Isteri Dibenci Suami

Takku sangka rumahtangga yang dibina atas cinta dan kasih sayang akhirnya diuji hebat dengan Allah…

Setelah 15 tahun melayari rumahtangga, kami dikurniakan rezeki anak 5 orang putra dan puteri yang comel, penyejuk mata, peneman hidup..

Aku sangkakan kebahagiaan yang aku kecapi bersama dengan suami yang aku cinta sepenuh hati akan berkekalan hingga ke Syurga..

Namun 2 tahun lepas segalanya berubah.. Apabila dia bermain cinta dan curang dengan aku.. Melepaskan tanggungjawabnya pada aku..

Dan bila aku tak tertanggung semuanya.. Aku memberontak dan dia ambik kesempatan untuk membenci aku…

10 bulan dinafikan nafkah batin.. sedangkan dia boleh dapat dengan betina penyondol tu… Aku ditinggalkan sendirian sepi…

Aku tak mampu untuk bertahan lagi… Tapi dia tak mahu melepaskan aku… Katanya masih sayang..

Tapi sebenarnya… Aku tahu sudah tiada sayang dalam hatinya… Aku bukan orang yang boleh membahagiakannya..

Nak tengok muka, bersembang, senyum pada aku tak akan pernah terjadi…

Dia telah membuang aku dalam hidupnya… Aku hanya penjaga status dirinya.. Bukan isteri yang sepatutnya dijaga, dibelai dan disayangi…

Aku benci oleh suamiku sendiri…

Dia memperlakukan aku seperti orang asing yang tak perlu tahu dan amik tau soal hidupnya..

Aku serik… Aku serik… Aku serik untuk menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki…

Aku serik untuk berkorban dan menjaga hati aku utk seorang suami.. Sedangkan suami aku tak pedulikan kan aku..

Aku isteri tapi aku sebenarnya janda… Dan 10 bulan aku dijandakan oleh suamiku sendiri…

Sakit aku.. Susah aku.. Gembira kau… Aku sendirian..

Terus kan membenci aku.. Dan itu aku lebih selesa untuk sendirian..

Mungkin Allah mahu aku bersamaNYA.. Tidak bersama lelaki yang bertopeng.

– Amila Gun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *