Isteri Juga Manusia: Bila Letih Itu Bukan Pilihan

Aku Melly, seorang isteri. Ada anak umur 4 tahun dan sedang mengandung.

Aku dah berkahwin, tahun ni nak masuk 8 tahun.

Aku baru bergaduh besar dengan suamiku.

Semalam baru aku sakit dan memang tak larat nak buat apa.

Tapi aku perasan suamiku mengeluh panjang sebab bila aku sakit, aku tak boleh nak mandikan anak aku, masak atau ringankan beban dia nak jaga anak aku.

Aku tak tahu kenapa sebagai mak kita nak rasa bersalah sebab biarkan suami jaga anak sendiri. Bukan anak orang lain pon.

Masa aku trimester pertama lagilaa, aku nak masuk dapur pon tak boleh. Sehari boleh 5 kali muntah, hilang berat badan banyak.

Aku tak minta suami aku jaga aku pon, dia jaga anak dia pon dah bersyukur.

Tapi dia selalu mengeluh semua dia buat, hantar ambik dari tadika, masak makanan anak, mandikan anak. Sampai dia pernah cakap, awak ni hari hari muntah, terbaring semua saya buat.

Bila aku masuk trimester kedua, aku mula ada tenaga, jadi aku balik kerja dapat masak, mandikan anak, kalau aku cuti aku prepare makanan anak ke sekolah.

Kami sebenarnya baru pindah negara. Dekat Malaysia, aku uruskan anak semua sendiri.

Dia balik makanan tersedia (aku tak masak tapi aku beli), tak perlu fikir langsung pasal anak. Aku jalankan je tanggungjawab aku sebab aku tahu tu anak aku.

Semua yang dia buat dekat negara orang ni aku pon buat dekat anak aku. Takde aku nak mengeluh. Aku masih bekerja juga. Cuma bezanya di negara orang bukan boleh grab food hari-hari.

Dekat negara ni suami aku masih bekerja tetapi dari rumah. Waktu bekerja dia tak menentu. Bos dia jenis kalau kau nak keje bila-bila pon tak pe asalkan kerja settle.

Nak dijadikan cerita, gaji dia meningkat 2 kali ganda. Jadi tanggungjawab dia semakin banyak. Dia tertekan. Habis anak bini dia kena marah, tengking.

Aku ni bukan sengaja nak bermalasan, tapi aku tak larat, aku nak mandi pon lelah, apatah lagi nak jaga anak aku yang berlari-lari tak duduk diam.

Kenapa mak sahaja yang kena buat keje tanpa mengeluh, kenapa seorang suami atau ayah macam ‘terpaksa’ nak jalankan tanggungjawab seorang bapa.

Aku pon bekerja. Aku bekerja sebagai professional dia negara orang. Aku kerja tak tentu masa. Siang atau malam.

Kalau aku larat aku masak. Kalau aku tak larat aku beli. Dalam peti ais tu aku dah potong semua sayur. Tinggal campak dalam periuk.

Lauk jangan cakap, daging ayam semua dah perap tinggal campak dalam periuk nak mudahkan suami aku masak kalau aku bekerja. Letak garam pon tak perlu. Hampir 3 jam aku food prep.

Aku ni selfish ke biarkan suami aku buat semua urusan rumah.

Aku bukan sengaja, tapi aku tak sihat. Tapi kalau aku sihat pon, salah kah seorang isteri nak kasi suami uruskan anak?

Aku nak meluahkan sahaja. Terima kasih sebab mendengar.

– Melly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ye..memang suami awak ni sejenis yang tak bersyukur.. saya pun faham balik kerja penat sangat. Kadang nak lepak kejap, nak ambil angin sebab letih. Kalau dapat pasangan yang tak faham ni memang teruk.. tapi communication always the key. Saya letih saya cakap, saya taknak masak saya cakap. Tak puas hati semua cakap, bagus sebab awak bergaduh dan luahkan. Kadang orang lelaki ni dia lambat sikit nak catch up kita pun penat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *