Isteri Korang Macam Ini Ke?

Aku nak tanya korang. Isteri korang macam isteri aku tak?

Kalau sama maknanya memang isteri aku normal lah bukan pelik pelik kejadiannya.

Cerita dia begini…

Aku kenal isteri aku tahun 2010, masa itu aku just nampak-nampak je isteri aku. Kami ni bukan 1 universiti dan bukan 1 negeri yang sama.

Aku asal Kuala lumpur dan belajar di Alor Gajah, Melaka. Isteri aku pula asal dari pantai timur dan belajar di Perak.

Tapi itu lah nak jadi jodohkan. Setelah 5 tahun hanya lihat-lihat sahaja, kini dia jadi isteri aku.

Kisahnya bermula setelah aku kahwin dengan isteri aku. Isteri aku pandai masak, mengemas dan kerja. Cukup sempurna lah bagi aku.

Tapi ada sikap yang bagi aku amat pelik dari dia pada aku.

Pertama isteri aku ni, hanya tahu jalan ke tempat kerja, balik kerja dari tempat kerja, balik kampung dia, balik rumah family aku, sekolah anak aku, tempat kerja aku dan pasar serta supermarket sahaja.

Lain dari itu memang tak kenal jalan. Kalau guna waze atau google maps lagilah haru. Asyik terlajak je.

Pernah la, jalan nak pergi tempat kerja dia terpaksa ditutup atas sebab tertentu. Aku tak tahu kemana dia pusing sampai ke Jalan Kelantan.

Menangis-nangis call aku masa itu. Cakap dia macam sesat dan sampai kelantan.

Katanya pagi tadi jalan tutup dan dia ikut waze tapi asyik terlajak. Tau-tau sudah sampai kelantan.

Aku pun paniklah, tapi pada akal logik aku, takkan dalam masa 2 jam sudah sampai kelantan. Aku suruh dia bertenang dan baca apa-apa signboard yang ditulis.

JALAN KELANTAN.

Allah… Aku menangis dalam tawa. Ceria pagi aku sekejap sebab isteri aku.

Kedua, masak pada pukul 3 pagi.

Ini, memang isteri aku istiqomah dengan perangai dia. Pukul 3 pagi sudah bangun masak.

Bekal makan aku, anak aku dan dia. Memang siap terhidang atas meja.

Sedap ke tak sedap memang kena makan. Jangan bunyi dan jangan complaint

Ketiga, lapar pujian. Apa-apa yang dia buat mesti dia akan minta untuk dipuji.

Segalanya. Kalau dia kemas rumah, kena cakap rumah bersih dan terima kasih. Masak pula kena cakap sedap.

Ini ada kes tau. Aku pernah complain dekat mak aku, isteri aku ni asyik masak benda sama iaitu tomyam, asam pedas bendi dan masak asam ikan rebus.

Hasilnya sampai sekarang aku dah tak nampak makanan tu lagi atas meja.

Dia masak tapi bukan untuk aku. Untuk dirinya dan anak aku.

Tahulah aku, setiap makanan yang aku complaint memang aku takkan jumpa lagi dah nanti. Jadi aku amat berhati-hati untuk complain air tangan dia.

Aku pernah request untuk rasa balik 3 masakan itu, namun isteri aku cakap malas nak buat. Nanti complaint cakap makan benda sama. Aku hilang suara time tu.

Ke-empat. Lipas!

Allah… Ini satu hal juga.

Hanya kerana seekor lipas, dia menjerit macam orang gila. Sekarang ni, anak aku pun mula takut lipas bila tengok ibu dia terjerit-jerit takut lipas.

Pernah satu hari itu, isteri aku terjerit-jerit nampak lipas siap lompat-lompat lagi. Segala barang di baling dekat lipas tapi tak kena.

Aku yang baru balik kerja, terus capai selipar rumah bini aku dan duduk bercangkung untuk pukul lipas itu.

Entah macam mana lipas tu boleh terbang dan hinggap dekat kaki isteri aku.

Apalagi, histeria lah dia sampai melompat atas badan aku. Muka aku kena tonyoh dengan kaki dia.

Aku apa lagi, terus libas lipas itu dengan selipar isteri aku.

Tapi aku lupa aku libas lipas itu atas kaki isteri aku. Muncung 3 hari dia dengan aku. Tolong salah tak tolong lagi salah.

Kelima. Suka sakat anak.

Aku dengan isteri aku ni ada seorang anak. Time tidurkan, mereka berdua akan berebut untuk tidur berpeluk dan nanti keluarkan soalan cepu emas dari mulut diorang.

“Awak pilih saya ke Lara?” ini isteri aku.

“Ayah pilih ibu ke Lara?” ini anak perempuan aku.

Aku pula serba salah nak jawab. Last-last aku ambil bantal tidur bawah dan biar mereka tidur berebut bantal peluk pula.

Kalau tak isteri aku yang menangis. Anak aku yang menangis.

Kes berebut bantal peluk.

Untuk pengetahuan korang, bantal peluk rumah aku ada 3. Semua saiz dewasa.

Aku pun tak faham apa masalah perempuan dalam rumah aku.

Isteri korang macam ni ke? Macamana korang atasi perkara ini.

Ramai cakap aku bertuah dapat isteri yang terus cakap keinginan dia tapi bagi aku, aku penat bila setiap hari kena puji isteri aku.

Dia baik tapi aku rasa isteri aku pelik..

– Sayang mu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *