Isteri-Isteri Curang

Saya Maria. Wife anak 3 dan dah 16 tahun berkahwin.

Actually, saya tak tau nak mula dari mana.

Ceritanya begini…

Baru-baru ni terbuka phone suami saya, secara tak sengaja cuba-cuba password betul pulak (sebelum ni tak pernah buka gara-gara phone nya sentiasa di lock).

Rupa-rupanya dia bermain cinta dibelakang saya.

Dia curang di aplikasi-aplikasi dating seperti Tinder, mewe, bigo, fb dan banyak lagi lah. Suami menggunakan nama samaran, tetapi profile pic dan gambar nya adalah gambar-gambar dirinya yang sebenar

Put aside kisah curang suami saya (memang perang besar lah).

Apa yang saya nak ceritakan disini adalah,

Kenapa kaum wanita sendiri sering menjatuhkan kaum wanita yang lain?

Apa yang saya lihat pasangan curang suami saya kebanyakan nya adalah isteri orang.

Sesungguhnya saya tak boleh brain kenapa ada isteri yang sanggup bermain cinta dengan lelaki lain.

Bertukar-tukar gambar tak senonoh, meluahkan perkataan yang tidak sepatutnya, berfantasi bersama-sama lelaki lain.

Ehh.. Ada tu siap mengajar suami aksi-aksi dan adengan diranjang.

Kebanyakan meraka mengetahui suami saya sudah beristeri dan meraka juga mengaku mereka sudah bersuami.

Apa sebenarnya dalam fikiran mereka?

Berhari-hari saya cuba memahami dan mendalami apa sebenarnya yang mereka cuba lakukan.

Jika dilihat dari gambar-gambar di dalam aplikasi-aplikasi tersebut, semuanya mempamirkan kebahagian bersama suami dan anak-anak tetapi dalam diam bermain cinta dengan lelaki lain.

Adakah suami para isteri-isteri curang ini semua nya berhidung belang, tidak bertanggungjawab hingga kan mereka bertindak curang dibelakang suami?

Apa pon bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyikan. Suami pon gatal melayan dan mencari. Maka dapat lah yang sejenis dengan nya.

Buntu saya fikir, Korang ada jawapan tak kepada persoalan saya?

Bermain cinta di alam maya, Juga category curang kan?

– Maria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Assalamualaikum puan, untuk isu ini cume perlu pastikan suami puan berzina atau tidak. Sekiranya telah berzina maka terpulang pada puan untuk teruskan hidup berkeluarga ini sebab hati puan pasti sudah hancur. Cume nasihat sy jaga puan balas dendam dengan curang sebab iainya bukan balasan kepada suami namun puan akan menanggung dosa besar sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *