Bismillah. Syukur jika confession ini disiarkan. Sejujurnya saya sedang hidup dalam keraguan ketika ini. Sudah lama jari ini ingin menaip meluahkan kepada kalian, sekaligus ingin meminta semangat dan pendapat.
Saya telah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata berumur 4 tahun yang sulung dan 7 bulan yang bongsu. Ceritanya bermula di mana saya dan suami berkahwin bukan atas dasar cinta. Cinta itu dibina selepas kahwin.
Kami berkenalan tidak sampai setahun, bernikah kerana terlanjur dan saya hamil namun bayi itu meninggal selepas beberapa bulan kami berkahwin. Saya sudah bertaubat atas dosa zina tersebut.
Cinta yang hilang kerana masing masing rasa ingin kembali kepada pasangan yang lama. Ketika itu saya tidak sedar saya hamil, bila saya sedar terus saya hubungi dia dan dia ingin bertanggungjawab.
Oleh kerana perkahwinan ibarat bidan terjun itu, majlis dibuat sangat biasa sahaja. Hantaran sebelah suami cuma 1000. Yang lain lain keluarga saya tambah. Pada ketika itu, suami tiada kereta, rumah cuma ada sebiji motosikal.
Kami berdua datang daripada keluarga yang sederhana, yang bezanya saya orang kampung dan dia orang bandar. Tentu lah cara didikan kami sangat berbeza contohnya orang kampung malam tidur siang berjaga, orang bandar malam berjaga siang tidur.
Ini list agar cerita ini diringkaskan agar pembaca tidak jemu scroll.
Tentang suami ;
1) Kerja berhenti kerja berhenti. Jika kerja suka suka cuti. Tahun kelima ini baru ada perubahan rajin sedikit bekerja.
2) Sentiasa tiada duit pertengahan dan hujung bulan. Dari awal sampai sekarang begitu. Oleh kerana suka tukar tempat kerja, kelayakannya juga hanya mampu dapat gaji basic 1400. Tiada kemahiran lain.
Jika ada yang tidak cukup, akan minta tolong dengan orang tua saya. Keperluan anak isteri kadang kadang orang tua saya lengkapkan mana tidak cukup. Dulu saya bekerja, saya yang lengkapkan mana tidak cukup.
3) Kereta, motor dibeli cash oleh orang tua saya. Sepanjang kahwin dia tahu guna, ada masa rosak ayah saya repairkan atau hulur duit suruh repair. Kadang kadang dia repair juga. Dia tiada pengetahuan tentang kereta mahupun motor. Roadtax kereta ayah saya bayarkan.
Kan saya dah kata dia dari dulu sampai sekarang waktu pertengahan dan hujung bulan tiada wang. Gaji rendah. Tinggal di pusat bandar namun syukur ada kerja.
4) Suka tengok video lucah, perempuan seksi tak berbaju hampir setiap tahun tengok. Saya rasa dikhianati. Suka main game online dan game judi online. Cuma sekarang sudah insaf sebab saya marah.
5) Tidak solat kerana tidak tahu membaca.
Namun dari sudut kebaikan pula ;
1) Tak kisah nak tolong buat kerja rumah dan memasak.
2) Sidai dan lipat baju.
3) Urut saya ketika saya minta.
4) Tidak kisah bangun tengah malam buat susu anak.
5) Tidak panas baran.
Saya pula isteri yang ;
1) Sabar hidup susah, ada duit hulur.
2) Nama diconteng arang dek kerana suami banyak makan budi orang tua saya sehinggakan adik beradik saya cemburu dengan saya.
3) Sabar walau dikhianati berkali kali. Saya pantang suami tengok video lucah.
4) Seorang yang baran.
5) Seorang yang alami kemurungan pada tahun ini.
Sekarang kerap saya minta cerai alasan kerana suami selalu makan budi keluarga, orang tua saya bukan orang senang namun kerana sayang saya dan cucu mereka, jadi mereka hulur. Saya juga fedup 5 tahun ini suka lihat perempuan berb0gel.
Kemudian, saya jemu hidup susah. Saya rasa suami kerap tukar kerja tidak menjaminkan masa depan saya dan anak anak nanti.
Gaji sentiasa rate dibawah. Yelah, sampai bila saya dan anak anak nak minta duit pada mak ayah saya kan. Setiap hari saya minta cerai atas alasan itu. Saya juga merasakan seolah tidak lagi dapat hormat suami saya. Derhakakah saya?
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit