Isteri Keliru

Assalamualaikum semua, aku Sumayyah (nama samaran). Dah berkahwin selama 6 tahun dengan suami & dikurniakan anak lelaki sekarang 5 tahun & anak perempuan sekarang 1 tahun.

Sepanjang berkahwin hubungan kami ok je walaupun banyak nafkah yang dia culas. Tapi aku pejam mata sebab aku pun bekerja. Mana yang aku mampu aku dulukan.

Tapi rupanya sikap aku yang sangat bdikari buatkan suami aku semakin lepas tangan. Setiap kali segala masalah berkaitan aku dan anak, aku akan selesaikan sendiri atau atas pertolongan keluarga aku. Dia sedikit pun tak tanya & ambil tahu.

Semasa lahirnya anak kedua setahun lalu, suami kantoi hisap dadah kerana terjebak dengan rakan. Rupanya selama ni aku kasihan ingat dia tak ada duit & aku dahulukan duit aku.

Dia ambil kesempatan duit lebihan gaji dia untuk hisap dadah. Hancur hati aku. Penat aku bekerja, buat online bisnes ingat nak tolong dia tambah duit. Rupanya duit dia lebih banyak setiap kali gaji tapi dimulut sentiasa ulang tak cukup tak cukup.

Sampai ketika ini dia masih tak mengaku dia ada hisap dadah. Tapi boleh kantoi sebab aku baca wasap dia dengan kawan nak beli barang & dari segi perangai2 dia yang aku google sama dengan penagih dadah.

Jadi sekarang bila minta nak beli susu & pampers anak pun dia tak ada duit. Sedangkan dia hanya perlu beli susu anak pertama, susu anak kedua aku yang akan beli. Tapi tetap tak cukup duit.

Setiap awal bulan memang segala bil, sewa dan mengasuh dia akan bayar. Mengasuh pun total 550. Dia bayar 375, aku tolong support 175. Tapi aku juga perlu bayar kereta 700, mngasuh 175, sekolah anak pertama 250.

Dan belanja makan aku dan anak setiap bulan 100% aku yang keluarkan. Dia tak pernah bertanya adakah aku nk duit. Sedangkan gaji aku hanya 1300 setiap bulan sedangkan dia hampir 2500.

Anak2 mak aku yang mengasuh. So setiap kali lunch aku akn keluar ambil anak pertama di tadika dan hantar rumah mak terus aku makan lunch di rumah mak. Lepastu petang aku balik kerja terus singgah rumah mak juga makan malam di rumah mak.

Alhamdulillah family aku ok dan aku sendiri ada mnyumbng sedikit barang dapur sebab aku tak nak susahkan mak aku.

Tapi bila suami aku tahu aku ada bagi barang dapur pada mak, dia marah dan dia kata sepatutnya dah boleh jimat situ sebab aku makan rumah mak.

Watdehekkkk. Makan minum isteri dan anak tu tanggungjawab suami ke mak? Ada satu hari tu kami gaduh sebab dia taknak beli susu anak.

Dia kata suruh la family kau beli sebab kau dengan anak2 selalu duduk sana kan. Pastu ada sekali aku minta dia bagi duit minyak kereta. Dia kata kereta tu nama aku & dia tak naik pun kereta tu so dia taknak tolong.

Sekarang kami kerap sangat gaduh bab duit. Aku cuma minta dia tunaikan nafkah bab anak saja. Segala keperluan anak. Sebab aku dah mula tawar hati dan selalu bila gaduh aku akan balik rumah mak aku tido sana beberapa hari.

Dan dia cakap selagi aku tak balik dia tak akan beli apa-apa pun barang anak. Dan aku hairan kenapa nak libatkan anak-anak. Yang gaduh aku & dia.

Sekarang dah mula pandai ugut kalau aku buat perangai tak nak balik dia tak nak bayar duit pengasuh kat mak aku.

Allahu sikap dia sangat tak hormatkan mak & keluarga aku. Sedangkan aku cukup jaga & hormat hubungan dengan keluarga dia walaupun kak ipar aku pernah gelar aku anjing.

Bila kami gaduh aku sangat risaukan keselamatan aku & anak2 sebab risau dia dibawah pengaruh dadah. Sebab aku dengar banyak kes diberita berkaitan penagih dadah ni kan. Sebab tu aku larikan diri ke rumah mak aku untuk aku bertenang disana.

Jadi disini aku nk minta nasihat apa tindakan yang aku perlu buat? Aku keliru sama ada akau perlu failkan cerai atau terus bertahan demi anak-anak. Bantulah aku..

– Sumayyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *