Salam dan hai semua. Saya nak meluah tentang saya sebagai isteri dominan. Maaf kalau panjang, saya tak berapa arif menulis cerita.
Saya dibesarkan bukan sebagai seorang yang berciri dominan, saya ada ayah, abang, dan adik lelaki yang sangat bersikap alpha male maka mak dan kami adik-beradik perempuan memang patuh pada mereka sepanjang membesar.
Tapi mereka jenis rajin buat kerja jadi banyak benda mereka tolong settle-kan, bukan sekadar mengarah. Contohnya ayah saya banyak memasak dan uruskan perihal baju kotor berbanding mak sebab ayah kata dia lebih suka begitu.
Mak dan ayah dua-dua berniaga, namun kami bukanlah kategori orang senang. Dari kecil, tolong mak ayah berniaga. Kalau ada kenduri atau tetamu datang rumah, abang dan adik lelaki rajin melayan tetamu borak, hidangkan air dan makanan yang kami prepare, susunkan pinggan dll.
Kami yang girls ni ikut dan patuh je. Tapi bab buat keputusan memang mereka buat semuanya dan kami girls patuh, termasuklah soal jodoh ya.
Saya pernah putus di tengah jalan sebab abang dan adik tak suka lelaki yang saya hampir bertunang, kerek katanya. Seperti biasa saya patuh sebab percaya dengan keputusan mereka.
Bila dah menginjak dewasa, kami adik-beradik tak duduk bersama lagi sebaik sahaja habis belajar. Kami semua berhijrah ke luar kampung halaman untuk bekerja.
Bermulalah zaman semua keputusan dan kerja 100% saya handle sendiri, baik dari segi kewangan mahupun keputusan peribadi. Kami semua boleh dikatakan pandai serba-serbi dalam berdikari sebab mak ayah dah didik untuk struggle buat sendiri macam-macam.
Cuma bab keputusan tu, bila dah terbiasa orang buatkan, jadi takut-takut pula untuk decide sesuatu, contohnya rumah sewa mana nak duduk. Saya akan panggil juga ayah dan adik-beradik lelaki saya untuk turun tengokkan rumah mana yang sesuai.
Akhirnya, saya bertemu jodoh yang direstui alpha males dalam keluarga saya. Keluarga mertua saya sangat baik orangnya. Cuma, bila dah kahwin baru saya tahu suami saya anak manja.
Luarannya dia ok, nampak keras tapi rupanya dia sejenis sangat bergantung (dependable) kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapa mertua saya kaya, sampaikan lepas kahwin dihadiahkan rumah dan kereta kepada kami.
Saya bersyukur, tapi dalam masa sama geram tengok suami yang asyik bergantung kepada saya sepertimana dia bergantung pada orang tuanya. Semua keputusan dia harapkan saya buat. In a way saya suka, sebab keputusan dia pun selalu pelik huhu.
Siapa yang dah biasa survive masa kecil dibesarkan struggle sebagai anak orang susah akan faham betapa matured-nya pemikiran kita. Saya anggap mungkin suami saya percaya sepenuhnya pada saya untuk buat keputusan.
Cuma saya sendiri pun dah biasa keputusan dibuat oleh alpha males sepanjang dibesarkan. Jadi saya pun struggle buat keputusan besar-besar,
Contohnya anak nak daftar sekolah mana, insurans apa nak ambil, bila dah jual rumah pertama, rumah kedua nak beli di lokasi mana, bila dah jual kereta pertama, kereta kedua family nak beli jenama apa. Semuanya saya yang kena study dan decide. Dia ikut je saya.
Saya nak juga pendapat dia untuk perkara besar-besar ni, tapi jawapan dia selalu “entahlah”. Kalau pergi travel overseas, 100% saya yang settle-kan daripada pilih destinasi, beli tiket, book hotel, book tour guide, study itinerary, beli keperluan untuk ke sana. Dia cuma bawa diri bila hari kejadian.
Tapi biasanya memang semua smooth cuma saya sendiri struggle yang teramat untuk buat semua ni. Penatnya otak. Saya teringin suami pun beri sedikit pendapat dan pertolongan untuk benda-benda besar.
Sekarang anak nak masuk 3, pun saya yang atur 100% nak bersalin di mana, check-up di mana, susunkan cuti, beli semua keperluan, aturkan sekolah dan cuti anak-anak yang lain. Dia cuma ikut semua 100%.
Bila anak dah 3, saya dah biasa buat semua keputusan, jadi dah biasa jadi dominan dan suami yang ikut semua yang saya decide. Anak-anak pun dah terbiasa apa-apa tanya mama, sebab akhirnya mama juga yang kena decide.
Saya bersyukur suami saya baik, cuma saya nak juga suami tolong saya sikit susun hala tuju hidup kami sekeluarga. Kalau saya dah tak ada, confirm dia tak boleh hidup dan mungkin cepatlah cari isteri dominan yang lain huhu.
Saya tak nak bila anak membesar, dia tengok ayah agak ‘lembik’, semua harap kat mama. Tapi selain tu, suami saya baik je. Bab spending, kami 50-50. Saya separuh penyumbang kepada perbelanjaan family.
Apa pendapat korang, is this normal untuk anak-anak saya membesar suasana macam ni?
Terima kasih siapa sudi baca..
– Nooooora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bila ko terlalu proactive maka laki ko akan jadi pasif.
Hukum alam.Law of polarity.
Stop jd maskuline energy.Tukar jd feminine energy.Baru laki ko slowly akan man up dia punya skill
Ko pon mesti sejenis garang dan tegas kan?so laki ko gerun.
Sebab ko dah ajar dr awl buat keputusan sendiri apa2 so laki ko punya hormon lelaki akan terencat kat situ
Cubalah bg dia peluang jalankan tanggungjwb sbg suami dan ayah kpd anak2 ko.Bg nmpk fungsi dia
Bersyukurlah dengan apa yang kau ada.
Ramai lagi di luar sana yang tak dapat apa yang kau ada.
Kalau kau nak biar laki kau lead, biar dia buat keputusan, kau jgn ungkit atau tak puas hati sekiranya sesuatu keputusan tu tak memihak kepada kau.
Fatzura. Perempuan dominan. Lama2 mesti bengang kan
Mna ad llki perfek