Isteri Fragile Ke Aku Ni?

Hai semua, aku boleh agak luahan aku ni akan buat ramai pihak hentam aku semula. Tapi aku nak luahkan apa aku rasa dan minta nasihat abang kakak yang dah lama berumah tangga.

Aku baru sahaja berkahwin beberapa bulan. Aku straight to the point saja lah.

Aku ni masih dalam tempoh praktikal di badan kerajaan dan suami aku dah bekerja. Buat masa ni kami tinggal di rumah parents aku dan kami PJJ sebab suami bekerja di daerah lain.

Awal kahwin semua okay, tapi lama kelamaan aku jadi makan hati.

Suami aku beri RM1,000 sebulan untuk duit belanja. Mesti korang rasa banyak kan? Huhuhu.

RM1,000 tu bukan milik aku sepenuhnya. RM320 aku guna untuk share bil rumah dengan parents, yelah dah menumpang takkan tak menyumbang kan?

Next, keperluan aku sebulan dalam RM200, topup, ubat peribadi aku (ini pun aku da tolak mana yang tak penting). Tinggal lah RM480.

RM480 lah aku nak survive sebulan untuk duit minyak, kalau teringin sangat nak sesuatu, kalau ibu kadang2 kirim beli barang dapur dan takkan lah aku nak claim semula kan?

Nak pula tempat praktikal aku ni TAK BAGI ELAUN, tapi bila ada program aku kena bayar sekali hmm. RM480 tu, bila di usik tinggal RM100–200 sedangkan suami aku gaji betul2 hari terakhir setiap bulan.

Aku bukan apa, aku bersyukur je cuma nya, aku makan hati dengan suami. Kalau aku teringin nak apa2, duit tu juga aku kena guna.

Bukan itu sahaja, kalau dia sesak pun duit itu juga dia minta nya.

Haritu mak mertua aku cerita, kak ipar aku selalu persoalkan kenapa aku ni jarang datang rumah diorang bagi lauk atau belikan apa2, Ya Allah. Aku tak tahu nak cakap macam mana.

Lagi sekali, setiap kali rumah mak dia pun duit aku juga di guna nya. Aku cuba jimat bawa bekal, tapi nak beli lauk tu, duit yang aku dapat tu juga. Boleh bayang tak aku ada baki ke tak duit RM1,000 tu? Memang tak ada.

Aku sedih bila aku luah duit tak cukup kalau something jadi, phone rosak ke, kasut aku tapak tercabut ke nanti mesti suami aku cakap aku tak reti manage duit RM1,000 tu.

Dia mesti cakap takde pun perempuan dapat RM1,000 daripada suami macam aku dapat hmm.

Aku terlalu letih nak explain. Aku boleh terima kalau dia pun gaji tak besar, aku bole sama2 nak susah senang. Orang cakap biarlah tak kaya tapi sekurang nya menyenangkan hati, tapi tak pun.

Bila mak mertua aku sound sinis aku jarang datang memberi itu ini untuk mertua, suami aku buat pekak je sedangkan itu semua bukan tanggungjawab aku. Sedangkan bukan dia tak tahu aku tak bergaji.

Suami aku kalau balik cuti, kerja dia main game, tidur. Expect aku masak, tapi duit lauk tak pernah ada.

Kalau semua RM1,000 tu bayar bil, beli lauk, bagi dia masa sesak, belikan mak dia lauk setiap kali balik, apa je yang aku ada? Sedih aku.

Aku ni banyak report kena buat, tapi bila cuti tak boleh rehat sebab dengan basuh baju nya, kemas rumahnya, masaknya lagi.

Hari cuti je aku boleh buat semua tu sebab hari bekerja aku memang tak larat, semua ibu tolong tanpa mengeluh. Suami aku langsung takde tolong. Bila malam keluar lepak, main badminton balik 2 pagi.

Bila aku luah suami aku cakap aku lembik, lemah. Aku macam hmm. Entahlah. Puas menangis fikir aku ke yang salah?

Masa nak kahwin dia yang ajak sedangkan aku da cakap aku belum stabil if nak tolong ekonomi dia, tapi dia yakin kan aku and family dia mampu, tapi sudahnya.. hmm.

– Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Mgkn jgk adik ni fragile jugak. Kena kuatkan semangat. Bertahan dan sabarlah sementara dengan duit yg diberi tu. Buat kerja rumah mana yang awak termampu.
    Jangan stress. Abaikan kata-kata ipar dan mentua. Tak perlu explain pun pada mereka. Allah Maha Tahu. Hidup berumah tangga ni kena tahan hati dan telinga.
    Semoga terus tabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *