Isteri Khilaf

Assalamualaikum semua.. Aku just nak luahkan perasaan aku yang terbeban. Aku dah kahwin selama 6 tahun, dan dah ada anak 2 orang.

Hidup aku dengan suami memang okay, suami banyak bantu aku buat kerja rumah walaupun kami banyak berkongsi dari segi kewangan.

Dia seorang yang penyayang dan penyabar tapi bagi aku dia agak membosankan dan aku jenis yang kelakar.

Kebanyakan aktiviti atau percutian semua aku yang arrange sampai aku rasa penat kadang2 tu. Dia macam tak de effort langsung.

Since aku rasa kosong, aku start main dating apps ni. Dan aku berkenalan dengan seorang lelaki bujang tapi dah bertunang. Start dengan mesej lepastu kitorang jumpa.

Aku bukan nak jumpa dia pun tapi tiba2 dia datang kat tempat aku dan aku rasa serba salah kalau tak jumpa.

Lepas jumpa kitorang ada la pegang tangan dan dari situ aku terjatuh cinta dengan dia.

Dia layan aku macam dia pun ada feeling. Aku confused. Aku try to stop semua ni tapi tak boleh. Aku rasa in love sangat dengan dia.

Lepastu kitorang jumpa kali kedua. Check in dan ringan2. Tapi tak sampai terlanjur sebab aku tak nak.

Aku jadi lagi confused dengan perasaan aku. Lelaki tu pun macam in love dengan aku.

Suddenly dia dapat pindah tempat kerja yang jauh dari aku dan dekat dengan partner dia. Since that dia layan aku nak taknak.

Aku jadi depression, stress.

Satu hari tu aku call dia nak mintak penjelasan. Aku tanya kenapa buat aku macam ni dan dia cakap dia nak kahwin so tak boleh teruskan.

Aku pun cakap aku tak boleh putus camni je. Dia cakap kawan je boleh.

Aku nangis2 tapi dia tak hiraukan. Aku rasa sakit sangat. Then aku cakap aku tak boleh teruskan kalau kawan. Itu last aku contact dia.

Sekarang aku rasa dah tawar hati dengan suami aku. Rasa macam entahla dah tak kisah kalau dia nak ada perempuan lain pun aku tak kisah.

Tolong guys aku tak nak rasa macam ni aku nak aku yang dulu.

Aku still tak boleh move on dengan laki tu. Aku rindu dia. Apa aku kena buat??

– Qistina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. ko nk apa sebenarnya???ko yg cipta mslh ko sndiri…lps tue ko nk mnta pndpt kt sini…mmg ko mnta kena kecam la nie!!

  2. saya ni bukan baik sangat. tapi, apa yang kamu perlu buat sekarang? bertaubat. berdoa banyak-banyak. semoga Allah SWT memberi petunjuk. inshaAllah. puan fikirkan anak-anak. apa perasan mereka bila tau ibu mereka check in dgn lelaki lain? semoga kita semua diberi petunjuk & hidayah. inshaAllah.

  3. ha ha ha, kan dah kena, mamat tu jadikan ko sebagai part time lover dia jer, saya nak syok2, dapat main2 dgn ko, walaupun tk sampai zina, ko tu dah la ada suami, tu cuma alasan ko jer nak cari jantan lain, semua tu perangkap syaitan nak jahanamkan rumahtangga ko & jebakkan ko ke lembah maksiat

  4. solat taubat kak. Bukanla nak judge tapi dahla engko kluo dengan lelaki tu tnpa pengetahuan suami ko plus check in apa semua. Islam kan? kesian la suami ko kerja cari duit untuk engko and keluarga tp engko buat laki ko gini. Dhla dh check in dah cintan cintun dengan lelaki lain pstu tawar hati dgn suami sendiri eh pelik aku. Lagi satu laki tu gunakan engko wktu bosan sbb dia jauh dgn tunang dia je, bukan dia bebetul syg engko pun. Eh pelik la dengan engko ni, nth pape la fikir kedepan la , hidup ni bukan dunia ja akhirat pun kene ambik kira ciauuuuuuuuuuuu.

  5. lupakan je mamat tu. dating apps kan ada. yg lain rmai je utk buat sedap. cari yg loaded skit barula berbaloi nk menyundal.

  6. Laki awal2 je sweet, soft spoken. Bila dah dapat benda tu, dia akan bertukar jadi mcm perangai suami ko. Fokus jelah kat suami ko tu. Lupakan je laki tu, dia buat ko stok geli2 aje.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *