Isteri Derhaka Melahirkan Anak Derhaka

Assalamualaikum semua. First of all, aku tak pasti samada keputusan aku untuk meluahkan masalah aku di sini adalah tepat. Aku tiada tempat untuk mengadu. Walaupun ada kawan2 tapi aku malu nak ceritakan masalah aku kerana aku takut ia ibarat aku membuka aib ibuku.

Ni pertama kali aku buat benda ni jadi harap maaf kalau penulisan aku berterabur. Hm, dari mana ya aku nak mulakan. Ok lah begini.

Adik beradik aku tak ramai. Dari kecil aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang ibu dan bapa. Ibu menurut segala kemahuan aku sampai bila aku dah besar ni aku berfikir, dia sepatutnya mengajar aku erti “tak semua yang kita nak kita boleh dapat”.

Kadang aku terfikir, sikap aku yang tiada kesabaran dan tak boleh terima hakikat kalau aku tak dapat apa yang aku nak adalah hasil didikan sejak kecil. Ya, aku cuba untuk ubah. Slow2 aku berubah. Tapi perubahan tu susah apabila ibu aku sendiri menunjukkan sikap “perfectionist” beliau sejak kecil.

Orang nampak kehidupan aku beruntung sejak kecil sbb aku dapat semua yang aku nak. Tapi disebalik itu, orang tak tahu aku didera secara mental.

Aku masih ingat, masa kecil2 dalam sekolah rendah macam tu kalau aku ada buat salah, ibu aku akan cerita keburukan aku didepan semua saudara mara aku ketika kami berkumpul ramai2.

Perkara ni berlanjutan sampai aku sekolah menengah even di alam universiti. Dia selalu cerita aku ni pemalas nak belajar dan suka banding2kan aku dgn kawan2 aku dan sepupu2 aku. Hati aku terluka sangat.

Padahal aku tak malas. Biasalah budak2 aku pun teringin nak ada life mcm orang lain. Aku boleh dikatakan top student di sekolah rendah. Tapi ibuku tetap bandingkan aku dengan anak orang lain dan kata aku ni terlalu malas belajar.

Dia tak boleh terima kalau kputusan aku rendah sikit dari kawan yang lain. Dia akan hamburkan pelbagai kata2 yang bagi aku sangat menyakitkan.

Alhamdulillah seperti yang dijangkakan aku dapat 5A UPSR dan sekolah menengah aku juga straight A PMR dan SPM aku kategori cemerlang walaupun tak straight A.

Aku belajar dalam keadaan yang sangat stress. Aku belajar sebab aku takut dengar kata2 yang menyakitkan keluar dari mulut dia. Ibuku juga terkenal sebagai ibu saudara yang garang. Semua orang kenal dengan perangai ibuku itu.

Ibu aku juga seorang yang tidak begitu menghormati suami. Ayah aku seorang yang sangat penyabar. Kalau lelaki lain memang dah kena cerai ibu aku tu disebabkan mulutnya yang berbisa dan suka melawan.

Tapi aku memang salute sebab ayah ku sabar walaupun terlalu banyak kali mereka gaduh besar. Dari kecil aku dipertontonkan dengan drama pergaduhan besar mereka dan sikap kurang ajar ibuku.

Ibu ku sangat terkenal dengan sikapnya yang tiada salah. Apa jua yang keluar dari mulutnya tidak boleh tidak menjadi salah. Kau keluarkan hujah atau fakta letak depan biji mata dia pun dia boleh twist sampai la kau salah.

Pendek kata, kami semua salah yang betul hanyalah dia. Ibuku rajian beribadah tapi pada masa yang sama dia tidak menjaga hubungannya dengan kami keluarganya sendiri. Dengan orang lain ok je, tapi kami mesti dia akan nampak salah kami.

Orang lain nampak kami macam ok je tapi kami memendam rasa. Kadang kalau aku terlalu stress aku akan berdoa agar ibuku cepat2 mati. Ya, sampai ke tahap itu. Sebab aku dah tak sanggup nak menahan sakit.

Semakin aku membesar, aku semakin nampak yang mana betul dan salah. Kalau ibu aku ada buat salah, aku cuba tegur. Tapi macam biasalah, dia takkan terima teguran tu dan twist sampai eh tiba2 aku pulak yang kena balik. Tiba2 aku yang bersalah. Situasi ni tidak asing lagi bagi aku.

Kalau ibu aku marah atas benda yang sangat tak patut atau benda yang sememangnya aku tak salah, aku banyak kali menengking dia balik dan hamburkan kata-kata yang aku rasa agak kurang ajar kepadanya tanpa sedar.

Lepas tu aku masuk bilik dan aku sedar balik.., kenapa aku perlu tengking? Boleh kot lawan hujah dia baik2 tapi entah lah aku taktahu kenapa tiba2 mulut aku jadi macam tu.

Aku agak ni hasil 20 tahun lebih aku menonton babak pertelingkahan ibu dan ayah sehingga aku sedikit sebanyak “belajar” dari situ. Atau adakah aku tak patut menyalahkan hal itu? Entahlah. Lalu ibu aku akan cakap aku ni anak derhaka. Tak cium bau syurga.

