Isteri Kedua dan Rumah

Isteri kedua. Ya. Mesti ramai yang mencebik bila aku katakan yang aku isteri kedua kan?

Aku ringkaskan, aku dan suami berkenalan secara tak sengaja di tempat kerja. Kami kerja site, suami ada beritahu dia sudah berkahwin juga.

Perkenalan singkat 5 bulan, kami berkahwin tanpa persetujuan isteri pertama. Naik turun mahkamah bagai, maka lulus lah surat nikah.

Selepas berkahwin, aku masih bekerja tetapi kerana suami terpaksa posting, aku ambil keputusan berhenti kerja dan ikut suami.

Kerja? Aku masih ada tanggungjawab ansuran kereta, jadi aku berniaga dalam talian dari rumah. Kadang kadang aku jual cake homemade dan pelbagai pastri yang aku belajar dari youtube.

Selama 8 tahun, aku dikurniakan 3 pasang cahayamata yang comel comel, suami aku seorang yang bertanggungjawab.

Walaupun hubungan aku dan madu tak pernah baik (kami pernah jumpa tapi masing masing buat tak kenal) kalau ada majlis keluarga, dia hal dia. Aku hal aku.

Suami pernah jumpakan kami suatu masa dulu, tapi hubungan tu tak berjaya. Ya lah. Aku sudah tak bekerja, madu aku pula seorang manager di sebuah syarikat telko terkemuka di malaysia ni. Tidak sepadan.

Cukup bab aku dan madu, berbalik pada aku dan rumah. Selama perkahwinan, aku mengikut suami dan duduk di rumah milik syarikat.

Madu aku? Dia di kota negeri lain, pjj husband & wife.

Tipulah aku tak teringin nak memiliki sebuah rumah sendiri, tapi pelbagai halangan.

Satu, aku tidak layak buat sebarang pinjaman kerana ada senarai hitam, dulu aku pernah menjadi penjamin kepada seseorang untuk urusan sewa beli kenderaan. Banyak, hampir 10k jumlahnya kini.

Suami dan madu punya rumah kos sederhana, itu menjadikan suami aku dah tak layak membeli sebarang rumah kos rendah.

Bagi aku,cukuplah rumah kos rendah kampung sahaja. Lagi pun, aku tak mahu menyusahkan suami buat pinjaman bertahun tahun, aku cuba kumpul kan emas wafer, dan kini mampu untuk membayar muka sebuah rumah.

Tapi kerana hutang suami aku masih banyak, dia masih belum layak membuat sebarang pinjaman hartanah. Hanya layak membuat pinjaman peribadi yang jumlah cash tidak sampai 200k.

Ya, layak dah membeli rumah kos rendah secara tunai. Tapi jika buat pinjaman peribadi tu,bulanan perlu bayar 70% dari gaji.

Kami bercadang berkongsi tapi suami aku nak ambil tanggungjawab bayar rumah seorang, mana mungkin, dia punya pinjaman rumah kos sederhana lagi, kereta lagi, pinjaman peribadi lagi, kredit kad lagi. Aku paham semua itu.

Aku jadi kesal, kenapa syarat pembelian rumah kedua mesti rumah kos sederhana juga, atau lagi tinggi dari harga rumah pertama?

Kami boleh cuba buat tuntutan consent yang membuktikan aku isteri kedua, tetapi jika pinjaman perumahan rumah kedua. Mesti atas nama aku.

Mana layak aku membuat pinjaman kerana senarai hitam tu……..

Aku jadi buntu sendiri, anak anak makin besar. Kalau sesuatu terjadi pada suami aku nanti, bagaimana nasib diorang..

Aku hanya ada kereta dan motorsikal milik aku sendiri, nama aku sendiri, masih menumpang di rumah syarikat.

Pelbagai agent hartanah dah aku hubungi, tapi syarat yang sama. Mesti buat permohonan consent kerana suami punya rumah kos sederhana.

Aku mohon jika ada kalangan pembaca yang ada solusi lain, berilah cadangan bernas. Aku bukan nak kecaman sebab aku isteri kedua, tapi bantulah aku jika kalian punya cara.

Terima kasih sudi baca..

– Mrs R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *