Isteri Kedua II

Untuk part I, (https://iiumc.com/isteri-kedua/).

Hi. Sekadar sambungan berdasarkan komen2 pada cerita aku sebelum ni.. Ada yang persoalkan pasal dua dua mak duduk serumah.

Sebenarnya dua2 ni depan nampak baik saja tak pernah bergaduh mungkin sebab hotmatkan ayah. Mereka semua setujuk tinggal serumah dah berpuluh tahun pun.

Rumah ayah tu pun besar sangat sampaikan ada bahagian isteri pertama dan kedua. Kalau jerit pun takkan dengar (rumah besar sangat) so takda isu semua tinggal sekali.

Pasal rumah yang ayah beli untuk anak anak tu. Ayah memang beli untuk anak anak rumah tu. Setiap anak dapat satu rumah di kawasan perumahan sini.

Katakan ada 5 anak, 4 anak dari isteri pertama semua dah besar dah kawin. 1 anak dari mak tiri ni kira bongsu lah.

Yang tak ok nya pasal anak mak tiri ni yang paling kecik ni tadi dapat rumah paling besar.. Sepatutnya anak bini pertama yang sulong la dapat rumah besar sekali.

Yang bongsu ni sekolah rendah pun tak habis lagi.. Semua pun tahu yang mak tiri ni hsut ayah supaya bagi anak bongsu dia tu rumah besar..

Terlalu banyak kalau nak cakap.. Bukan pasal aku hadap rumah yang ayah aku beli tapi pasal terang2 tak adil kan..

Pasal duit takdala masalah sebab kita semua kaya ayah kaya nak mampus so sekarang kita adik beradik nak tunggu saja kalau lah ayah meninggal dulu nak tengok perangak mak tiri ni sebenar macam mana..

Mak tiri ni banyak saiko ayah untuk bagi macam2 atas alasan untuk anak dia nk tadi lah..

Hidup mewah nak mampus.. Pakaian jenama segala bende nak jenama. Buat baju setiap bulan tak kurang RM10k.

Kereta nak cantik mahal2 lepas tu tak jaga bila rosak mintak ayah beli baru. Kereta pun nak harga 1 juta.

Beg tangan mewah tak payah cerita penuh dalam bilik dia macam galeri tapi depan mak acah acah suci tak katanya tak banyak beg tak suka shopping tapi bila ayah dengan mak keluar negara ha time tu lah dia shopping macam hantu lepas tu sorok semua.

Apolah perangai.. Dia tak boleh tengok mak dapat lebih dari ayah mesti dia akan semacam..

Mungkin ayah faham perangai buruk isteri kedua dia tapi kerana semua dah tua dan ayah pun baik sangat so mungkin dia abaikan saja..

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *