuk semua orang termasuk mertua Dan maduku. Aku doakan Allah beri mereka hidayah. Sungguh sungguh aku doa. Dan aku akan solat di dalam bilik mertua aku sebab mertua aku Ni Jenis nak panggil panggil ja.
Pada suatu Hari, aku ingat lagi iaitu pada 14 julai merupakan tarikh lahirku. Aku berdoa sambil menangis nangis. Waktu tu malam. Aku Tak sedar yang mertuaku sedang memerhatikan ku. Selesai solat, aku terkejut bila terpandang mertuaku sedang memandang ku dengan Mata yang kudup.
Lantas dia bertanya, Kau tahu kenapa aku benci kau? Sebab dia marah kerana orang macam aku, suaminya (bapa mertua) ceraikan nya. Aku terdiam. Dalam Hati, kalau lah dia tahu yang anaknya berkahwin dengan aku, apa pulak perasaannya. Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Bantulah aku.
Mertua Tanya kenapa aku menangis? Aku kata aku doakan semua orang yang aku sayangi? Yang hidup mahu pun meninggal dunia. Mertua cakap lagi yang dia takda agama Dan langsung Tak percayakan Tuhan. Aku diam seribu bahasa, aku bukan pandai nak ceramah ceramah.
Kemudian aku minta diri nak keluar untuk pergi bilik sendiri kerana aku nak baca Al Quran. Terkejut bila mertua kata, bacalah Kat bilik dia. Aku kata nanti mengganggu dia nak rehat Dan tidur. Tapi dia kata takpa. Aku pun dengan tenang dengan nama Allah yang penyayang lagi Maha mengasihani kulantunkan surah surah pendek sahaja.
Yelah Kang panjang panjang mahu pulak ibu mertuaku mengamuk. Tiba Tiba kulihat kelibat suamiku pulang menjenguk ibunya. Ibunya gembira melihat ankanya balik. Setiap kali berjumpa ibunya, suami ku sering meminta maaf kerana tidak dapat memberikan cucu buat ibunya.
Tatkala mendengar percakapan Dua beranak tu mohon minta diri untuk keluar dari bilik. Pembaca mesti nak tahu bila aku berjumpa dengan suamiku Kan. Ya.. kami hanya berjumpa seminggu Dua Kali iaitu pada setiap jumaat Dan selasa sahaja. Dan aku hanya berpeluang menyalami Dan mencium tangan nya hanya pada Hari selasa itu pun disebabkan dia datang membawa ubat untuk ibunya.
Kalau jumaat isterinya akan ikut bersama. Dan aku Tak pernah pun berbicara apa apa tentang kehidupan kami kalau berjumpa. Aku risau mertua aku perasan pula. Sejak tu aku jadi jauh. Aku jadi orang asing. Tapi Allah Maha kaya Maha mengetahui.
Pada malam Hari lahirku, suami pulang seorang diri ke rumah ibunya. Dia memeluk aku sambil menangis. Aku seperti orang yang takda perasaan. Aku hanya diam membisu. Katanya dia bersalah terhadap isterinya Dan juga aku. Aku banyak berdiam.
Tapi malam tu, malam sejarah buat aku, pertama Kali suami aku layan aku macam seorang isteri. Itulah pertama Kali ku Kira sejak lapan bulan kami berkahwin. Sejak peristiwa malam Hari lahirku Suami sering balik ke rumah ibunya. Kadang kala menimbulkan syak pada mertua Dan isterinya.
Sehingga lah pada January pertengahan aku disahkan hamil. Suami Tak tahu kewujudan kandungan ku
Tapi orang pertama yang dapat menghidu adalah mertua ku. Guess what happen lepas tu? Ya Mula Mula aku Kena marah macam penjenayah besar. Tiba tiba mertua peluk aku sekuat kuatnya.
Aku terkejut. Sungguh terkejut. Dia kata sejak Dua bulan lepas aku datang Kat sini, dia dah tahu aku Ni isteri anaknya. Macam Mana dia tahu? Sebab setiap Kali bapak mertua aku datang lawat dia, bapak akan cakap, “she is a good woman for our son”.
Patutla mertua aku mengada ngada buli aku Kat dalam rumah dia. Bukan buli mendera tu tapi macam macam dia minta aku buat. Lepas kami duduk Dan bercakap seketika, aku bgtau pada mertuaku supaya jangan diberitahu pada suamiku kerana bimbang Dr Rina dapat mengetahui nya.
Aku juga kesian melihat Dr Rina. Orangnya sungguh baik. Sesungguhnya Allah menduganya dengan belum memberinya cahaya Mata. Setelah itu, ibuku meminta anknya membeli sebuah rumah dikawasan lain untuk dirinya.
Suamiku berasa pelik Dan bertanya, kenapa perlu beli rumah lagi? Ibuku kata dia mahu dia Dan aku tinggal di rumah baru manakala rumah sekarang yang didiami diduduki oleh suami Dan menantu nya Dr Rina.
Aku nampak suami gusar. Yelah, Mesti susah nak jumpa aku lepas Ni. Aku Tak pasti apa rancangan ibuku. Namun suami ku tetap membeli Kan sebuah rumah yang agak comel buat ibunya. Lantas berpindah kami berdua ke rumah baru. Aku gembira dalam Masa yang Sama sedih, sebab susah lepas Ni nak jumpa suami.
Aku mohon nak balik kg. Yelah nanti perut besar mesti suami dapat tahu aku mengandung. Selepas berpindah aku lihat ibu semakin usaha untuk berjalan Dan sembuh. Mungkin kerana cucu yang bakal dilahirkan. Aku gembira melihat perkembangan ibu. Saban Hari dia semakin baik.
Aku tidak pernah putus berdoa supaya Allah kurniakan kami kebahagian. Pada kandungan ku mencecah empat bulan, ibu akhirnya boleh bertatih gunakan tongkat, Hal ini sangat menggembirakan anak Dan menantunya. Namun alahan ku Mula mengganas. Aku Mula muntah muntah Dan Tak lalu makan.
Akhirnya in menelefon bekas suaminya iaitu bapa mertua ku supaya membawa aku pergi ke rumah mereka. Alhamdulillah, Bapa mertua Dan in tiri sangat baik. Namun aku Tak pasti apa alasan yang ibu gunakan untuk diberitahu kepada anknya.
Pembaca sekalian bulan depan aku bakal melahirkan anak anak ku. Akhirnya, setelah tiga bulan berada di rumah bapa suami, akhirnya Dr Rina datang menjenguk aku di Sana. Pada Mula dia menangis kerana takut suaminya meninggal kannya.
Namun aku beri jaminan bahawa suami nya iaitu suami ku takkan meninggal kannya sebagaimana bapa mertua ku berbuat kepada in mertua ku. Ku dengan lembut bertanya pada Dr Rina adakah dia bersedia memeluk Islam?
Mula mula seolah olah seprti terpaksa kerana dia terlalu takut ditinggalkan suami. Namun Allah akhirnya menjawab doaku supaya diberikan hidayah buat mereka. Akhirnya pada tanggal 14 julai lalu, ibu mertua Serta Dr Rina sah memeluk Islam. Ini sangat menggembirakan suamiku.
Malah dia bertambah terkejut melihat perutku yang membesar. Aku cuma tersenyum. Sehingga lah ketika aku menulis kisah ini, Dr Rina telah pun disahkan mengandung Dua bulan. Suamiku sangat gembira.
Namun aku berharap aku kuat, kerana aku tidak mahu menganggu kebahagian mereka. Pada aku, aku hanyalah seorang isteri yang terpaksa dikahwini untuk menjaga ibu mertua ku, aku telah pun memohon perpisahan secara baik.
Suamiku Mula tidak bersetuju dengan tindakan ku. Namun aku yakin, dia lebih menyayangi isteri Dan anak yang bakal dilahirkan oleh Dr Rina berbanding dengan aku Dan anak anakku. Malah aku redha, Aku tumpang gembira melihat suamiku hidup bahagia.
Aku bahagia melihat Dr Rina Dan ibuku menjadi Muslim. Moga Allah kuatkan semangat Dan Hati aku. Aku harap para pembaca doakan kelahiran kembarku dengan selamat. Doakan aku bahagia bersama dengan anak anak ku kelak.
Aku sangat sayang ibu mertua ku. Malah bapa mertua Dan in tiri jugak sangat baik. Mereka tidak mahu aku berpisah dengan anak mereka. Tapi aku rela pulang ke tanah airku, Malaysia tanpa mengganggu kebahagian suamiku.
Aku harap pembaca semua komen yang murni murni sahaja ya.
Sekian…
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit