Isteri Kedua

Salam.. hanya berkongsi cerita… Mak seorang isteri yang baik sangat baik. Ayah nak kawin lagi, mak bagi dengan rela hati walaupun aku tahu hatinya hancur.

Mak baik, bagi isteri ayah tinggal sebumbung sampai sekarang.

Waktu aku kecik aku tak faham sangat tapi aku memang perasan perangai isteri ayah yang baru ni memang semacam.

Dia baik la takdela pukul aku cuma dia macam ‘plastik’ depan ayah macam malaikat, belakang ayah macam apa saja gayanya.

Dia suka memerhati apa aku dan adik beradik buat di social media ke apa ke then dia akan mengadu kat ayah tup tup ayah marah. Ayah memang dengar cakap dia berbanding dengan mak aku. Tah mandrem apa dia guna.

Memang teruk la perangai nya macam nak memecah belahkan kami. Dia sorang saja nak duduk dengan ayah.

Ayah memang baik. Kalau dia nampak ayah lebihkan mak atau layan mak lebih dan belikan mak barang mula la mukanya muncung macam siput sedut.

Dia lupa yang dia tu isteri kedua yang menumpang. Ditakdirkan isteri kedua ni ada anak laki laki so semenjak tu ayah banyak luangkan masa dengan isteri ni atas alasan melayan anak ni tadi.

Sekarang dah besar dah budak tu manja gila perangai macam anak raja meluat aku. Anak dia tak boleh dimarah tak boleh ditegur ya. Tapi kalau anak orang, laju dia komen semua tak ok semua buruk.

Lagi satu dia ni kedekut taik hidung masin tak payah cakap la memang gila kedekut punya kalau boleh semua nak guna duit ayah saja sedangkan ayah dah bagi dia belambak duit.

Isteri kedua ni nampak gaya memang tamak haloba jahat sikit la macam tu.

Ayah bagi aku rumah tapi biasala muka dia meluat macam tak puas hati. Aku dah duduk rumah tu dah tiba tiba ayah kata nak jual. Gila ke apa dah bagi aku pastu nak jual.

Mak aku puas pujuk ayah supaya jangan jual sebab aku dah duduk sana. Tapi dia berkeras nak jual aku syak minah ke dua ni tadilah punya angkara kan dengki taik. Ok fine aku macam lantak kau lah harta kau kan.

Pastu beli rumah baru untuk kita adik beradik sekali dengan anak baru dia tu.

Paling ketara, antara kita semua adik beradik, anak yang baru tu dapat rumah paling besar sedangkan budak tu kecik lagi konfem takkan duduk sana sedangkan aku dah berkeluarga.

Bila tanya ayah kenapa, alasannya nanti tua dia akan duduk sana dengan bini kedua dengan anak dia tu. Ko nampak tak game tu. Gila harta lantak aku dah tak kisah sebab aku pun mampu ada rumah sendiri.

Cuma aku harap satu hari nanti ayah ku bukak mata seluas luasnya dan nampak yang isteri kedua tu bukanlah sebaik malaikat yang dia nampak.

Terlalu banyak bende untuk diceritakan tapi menyakitkan hati so cukuplah sekadar ini.

Kerana duit, sanggup jadi konon konon manusia suci sedangkan hatinya teruknya jahat dan tamak harta.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *