Hai kepada semua yang tengah baca. Nama saya Tina dan saya rasa nak kongsi tentang kisah hidup saya ni. Tajuk saya tu adalah berkaitan dengan ibu saya dan cerita ni bercampur jugak tau dengan rumah tangga saya.
Masa saya mula mula berkahwin dengan suami happy sangat sebagai husband and wife hidup kitaorang bahagia alhamdulillah tapi ujian saya bila dah sampai masa untuk balik jenguk ibu dan daddy saya rasa happy tu tak ikut sekali tertinggal kat rumah
Sebab setiap kali saya balik rumah. Daddy saya selalu hasut suami saya untuk madukan saya sedangkan saya ni anak perempuan dia.
Daddy saya buat macam tu sebab katanya hidup berpoligami ni indah baik bagi suami baik bagi isteri. Daddy saya ada 4 isteri saya anak dari isteri pertama.
Saya tak boleh brain bila daddy saya buat macamtu tambahan pulak dengan sebab dia. Saya tak faham macam mana boleh sepanjang 23 tahun dia madukan ibu dia tak perasan sebenarnya ibu sedih ibu penat ibu terseksa.
Dan daddy ada cakap jugak pada suami saya jangan risau saya akan setuju punya sebab ibu saya dulu pun setuju turutkan saja segala kehendak daddy jadi daddy ingat saya pun akan sama la macam ibu.
Tapi sama sekali tak ya. Saya saksi penderitaan ibu selama ni sepanjang saya masih dalam jagaan keluarga saya dan adik beradik saya lah penguat peneman ibu,
Kami lah yang tengok hari hari ibu menangis di sejadah kami hanya tengok kami tak dibenarkan datang pujuk ibu sebab ibu cakap ibu nak mengadu hanya pada Allah.
Dan actually aku sebagai anak ada rasa benci dekat daddy aku. Kenapa? Korang nilailah apa yang bakal korang baca ni.
Daddy aku kahwin lain atas sebab mampu dan isteri dipilih semakin muda faham kan? Yang kedua muda dari ibu yang ketiga muda dari yang kedua dan yang keempat muda dari yang ketiga.
Dan tarikh dan bulan yang daddy aku nikah dengan diorang semua sama dengan ibu aku 24.7 tahun ja la yang beza sebabnya daddy aku nak senang ingat.
Bila anniversary macam mana pulak? Haha ni kelakar daddy aku akan transfer duit berjumlah 15 ribu setiap sorang kepada semua wife untuk bercuti seminggu kemana saja diorang nak pergi tanpa daddy aku.
Jadi daddy aku kemana? Daddy aku duk hotel and work macam biasa pegi office macam biasa
Kalau hari raya macam mana pulak? Contoh tahun tu turn untuk balik rumah second wife hanya second wife ja sepanjang raya aidilfitri di rumah second wife sepanjang raya haji pun di rumah second wife so kami hanya dapat beraya dengan daddy 3 tahun sekali ja
Macam mana dengan jadual balik rumah isteri? Daddy saya akan menetap sebulan di rumah wife wife dia contoh bulan 1 penuh dah di rumah ibu aku bulan 2 penuh di rumah yang kedua jadi turn ibu bulan 5 pulak.
Kalau daddy ada pun kat rumah daddy macam takda. 24 hours dengan keja dia.
Jarang saya nampak ibu bersembang bergelak tawa bergurau senda dengan daddy dan kami pun tak pernah berborak kosong sesama sebab daddy asyik dengan keja bila cuti daddy keluar dengan kawan.
Kami dari segi duit alhamdulillah terlebih cukup Allah bagi syukur sangat, tapi rasa macam kurang bila seorang bapa sendiri bina jurang dengan kami. Rasa jauh sangat walau kadang ada depan mata.
Balik pada cerita aku yang mula mula tadi. Bukan suami saya sorang ja yang kena hasut tapi suami kakak dan adik saya pun kena jugak.
Kalau ikutkan hati saya memang taknak balik rumah tapi kalau saya tak balik saya tak dapat jumpa ibu jadi saya baliklah jugak sebab saya rindu dekat ibu.
Tapi Allah takkan kirimkan ujian melampaui batasan hambanya kan :) akhirnya suami saya termakan hasutan daddy saya suami saya bernikah baru pada tarikh dan bulan anniversary kami seperti mana yang daddy buat.
Saya menangis sekuat kuatnya masa tu saya tengah pregnant anak pertama 7 bulan
Saya balik rumah parents untuk nangis di riba ibu saya bila ibu saya tahu ja sebab kenapa saya nangis
Ibu jadi macam bukan ibu saya yang selama ini suaranya lembut saya terkejut bila ibu saya jerit jerit panggil daddy saya dan kata pada daddy saya seorang ayah yang tak guna.
Saya masih ingat ayat ibu yang berbunyi macam ni,
“Saya bertahan dengan abang selama ni sebab anak anak kita tapi sekarang ni abang dah sakitkan anak tu lebih menyakitkan saya 10× ganda dari abang sakitkan saya selama ni jadi saya mintak abang lepaskan saya dengan cara baik “
Masih segar kata kata ibu dalam otak saya sebab tulah pertama kalinya saya tengok ibu marah.
Daddy bersetuju untuk cerai sebab bagi daddy ibu dah kurang ajar dan hilang rasa hormat pada suami.
Dan saya jugak bercerai selepas melahirkan anak pertama sebab saya tak sekuat ibu saya.
Selepas 3 tahun saya berjumpa dengan suami saya yang sekarang alhamdulillah sekarang saya dah ada 3 orang anak alhamdulillah hidup saya bahagia.
Sejak dari daddy dan ibu bercerai saya tak jumpa daddy sebab daddy sendiri yang cakap tak nak tengok muka saya dan haramkan berjumpa dengan dia.
Sekarang ni dah 9 tahun berlalu saya masih tak jumpa daddy pernah saya call tapi daddy cakap saya bukan anak daddy lagi.
Ibu pulak dah 2 tahun lebih tinggalkan saya. Al-fatihah ibuku. Kakak rindu ibu sangat sangat alhamdulillah ibu dah happy kat sana nanti kakak jumpa ibu kat sana ya. Ibu tunggu kakak tau.
– Tina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak terucap dek kata2….bila duit terlebih2 kebanyakkan lelaki jadi x waras.