Isteri Idaman Suami

Macam tajuk tu… aku ni isteri. Ada anak-anak kecil (lebih dari satu), duduk di tengah bandaraya kota yang membangun.

Suami aku kerja sebagai eksekutif dekat satu syarikat yang memerlukan kekuatan fizikal, dan aku suri rumah sepenuh masa.

Aku nak tanya dekat suami-suami kat sini, tak ada niat untuk membanding mana-mana suami ya…

Korang kalau penat, memang tak nak ambil tahu langsung pasal anak ke? Anak serah kat bini bulat-bulat, tak kira lah bini tu dah macam apa siang malam menghadap anak.

Korang sebenarnya nak sesuatu yang dipanggil “rumah” tu macam mana? Anak yang tak meragam? Kau balik, anak dah tidur? Bini yang cantik wangi? Bini yang mampu layan kau macam raja ke?

Habis, jika kami anak-beranak ni tak mampu nak bagi semua tu, apa yang korang rasa? Adakah lebih baik jika korang balik, korang tengok rumah yang kosong tanpa kami?

Terkadang kami rasa korang lagi banyak tengok telefon dari layan kami.

Dah lah kami hanya mampu berkurung dalam rumah, tunggu kau sebagai ketua keluarga balik… bila anak datang menyapa, kau cakap penat.

Jadi aku nak tanya kau, sebagai suami-suami… adakah kami membebankan kamu? Adakah jika kami tiada, semuanya lebih baik untuk kamu?

Terkadang kami terasa rumah ini hanya hotel untuk kamu rehat bermalam dan esok pergi lagi…

Hina kah kami sebagai seorang suri rumah yang menjaga anak-anak kamu?

Aku penat dah nak bergaduh dengan suami pasal benda ni… so aku tanya korang lah sebagai suami.

Jadi kalau korang rasa kami ni beban, kami boleh tahu di mana tempat kami.

Sekian..

– Teja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *