Bini aku kerja cikgu. Hari-hari dia stress. Tak puas hati dengan PK la, dengan rakan sekerja la. Dia kena handle banyak program, so dia asyik stress ja.
Bila dia stress, dia asyik lepas kat aku. So aku pulak yang makin stress.
Macam tadi, aku tanya pasal lauk berbuka, dia macam tak boleh nak fokus.
Aku tanya lagi dua kali, dia kata, “Boleh tak awak diam sekejap? Saya tengah baca hal penting untuk majlis esok.”
Lepas tu, dia bebel sendiri. Dia kata tak faham la dengan PK ni. Bla bla bla.
Setiap masa dia asyik emo ja. Dia happy sikit waktu cuti ja la, sebab tak payah hadap muka orang dia tak suka.
Aku baru kahwin 8 bulan dengan dia, dah macam ni. Macam mana aku nak hadap untuk 8 tahun? Setiap hari balik sekolah, muka dia masam dan takde mood.
Benda ni bawak sampai atas katil. Dia asyik fikir hal kerja ja sampai tak boleh nak fokus kat aku.
Boleh masa kami tengah tu, tiba-tiba dia cakap, “Awak tau tak PK saya ni macam takde otak?” Boleh pulak dia nak sembang hal kerja masa aku tengah tu.
Padahal boleh ja letak tepi sat semua tu. Fokus la kat aku. Cakap la “I miss you” ka, “I love you” ka…
Bila aku tegur, dia kata kerja dia menekan dia. Cikgu senior dok buli dia sebab dia cikgu muda dan baru posting situ.
Semua kerja letak nama dia tanpa tanya dia. So dia tak boleh nak fokus apa-apa.
Nak tolak kerja, orang perli sindir dia. Macam-macam la dia mengadu. Kadang boleh pulak dia tengok WhatsApp kerja masa aku nak dia.
So benda ni buat aku pun hilang mood. Hal kerja dia, aku pun tak tahu nak tolong macam mana dah.
Aku suruh berhenti kerja ja la. Dia kata, “Bagi la 100k, esok jugak saya berhenti. Saya pun tak sabar nak tunggu kontrak saya habis.”
Rupanya dia belajar kat luar negara, kerajaan tanggung dia. So kalau berhenti sebelum tempoh, dia kena bayar 100K kat kerajaan.
Aku mana nak cari duit sebanyak tu. Kalau ada, aku bagi dah. So aku tak tahu nak buat macam mana dah la.
Kadang terfikir la, dia sorang ja alami benda ni, atau semua cikgu pun ada masalah yang sama?
Pastu macam mana korang settle?
– Teh Ais (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hurrmmm… bukan senang jadi cikgu zaman sekarang. Hati kena kental.. sy pun bekas guru. apa yg dia alami, itulah sy alami wktu praktikal perguruan dulu… tugas cikgu ni back to back, mmg kt rumah pun akan terbawa balik kerja yg xsudah2 tu. mengajar satu hal, handle program satu hal… pd sy, instead en tnya apa lauk berbuka pd dia, en boleh tnya, nk mkn apa berbuka, saya belikan. mgkin certain house chores, en perlu take over, kurangkan kekusutan dlm kepala isteri en. Sy tidak memilih utk mengajar disekolah kerana sy xpndai kawal emosi sy depan anak2 remaja. sy cepat marah, sy xhappy dgn environment sekolah, jd dari sy merisikokan perkembangan anak2 remaja ini dpt cegu baran mcm sy, sy undur diri. semoga dipermudahkan segala urusan isteri en.
Tak matang lagi tuh, sebab tu dia masih belum pandai nak handle stress, bagi dia masa sikit.
saya sebagai anak kepada ibubapa yang bekerja sebagai cikgu berharap encik dapat bersabar. sepanjang saya hidup (31tahun) memang sudah lali dengar mak ayah saya membebel hahahaha tapi mak saya lah lebih banyak bebel, ayah saya okay ja. mereka berkhidmat sebagai cikgu 32 tahun, pencen awal. sebabtu juga tak ada adik beradik saya yang jadi cikgu sebab mmg stress kerja nya hahahhaha. sabar ya, encik baru 8 bulan. nanti lama-lama encik akan dapat rentak nya inshaAllah. semoga baik-baik semuanya untuk keluarga encik! amin
sama macam bekas suami saya. dalam kepala dia, kerja, kerja , kerja,.. bercuti pun bawa kerja. sembang pun hal kerja sebab bidang kami sama jadi saya faham la benda dia cakap tu.. tapi kami bukan cikgu la. bidang profesional lain.
Laki aku smpi skg dh 40 pn still jd mangsa bini kja cikgu..Masih lagi setia tlg bini dia gunting tagging utk majlis ,isi markah dlm sistem..n tkg dengar luahan yg xabis2 time stress kat skolah..Alhamdulillah rezki Allah bg.Btw husb keja ladang ya n faham2 jela depa ni kasar tp kt umh dia tggal kja dia smua kt pntu n dgr mslh skolah i..🤭🥰
Saudara, wanita dan lelaki tak sama. Kita lelaki hanya buat/ fikir satu benda dalam satu masa tetapi mereka dalam satu masa boleh fikir macam2 benda. Jadi, cuba pinjamkan telinga awak kat dia.. jangan sampai dia dah tak nak ngadu dengan awak, nanti awak akan sunyi. Dia bukan nak suh awak selesaikan, awak just dengar sepenuh perhatian. Sesekali bawa la bercuti jauh sikit untuk release stress dia tu. Semoga hubungan awak bertambah baik.