Isteri Gamer

Hai. Aku terbaca dalam 2 confession isteri kepada gamers beberapa minggu/bulan lepas tak silap. Nak juga aku submit confession aku sebab kalau reply situ nampak pulak kat newsfeed orang lain tak best plak kan aib suami. ~~~kata orang~~~

Aku nak confess rasa menyampah hadap suami gamers ni. Perangai gamer dia la especially, dgn sikap umum org laki skrg. Aku kenal dia since study. Memang manjang dgn game lah sampai tidor lewat, maki hamun mencarut tu semua perangai biasa laa kan. TAPI sebab dia solat tak tinggal jd strong point utk aku go on je dgn relationship tu sampai kawen. Skrg dah ada 2 babies.

Sebelum ada anak dulu, balik kerjaaaa je, dia terus ke pc. Terpacak kat situ dan cuma pause utk gi toilet (itupun kombo dgn waktu wudhu dan solat) dan dia buat kombo gak kumpul2 waktu solat. Satu solat hujung2 pastu tunggu la next waktu tu sekalikan. Lewatkan zohor pastu asar awal waktu. Lewatkan maghrib dekat2 isyak camtu. Pegi masjid? harapannn.

Dia start main game sejak kecik. Diperkenalkan dgn game tv tu.. Aku rasa dia ni masa kecik kalau skrg budak occupied dgn gajet.. Dia ni dpt game konsol dah seawal 4,5 tahun. Nak main game kalau pandai divide time takpe. Ini bangun tidur hidup mati hadap game je aku tengok. Pantang ada free sikit. Nak keluar rumah pun setel game sikit sebelum tinggalkan pc. Amende?

Dah main game sejak kecik memang susah dah kot nak ubah tabiat tu. Dah jadi darah daging tulang tengkorak dia semua sebati. Masa belum ada anak dulu best la hidup kann sampai aku terjaga tgh2 malam dia kat game lagi, aku? Buat la hal sendiri main fon ke apa. Aku jarang masak etc masa tu. Bawak perangai bujang lagi.

Sebut perangai bujang, (nak sebut part dia je tak aci gak. aku pun ada perangai). aku anak pempuan yang bukan jenis rajin kat rumah. kemas masak tu semua aku tak disiplin. tp takde la pengotor. sebulan dua bulan skali aku buat la spring cleaning. maka bila dah ada anak, slow2 kena adapt la jadi mak kan. haaa masa ni baru terasa oh kalau la aku rajin dari awal dulu mesti sejuk hati mak aku. tapi tu la. perempuan je selalunya korbankan hobi dan masa lapang bagai bila lahir junior kecik comel ni. laki mmg takkkkkk la kan. dia bawak gak la perangai bujang dia. bini ni sambung tugas mak dia dulu jadikan dia raja.

So aku ada bagitau perangai bujang aku camne kan. tapi dah jadi mak ni berubah la. aku start masak.. aku automatik takleh biar sepah. sampaikan suami cakap severity sepah aku dah berubah. dulu aku rilek je. eh dah ade anak takkan tak sedar diri lagi kan.

Balik kat perangai gamers ni. kalau korang tengok confession ramai bini2 tadah je buat semua kan, mintak tolong pun tak jalan. tp aku taklehh. aku sound gak incik suami tu. (kenal la pasangan sendiri). panggil suruh tengokkan anak ke apa. paling kerap mintak tolong buang sampah la walaupun boleh sgt je aku buat sendiri – leceh sikitla nak pakai tudung sarung baju nak keluar rumah. so biar dia buat. masa anak 1st dulu aku naive gak sampai inlaw dah start masuk campur decide itu ini aku dah start masuk gear gak. cuma aku ada la rasa tak kenan kalau dah perangai laki tu camtu sejak kecik.. apa magic baru 2 3 tahun kawen expect dia berubah. pastu ape? aku la kena ubah? pastu apa2 tak kena kat laki aku ke kat anak2 aku ke.. aku gak la kena blame? drama betul.

So drpd tadahh je, selalu tengah main game tu aku sound mintak tlg tengok anak. aku nak masak. aku sound baju tu tolong letak dlm mesin. tolong jemor. lipat baju tak payah sbb haru sgt. lain tak perfect takpe. baju2 laki aku buat sepah pun aku mintak dia ambik dan letak elok2 kat penyangkut. padhal aku surirumah – boleh je buatkan semua (baru2 je. sebelum ni aku keje gak tp nak jaga anak sendiri aku behenti la). aku mintak tolong tahap aku saje tanak entertain anak aku – biar suami tinggalkan game dan attend anak – which actually breaks my heart jugak sebab kesian tgk anak aku nak attention tp kena ajar gak suami camtu. kalau tengok kita buat semuaaaa memang lepas tangan habisla.

Pernah dulu mertua aku kemas baju suami masa ktorg baru pindah (tak mintak weh. aku pun tak expect nak dtg masa pindah rupanya dia dok atur susun barang2 smua). siap pesan make sure cara susun begini begini. aku kata biar dia belajar buat sendiri gak. tapi mertua aku kata, aku kena buat la depan dia nanti dia slow2 belajar buat sendiri haha okayy aku tak cakap apa dah. gelak dalam hati sebab dia ada maid sepanjang hidup dia.. maid dan mak dia buatkan macam2. ada dia reti buat sendiriiiii? adaaaa? takkan aku nak question camtu kat mertua kan. jadi menantu akur maka aku diam jek la. second time pindah banyak plan aku initiate siap2 dan alhamdulillah settle tanpa camportangan asing.

Betul org kata suami ni kita kena didik balik. aku tak mintak tolong begitu je. pakej bebel tu ada gak. nak2 lagi duk main game yg tak boleh tinggal. aku pun jadi singa rimau naga semua la. lagi tak sampai hati bila anak2 yg kena padhal kita geram kat prangai suami. anak sorang dulu aku tolerate lagi. bila tengok video aku rekod anak2 nampak byk dia kat pc hadap game je. tak menyampah? dah camtu jadi bujang balik la sebab anak bini ada pun dibuat macam takde. time makan kalau duk scroll fb ig memang aku tegor henfon tu. bosan weh kena tegor laki mcm2 padhal kita ni bini. tak best betul bila dah mcm kena apply role mcm mak dia plak. haih

Makin lama aku takleh tolerate dah. aku berasal drpd jenis tak masak tak kemas smua tp aku transform. dah dia takkan tak reti2 nak jadi bapak elok2 sikit. aku jek la yang duk bacakan buku utk anak2.. aku ajar mcm2 sementara bapak diorg kat pc. main game. contoh apa nak tunjuk kat anak2 ni? lagi best kita mintak tgkkan anak.. dia bwk anak main game skali. atau bawak henfon dia, duduk tepi anak tapi tangan bukak game kat fon plak. game kat pc lain, game kat fon lain.. byk sangat masaaa?? game tu kalau tak attend pun game takde perasaan.. esok2 jangan sibuk nak attention anak kalau kita skrg dah taktau divide attention kat game/fb/ig semua tu. nak sembang dgn dia pun jadi malas sebab kita cakap dgn dia, dia respon tapi mata kepala hadap skrin. cakap dgn kita ke ckp dgn pc?? no wonder bini2 gamers ni boleh kena depression. hm

Skrg dah masuk.. emm jap nak kira (sbb i seriously dont care about our anniversary date).. 6 tahun kot usia perkahwinan.. perlahan2 boleh katakan dia byk tolong dah tapi still aku kena bunyi siren. sampah ke sepah ke alert kat anak ke smua kena sound. sampai anak2 aku kecik2 aku ajar kemas semua sikit2 jangan jadi cam kitorg nanti besar2 kena oranglain plak ubahkan perangai. belum part nak bagi anak2 occupied dgn aktiviti lain .. harapkan bapak dah tentu dia turunkan ilmu game tak guna dia tu seronok tgk anak jadi gamer tak pasal2. belum lagi cuti2 takde plan utk anak bini ..dia rela duduk rumah hadap game je.

Hidup dah bazir masa dengan game. wishlist steam tu tak terbeli. yang dah beli tak terlayan. masa makin pantas. usia makin meningkat. kita bukan semakin sehat semakin kuat. anak2 tgh membesar – dan mak ayah makin berumur – semua kena bagi attention. apahal bagi pehatian kat game tu. lepas menang dapat apa? self satisfaction? self satisfaction diri sendiriii jek la padahal responsibility kat anak bini terabai. gila pentingkan diri. buang masa bujang sampai dah jadi bapak orang tapi takde pun menang juta2 macam diorg share post tu. berangan tak sudah. masuk kubur sesia je game takleh ikut.

Sorry andai terkasar bahasa…

– Ribbon Polkadot

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *