Isteri Kuat Komplen

Hi semua. Terima kasih admin jika siarkan luahan saya. Saje la nak meluah kat sini, sebab tak kan ada orang tahu siapa saya, hehehe.

Saya kenalkan diri sebagai Melor ibu kepada 3 orang anak, surirumah sepenuh masa, ada buat bisnes sikit2 jadi dropship & agent. Alhamdulillah setakat ni segala kelengkapan keperluan harian kami sekeluarga cukup seadanya.

Saya cuma nak meluah serta minta pendapat pembaca pasal kisah saya la.

Baru2 ni saya dan suami dah kurang sangat bersembang, bergurau senda. Suasana ni jadi awkward pulak tapi saya yang pilih untuk tak nak bersembang lebih dah dengan suami saya.

Semua ni bermula dengan isu kecik je bukan besar mana pun. Tapi tu la nak kata terasa hati entah la sebab salah sendiri..

Oh ye, suami saya alhamdulillah pendapatan dia sangat ok. Siap boleh bagi duit belanja bulan2 untuk saya. Belanja rumah & anak2 semua suami saya tanggung. Syukur sangat, tugas saya cuma jaga rumah, jaga anak2.

Suami saya ni berniaga. Masa awal kawin dulu memang struggle juga la, saya pun bekerja. Ni ekonomi keluarga dah ok sikit, jadi la surirumah.

Ok la, ni citer dia. Beberape minggu yang lalu, masa kami rehat2 hujung minggu sambil siap2 kan anak. Masa tu, suami saya nak pakaikan pampers untuk baby kami umur setahun, baby kami ni memang ligat semacam.

Secara spontan saya pun terkeluar la ayat “hah macam tu la syg penatnya jaga budak2 ni”.

Suami saya pun cakap la. “Ye abang tau, sayang penat, abang pun penat jugak”.

Saya cepat2 cakap, “abang ni kenapa, relax la, sayang saje je luah”.

Suami pun terus cakap, “yela Sama2 penat, kita jangan la asyik mengeluh je. Abang tolong sayang jugak kan jaga budak2 ni. Abang pun penat jugak, kalau tak percaya try la ganti tempat abang, duduk kat ofis tu.. fikir macam mana nak buat kerja nak handle staff lagi.”

Saya pun terdiam. Terus ke dapur kemas la apa2 yang patut. Dalam hati nak menangis dah ni, kenapa la aku ni bodoh sangat cakap macam tu. Patutnya aku tak perlu nak mengeluh pape pun depan suami.

Sebenarnya, sebelum2 ni pun memang banyak kali saya suka je mengadu macam2 hal dengan suami. Memang dari awal kahwin. Dari hal2 kecik sampai la yang besar.

Yela saya ni jenis tak suka pendam2 nak cerita je apa yang terbuku kat hati, bila luah jadi tenang sikit. Bila dah kahwin ni dengan suami la kita nak citer2 ye dak.

Suami agaknya dah penat asyik dengar benda2 negatif je dari saya. Saya pun satu, suka sangat mengadu kat dia. Patutnya mengadu jela pada Allah kan.

Suami dah banyak kali dah nasihat supaya saya ni jangan la banyak sangat komplen itu ini. Tapi tu la mulut ni tak reti nak diam.

Sebenarnya saya ni saje nk bersembang je dengan suami. Tapi saya tak banyak citer best nak story. Ye la suami pun dah penat kat ofis dia, kat rumah pulak nak dengar citer bini yang ntah pape. Pening la kepala dia kan.

Suami memang dah pesan jangan layan sangat masalah2 kecik sampai kita lupa nak buat benda2 yang lebih besar dalam hidup kita.

Ni sebab saya suka citer kat dia kalau ada masalah kat tempat kerja dulu, serabut nak handle anak la, tak de sales la bulan tu. Macam2 saya komplen. huhuhu

Actually, hampir tiap2 malam kami akan ada pillow talk, cakap la pasal ape2 pun. Suami saya ni jenis well plan. Dia akan tanya bulan depan kita nak bercuti kemana. Tahun depan apa plan kita. So kitaorang akan discuss & sembang la sama2.

Dia ajar saya macam2 pasal financial, sampai la saya boleh ada saving sendiri. Macam2 topic, ada yang best ada yang tak best.

Tapi lepas kejadian tu, dah tak mesra lagi, dalam solat saya selalu doa sampai nangis2. Minta Allah ampun kan saya sebab saya ni takut jadi isteri derhaka dan tak bersyukur.

Saya doa minta supaya ampunkan juga suami, saya cakap, saya maafkan dia & minta sangat kat Allah supaya permudahkan segala urusan suami.

Sekarang saya dah tak bersembang sangat dengan suami. Saya still buat kerja sebagai isteri & ibu. Suami memang keluar kerja pagi, balik malam.

Bila balik selalunya kitaorang lepak sama2 dengan anak2. Kadang tu, kerja rumah memang ada yang saya buat ada yang tak buat, macam lipat kain.

Ada mood saya lipat, tak mood saya bior je. Suami tak pernah marah, so relax jala.

Tapi lepas kejadian tu, nope! Saya buat kerja rumah hampir tiptop tak macam sebelum2 ni. Anak2 pun saya suruh tidur awal. So saya pun boleh tidur awal. Konon la, padahal malam main fon.

Suami saya bila balik kadang dia sambung kerja dia. Kadang kitaorang tengok la netflix sama2 tapi saya dah kurang sembang just teman dia tengok tv je.

Sebab saya takut terluah benda2 negatif. Nanti kesian suami saya pening kepala dia nak melayan perangai saya.

Weekend hari tu, kami balik rumah mak mertua. Saya jadi malas nak buat apa2 & tak de mood nak bersembang apa2 dengan keluarga mertua. Saya banyak layan anak2 & main fon. Diorang suruh makan pun saya malas nak makan.

Suami paksa2 makan, saya jawab, “kan suruh sayang diet, syg tengah diet la ni!” Suami suruh makan jugak. Saya makan sikit je.

Oh ye, lepas kejadian tu saya memang kurang makan. Sebab sebelum2 ni saya selalu komplen dengan laki saya, saya rasa macam saya dah berisi, muka pun sagging. So suami suruh la senaman & diet.

Kejap je saya buat. Lepas tu kelaut dalam dah. La ni, saya try la diet & senaman. Konon nak buktikan kat suami yang saya ni boleh kurus, hahaha.

Kadang malam2 nak tidur, suami selalu cakap “sian sayang penat”.

Saya jawab, “eh biasa la penat sikit je. Penat, sayang rehat la, abang lagi penat cari duit untuk kitaorang. Sayang dok rumah je habiskan harta abang”. Suami diam je, lepas tu tidur…

Agaknya saya memang kena betulkan diri sendiri la ye, supaya stop komplen itu ini. Kononnye kita ni saje nak bermanja2 nak mengadu kat suami. Ternyata itu salah ye, apa2 kita mengadu saje pada Allah. kita diam je ok.

Ya Allah sebenarnya saya tak nak hilang spark dalam rumah tangga ni. Saya betul2 sayangkan suami saya. Tapi saya tak tau mana nak betulkan atau nak start macam mana…

– Melor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Masalah overthinking sahaja ni puan. Tapi puan jangan pula create masalah lain dengan perli-perli suami begitu bila ditanya. Takut elok takda masalah jadi masalah pula nanti. Suami puan ni mengikut penceritaan jenis tak suka fikir masalah remeh temeh (bagi dia) sebab skop pemikiran dia jenis vision punya orang sebab nature dia urus bisnes. Puan sebagai seorang suri rumah memang perlu teman untuk meluahkan sesuatu dan memang suami adalah teman yang betul untuk meluah. Mungkin puan boleh cari pendekatan lain dari segi penceritaan puan tetapi dalam masa sama dapat sampaikan apa yang puan nak sampaikan tu. Chill je.

  2. faham sis, nak bercerita tu boleh. nak mengeluh pun takde masalah. tapi sis tak boleh compare kepenatan dengan dia. contohnya dia mengadu kat kita pasal keje and then kita balas ” tu okay lagi, i ni lagi lah balik keje kena masak la apa la ” nope. usually i always terapkan no comparing dalam hubungan and no one can ever mention/ungkit apa apa kesalahan melainkan dia membangkit. gitulah tapi apa apa pun in shaa Allah sis boleh buat. jadi suami mahupun isteri memang penat, belajar pun penat, kerja pun penat.

  3. Kenapa kalau nak berborak dengan suami kena complain? Tak selesai pun masalah tu. Kalau nak berborak, cari topik yang best lah. Pasal anak2 ke, suruh suami cerita pasal hal kerja ke. Tak perlu pun complain.

    Kalau nak bercerita dengan suami, bagitahu suami awal awal. “Abang saya nak cerita dengan abang. Abang dengar je. Saya tak nak abang jawab apa apa pun.” Lepas tu baru boleh complaun atau bercerita. Sebabnya lelaki ni problem solver, dan bila perempuan banyak complain banyak2, dia akan jadi serabut lagi lagi bila dia tengah uruskan benda lain. Bagi masa suami bernafas. Bila dia tengah buat kerja, biarkan dia selesai kerja tu baru bercakap.

    Kalau awak nak solution, bagitahu suami “Abang ni masalah saya. Abang boleh tak guide saya macam mana nak selesaikan masalah ni?” Jadi suami dapat bezakan yang mana satu awak just nak luahkan perasaan, yg mana satu awak nak solusi.

    Ramai cakap lelaki ni bodoh, sebab tak faham perempuan cakap banyak kali. Lelaki tak bodoh, tapi lelaki ada limited attention span. Bila lelaki tengah buat satu kerja, biarkan dia habiskan kerja dia. Bila awak nak luahkan perasaan, awak kena bagitahu awak nak luahkan perasaan, bukan nak dia bg penyelesaian. Bila awak nak solusi, awak bagitahu dia awak nak solusi.

    Pre-empt suami awak supaya dia bersedia nak dengar apa awak cakap. Jangan main terjah sebab nanti dia akan terkejut

    • Sambungan: Untuk belajar teknik komunikasi, boleh masuk kelas atau book session dengan kaunselor & therapist.

  4. Bagi aku puan okje…
    Saya pun MCM tu juga suka luah perasaan pada suami…kadang dia dengar tapi tak ulas pun…
    Saya x marah janji saya dah luahkan….kita perempuan ni memang ada kala minta perhatian je ..kalau suami jawab lagilah happy…x jawab pun rilex je tak kecik hati pun…maklumlah kita nikn banyak hormon ..sewing sikit mood kita ..rata.rata perempuan sama je .
    Jangan fikir bukan2 ..sampai x nak bercakap dengan suami or family dia …itu saya tak sarankan …sebab akan ujud konflik dalam rumah tangga ..kelak nanti puan yang rugi ..ok puan moving forward don’t worry so much ..it’s normal for women .bye….

  5. Bersyukurla puan ada suami yg baik. ..cukup pakai mkn minum. .Wanita ni dia mmg bisa di mulut. jd jga lah kata kata.Elakkan bg jawapan yg boleh menyakiti hati suami .contoh mcm ayat menghabiskan harta ja….xbaik ckp mcm tu..puan bolehla sembang hal isu semasa atau hal keagamaan..saling ingat mengingati untuk perbaiki diri .

  6. Sy rasa perangai tt ni mcm sy lah! Hehe..sy pon sejenis suka sembang mcm2 hal2 remeh semua nk cerita nk mengadu..kdg2 saje provoke hal2 kawin 2, hal beranak pinak supaya ada respon dr hsband tp hsband xlayan sgt benda2 kawen 2 ni..sy akan stop bersembang time merajuk/gaduh/kecik hati je..lepas baik sy continue potpet gak tak boleh berubah perangai tu..if tt ada solution or blh ajar mcm mana kurangkan bersembang/mengadu tu maybe boleh ajar sy jugak! 😁 cumanya hsband sy tak komplain semula or ungkit anything laaa dia just layan or stay silent je

  7. Hai puan, sampaikanlah pada dia puan. Puan biasa pillow talk kan, cakap sahaja “abg, syg nak cakap sikit ni, syg terasa lah dgn abg…” Dan cakap lah apa yg puan terasa tu. Bukan dgn attack tp manja² merajuk sikit², muncung² gitu…dgn suamilah puan boleh buat gitu. Puan tengah terasa dgn suami skrg kan. Suami kbnykn tak faham tak sedar dan tak tahu. Kalau puan ckp dgn dia, inshaAllah dia faham sedar dan tahu. Begitulah perkahwinan, segala emosi ada. Dan dgn cara tu lah kita belajar kenal sesama psgn. Semoga beroleh sakinah mawaddan dan rahmah ye paun dan suami 💕

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *