Isteri minta cerai sebab mencintai lelaki lain.
Sebab mencintai lelaki lain adalah kerana berkerja di tempat yang sama dan saling berjumpa sembunyi-sembunyi hingga isteri sanggup mendakwa OT, tapi diselang-selikan dengan berdating dan meluahkan masalah kehidupan masing-masing hinggakan hal-hal sulit juga dikongsi bersama.
Bukti SMS, WhatsApp, Telegram banyak dapat balik apabila install software di CPU dan cucukkan kabel pada HP isteri.
Walaupun tidak menjurus ke arah seks tapi seolah-olah pasangan yang sedang hangat bercinta dan kalau tidak diketahui awal kemungkinan besar akan diakhiri di ranjang.
Antara SMS isteri dengan lelaki tersebut yang berjaya dikesan semula berbunyi:
“Awak saya balik dulu la line tak secure”,
“Awak jangan call no ni, husband saya ada rumah”,
“Tido la dulu saya ngantuk lagi, take care”,
“Benci la tengok dalam friendlist ada nama mamat tu (suami)”,
“Awak takpe, mesej dia tak boleh tengok see online”,
“Pagi ni nak keluar makan tak”,
“Kalau boleh jangan pindah negeri lain, saya tak bersemangat kerja kalau awak tak ada”,
“Kerja tak arini”.
Dan pelbagai lagi SMS, WhatsApp, Telegram yang mencurigakan.
Isteri dan lelaki tu memang dah saling mencintai sebab dah hari-hari berjumpa. Walaupun tidak berkerja di unit yang sama, di belakang siapa yang tahu.
Lelaki umur 40-an, isteri sebaya suami 29. Dah pergi berubat memang tak ada guna-guna, memang tiada hati dengan suami sebab isteri dah jatuh cinta natural dengan lelaki tu, kira lelaki 40-an anak empat tu ayat power.
Suami tertekan sekarang ni sebab masih mencintai isteri, tetap sabar melayari rumah tangga walaupun isteri dah tak beri layanan batin berbulan-bulan.
Nafkah bagi, duit pengasuh anak bagi, duit pampers, duit susu, duit utiliti, duit rumah semua suami dah sediakan sebaik mungkin. Isteri balik rumah tak pernah senyum, terus naik bilik atas dan kunci kemungkinan risau suami masuk.
Suami pernah curi-curi masuk 2-3 pagi sebab bernafsu tapi isteri sedar dan suami dihalau keluar. Suami terpaksa keluar sebab isteri terjerit-jerit jam 2-3 pagi.
Suami berjumpa Pengarah untuk tukarkan unit isteri untuk elak kerja lebih masa atau terlibat dengan operasi dan ditukarkan ke unit lain yang mana waktu berkerja hanya ‘office hour’.
Isteri tertekan dan mendakwa suami mencampuri urusan pejabatnya. Semenjak itu tiada lagi layanan suami isteri, isteri buat hal sendiri, rasa nak keluar dia keluar, rasa nak jalan dia jalan.
Anak-anak dibuat seperti tidak berbapa. Nak bawa balik kampung, nak bawa jalan dengan keluarga mertua tak perlu minta izin suami. Datang petang nak ambil kat pengasuh, pengasuh cakap Mama Tok dengan Tok Papa dah ambil bawa balik kampung.
Suami akhirnya taklik isteri. Jika isteri pulang ke kampung dalam bulan ni maka jatuh taklik. Jumpa WhatsApp isteri dengan ibunya berbunyi:
“Kau balik je kampung, lelaki kau ingat dia hebat, kalau kau balik jatuh talak tu, nanti mak uruskan rumah kau dan anak-anak.”
Suami baru pertama kali taklik isteri, itu pun akibat tertekan dengan isteri dan telah memberi hampir dua tahun kepada isteri untuk kembali taat.
Sebelum ni kalau gaduh je isteri minta cerai. Tak bagi layanan batin kepada suami dengan sebab untuk seksa batin suami dan bila suami tanya, ini jawapannya:
“Saya tak boleh nak layan awak sebab memang saya tak ada perasaan dengan awak. Jadi awak faham apa kena buatkan (cerai), jangan seksa saya.”
Panjang dan detail lagi sebenarnya, tapi saya nak dengar pandangan pasangan yang masih lagi mampu bertahan dalam perkahwinan walaupun diuji dengan pasangan yang tidak setia.
Saya suami yang berumur 29, masih muda dan mempunyai keinginan. Saya risau terjerumus ke arah kemaksiatan. Walaupun boleh ‘handmade’ tapi sampai bila, sedangkan saya mempunyai isteri yang halal.
Mohon pencerahan..
Komen ikhlas diperlukan sebab kebanyakan kisah yang dikongsi melibatkan masalah dari suami. Kali ni masalah dari isteri pula.
Terima kasih.
– Jobot (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bagi jelah apa yang isteri nak, dah tak da hati pun dekat awak kan, kalau ada bukti isteri curang boleh mintak hak jagaan anak2 kepada awak jugak. Lepastu doa banyak2 semoga bertemu jodoh dengan wanita yang setia dan baik.
Ingat laki orang yang anak empat tu nak sangat ke dengan isteri awak? dia cuma nak test market je, takda nye lelaki nak meninggalkan kehidupan yang stabil semata mata nak bersama dengan wanita yang masih muda yang terang2 tidak pandai menjaga maruah. Dia cuma nak test market je tu.
Bro, lepaskan je bro. takde pekdah nak simpan. cari yang baru dan setia. sekali curang, akan berulang. jangan tunggu lagi.
1 je nk tanya, guna apps apa untuk dptkan sms, wasap n telegram yg dah didelete. Mohon share
stop la berteka teki. bini ko da xsayang ko dah. lepaskan cari yg lain. faktanya ko da gagal.
Please la jangan jadi bodoh sangat. Paksa wife berhenti kerja atau cerai je la. Banyak sangat redflag depan mata dah.. Bro, kalau dah sampai melawan macam tu, mustahil takde ke ranjang. Sila check dash cam kereta your wife. Try je check. Do it. Ni jenis wife tak reti bersyukur.. Kalau dia nak ubah, sanggup ikut syarat yang you tentukan, pertahankan. Kalau tak, cerai fail nusyuz, bawa segala bukti. Banyak lagi perempuan yang baik menanti.
apa pun, awak tak gagal. yang gagal adalah isteri awak. sebab tak dapat tahan ujian perkahwinan. 2 tahun tu tempoh yg lama awak bertahan. semoga awak jumpa jodoh yang lebih baik untuk awak nanti.
Bertahan demi anak2 ke? Tapi bagi saya kesian anak2 tu nanti membesar dengan selalu menyaksikan ibubapa mereka bergaduh dan tidak ada perasaan sayang lagi. Anak2 akan membesar dalam keadaan tak selesa dalam rumah sendiri. Lebih baik berpisah saja, anak2 akan faham kenapa ibubapanya berpisah. Bukannya lepas tu tak boleh berjumpa sekali sekala.
Tapi jap, TT cerita dah berikan taklik. Habis tu isteri tu langgar ke tak? Dia balik rumah mak ayahnya tak? Dia kata nak berpisah so rasanya boleh je dia langgar.. Atau dia memang tunggu TT yang lafaz sendiri? Ada beza ke?
Failkan nusyuz dan mintak dia kembali taat. Sediakan semua bukti2. Nanti kalau perceraian berlaku, dia tak boleh tuntut apa2. Ko pon boleh cuba tuntut balik semua nafkah, mas kahwin, duit hantaran sebab dah membazir masa dan tenaga kita dan dia tak buat pon tugas sebagai isteri. Sementera tengah proses mahkamah tu cepat2 cari pengganti, pergi berkenalan dengan ramai2 perempuan dan tunjukkan pada isteri niat untuk berkahwin lain, biar dia rasa sakitnya. Kalau dah jumpa perempuan yang wife and mom material, terus ceraikan dia tanpa belas kasihan dan biarkan dia hanyut ngan laki tua tu dan anak2 dia. Kita akan dapat tengok apa pengakhiran isteri yang nusyuz ni. Kalau tak bernasib baik, dekat dunia pon tuhan dah bagi balasan. Akhirat nanti apa lagi. Mohon betina2 dalam ni ambik iktibar. Laki ko yang boleh kahwin 4 pon tak pergi flirt2 ngan perempuan lain sesuka hati tau, ko pulak yang boleh dicerai bila2 masa, rasa besar sangat nak main kayu tiga. Cakap kat isteri tu, dia ngan mak dia boleh ambik sorang sebijik telur laki tua tu.