Ya Allah.. aku takut sangat bila dengar sebab kata2 ibu itu doa. Tapi korang takde kat tempat aku. Korang tak rasa macam mana perit dan sakit aku lalui sepanjang aku hidup ni.

Tambahan pula ibu aku sengaja meng ada adakan masalah yang sepatutnya tiada pun. Semakin lah aku sakit hati.. Ibu aku nak kami hormat dia. Tapi dia tak hormat ayah. Aku ni pun anak dia aku seorang manusia.

Aku tak minta dihormati atau dijunjung. Aku cuma nak dia layan aku baik2 cakap baik2 tegur aku secara baik kalau aku buat salah. aku ni pun manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku tak layak ke buat macam tu? Adakah aku akan masuk neraka nanti sebab perbuatan aku ni? Hm. Aku takut.

Baru-baru ni disebabkan cuti terlalu lama dirumah, maka aku dapat agak pasti nanti akan berlaku ketidaksefahaman antara aku dengan ibu. Dan ya, ia memang berlaku. Bulan pertama aku bertahan dengan sikap dia.

Tapi lama-lama dia semakin mencabar kesabaran aku. Dia tak hargai apa yang aku buat untuk dia. Dia malukan aku didepan semua orang. Di depan orang luar. Padahal salahnya cuma aku buat air milo tu rasanya tawar. Aku masuk bilik, menangis.

Satu hari tu, aku macam biasa je tak makan malam sebab dah kenyang. Esok tu tiba2 mak aku bersikap dingin. Hempas pintu sana sini. Kucing aku Momo jadi mangsa.

Mak aku lalu dia tiba2 cakap, “kau lapar ke Momo. Biar mampos lah kau tuan kau tu tak bagi makan. Senang rumah ni takde kau. Mampos lah kau ni biar kebulur”.

Lebih kurang begitulah ayatnya. Aku macam.. kenapa dia ni tiba2 je cakap camtu. Kalau nak tegur aku suruh bagi makan Momo tu boleh kot cakap elok2 suruh aku bagi makan.

Dan untuk pengetahuan korang, hari2 aku memang bagi makan kucing aku. Kucing kesayangan aku kot memang aku tatang bagai minyak yang penuh takdenye aku nak bagi dia lapar. Kadang tu sebab bagi makan terlalu kerap sampai dia pun taknak makan.

Jadi ni bukan msalah aku pemalas tak bagi kucing aku makan. Sejak hari tu sampai la berlanjutan sekarang kami tak bertegur. Rasanya lebih 2 minggu dah kot.

Dia selalu cakap aku pemalas buat kerja rumah. Sedangkan bila aku buat semuanya salah. Dia tak pernah ajar aku buat kerja2 rumah masa sekolah.

Pernah aku nak belajar basuh kain guna mesin basuh tapi tak reti, aku tanya la dia. End up aku kena maki hamun sebab tak reti guna. Pendek kata apa aku buat kerja aku buat pasti semuanya ada salah. Benda ni buat aku jadi takut nak buat kerja rumah.

Nak usik apa2. Sebab aku takut bila aku buat, lagi aku kena marah. Tapi bila tak buat aku di cop pula pemalas. Ok sambung pasal tak bertegur, dah 2 minggu lebih.

Pagi tadi dia doakan aku macam2. Dia cakap aku ego. Pasal masuk neraka. Hidup aku takkan senang. Dah besar nanti aku akan jatuh tersungkur sebab tak hormat dia sebab ego dengan dia. And again, aku nak je cakap.. “siapa yang mulakan dulu?’”. Tapi aku sabar.

PKP ni bukan setakat social distancing di luar tapi di dalam rumah aku pun aku amalkan juga. Aku fikir hari tu.. takpelah, ibu tiba2 taknak bertegur dengan aku. Mungkin cara ni boleh refresh balik hubungan kami.

Aku bukan taknak minta maaf or start dulu. Tapi aku dah terlalu banyak kali disakiti sejak kecil. Aku pun ada ego. Aku bukan malaikat yang boleh terima 100% cacian yang aku dapati apatah lagi yang keluar dari mulut seorang ibu. Aku sendiri terluka.

Tapi yelah, akhirnya aku didoakan begini di bulan ramadhan yang mulia ini di hari Jumaat ini.

Aku sering berfikir.. bahagianya aku kalau ibuku dah takde kat dunia ni. Dan aku selalu fikir, kalau aku dah kahwin, aku nak jaga mak mertua aku baik2 sebab aku nak rasa kasih sayang seorang ibu. Dan aku nak kurang pedulikan ibu aku.

Yelah, dia kan benci aku. Mesti dia suka aku tak balik rumah. Aku dengan tertekan dengan hidup aku. Aku takut aku tak masuk syurga sebab doa ibu aku.

Kawan2, tolong jawab, di dalam situasi aku tu.. makbul ke doa ibu aku. Tolong bagi kata2 positif dan suggest apa yang perlu aku buat. Aku nak sangat kawin agar dapat jauhkan diri dari ibu tapi aku tak mampu lagi.

Doakan aku agar tak jadi anak derhaka. Doakan aku kuat.. Tolonglah aku.. hidup aku terlalu perit untuk diteruskan..

– – (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *