Isteri Lebih Tua Daripada Suami

Ada orang tanya Akhi, macam mana nak deal kalau kahwin dengan isteri lebih berusia dari kita. Izinkan akhi bahasakan diri sebagai aku, agar nampak kita semua lebih mesra macam kawan2 dan tak nampak formal sangat.

Perkongsian ini agak panjang, dan andai terkasar bahasa, Akhi minta maaf awal-awal, moga mesej dalam ni boleh beri manfaat kepada kita semua. Aku nak share tentang ini sambil jawab berdasarkan pengalaman aku sendiri, how aku santuni isteriku dengan cara aku.

Aku kahwin dengan wanita lebih berusia dua tahun dari aku. Walau bagaimanapun, usia bukan isu, tapi cara nak santuni isteri yang lebih tua dari suami itu yang akan jadi fokus perkongsian ini. Dan aku rasa cara ini juga boleh digunakan untuk perkahwinan isteri berusia lebih muda dan juga sama usia.

Sebenarnya, kahwin dengan wanita lebih tua ni, sebenarnya urusan lebih kepada teknik dan formaliti dalam rumahtangga… malah perkahwinan dengan wanita yang lebih tua dari kita sebagai suami kebanyakannya lebih mudah sebab isteri yang berusia biasanya lebih matang dan lebih mengambil berat hal kita…cuma kita kena pastikan untuk diletakkan peraturan agar suami yang muda tak di control isteri lebih tua.

Di sini, aku akan detailkan step by step apa kena buat… sebenarnya isteri yang lebih tua majoriti lebih berdikari berbanding yang lebih muda… so kita lebih senang dan lega dalam nak meletakkan kebebasan, malah kalau kena outstation pun kebanyakan mereka lebih memahami dan terbuka.

Bukan tak percayakan isteri yang lebih muda dari kita, tapi kebanyakan situasi, isteri yang lebih berusia dari suami agak mudah berfikir keperluan berbanding kehendak. Ramai saja isteri lebih muda yang terlebih lebih pula matang pemikirannya tapi dekat sini fokus hanya kepada bila seorang lelaki itu mengahwini isteri yang lebih berusia darinya.

Yang paling first kena buat bila nak kahwin dengan wanita lebih tua ialah panggilan sebab ini penting untuk tunjukkan superioriti figure & mewujudkan konsep taat dalam rumahtangga, sebuah rumahtangga  macam kapal, kena ada kapten, so better wife panggil “abang” atau apa saja yang tunjukkan ketua.

Tak kiralah isteri lebih berusia berapa tahun pun sebab suami muda berpuluh tahun pun tetap kena jadi pemimpin dan pembimbing dalam rumah tangga, sebab itu konsep superioriti figure ni penting. Ini bukan untuk lelaki nak rasa lebih berkuasa, tapi untuk perempuan berasa selamat & boleh bergantung harap.

Untuk isteri pula, panggillaa “sayang” ke, “yang” ke, “honey” ke, atau apa saja panggilan yang menunjukkan suami itu care, macam aku, wife aku tak suka lelaki romantik, so dia memang panggil aku “abang” tapi aku panggil dia “awaknye”, ala-ala klasik gitieww…

SECONDLY, sebelum berkahwin atau time aku dulu kami buat di malam pertama, aku dan isteri buat perjanjian DO and DONT dalam perkahwinan kami sebagai guide, perjanjian ini penting sebab apa saja berlaku, isteri dan suami tu dah ada panduan/guide untuk rujukan.

Antara isi utama perjanjian kami ialah:

1) Kalau salah seorang marah, salah seorang kena diam.

2) Nilai nafkah ibubapa setiap bulan dan kadar kenaikan setahun ikut kenaikan gaji.

3) Nilai nafkah duit secara cash isteri setiap bulan dan kadar kenaikan setahun ikut kenaikan gaji.

4) Suami kena explain hukum agama kepada isteri tentang tanggungjawab suami kepada ibubapa suami dari segi nafkah,keperluan perlu beri,hak ziarah & waktunya,hadiah dan keutamaan buat baik serta keberkatan disitu.(ini sering jadi isu),kena beri tahu jaminan pada hak isteri di sini.

Perkara ini penting untuk suami buat dan jangan main assume kononnya isteri kena tahu sendiriye, sebab bila berkahwin, memang sudah menjadi tanggungjawab suami untuk bimbing dan terangkan kepada isteri setiap tindakannya.

Sebab tak mustahil ramai wanita dah dengar banyak kisah suami lebihkan mak ayah dia berbanding isteri, suami terlalu ikut kata mak ayah dia sampai isteri dan anak2 teraniaya. Dan kita sendiri boleh agak betapa gelisah dan risaunya seorang wanita bila berkahwin, takut jadi mangsa seperti yang sering mereka dengar.

Sebabtu di sini, seorang suami kena transparent dan berterus terang. Buang ego, kena adil bukan sahaja dalam bab nafkah tapi ilmu dan penerangan atas setiap tindakan bersangkut hak samaada hak isteri mahupun hak ibubapa.

5) Suami buat salah, jangan tegur, kalau nak tegur, suami yang kena terangkan cara yang suami nak isteri guna, suami kena terima, kalau suami tak suka ditegur (majoriti lelaki macamni), dia kena ada sesi khas lepas solat Isyak berjemaah untuk diskusi apa tak puas hati, teguran dan improvement.

6) Suami atau Isteri takleh ambil kesempatan atas mana-mana kelebihan kekurangan masing2, kena saling betulkan dan lengkapi. Ini selalu kita nampak, kalau isteri bekerja, suami suka ambil kesempatan, kalau isteri kuat redha dan mengalah, suami akan ambik kesempatan, even isteri sabar pun suami suka ambil kesempatan.

Itu belum bila gaji isteri lebih dari suami, terus suami ambil kesempatan tak bagi nafkah yang cukup padahal, kalau suami gaji RM1000 pun dan isteri gaji RM10,000, suami tetap diwajibkan beri nafkah kepada isteri, kalau tak bagi, isteri tak redha, habis berkat kehidupan, malah walaupun isteri redha, tetap kena bagi untuk suami jaga darjat rezekinya.

7) Jika ada masaalah, kena selalu ada sesi bincang seminggu sekali yang berwktu tetap, misalnya Sabtu Malam, kena senaraikan masaalah dan cadangan penyelesaian.

8) Senarai kongsi belanja rumah bagi suami gaji sikit dan tak mampu, Yang ni takleh paksa isteri sbb bukan tanggungjawab isteri, suami kena hemah ye, kena senaraikan semua belanja yang wujud dan bahagikan suami bayar mana, isteri bayar mana.

Sini suami kena buang ego, kena dapatkan redha isteri dengan ikhlas dalam bab kongsi belanja, cuma satu tips aku, kalau nak lebih berkat, semua perkara bab makan minum, suami kena cover, yang lain2 boleh cadang kongsi.

Macam aku, semua belanja tak wajib tapi isteri nak diadakan, yang tu isteri bayarlah, Contoh belanja takwajib tapi isteri nak ada juga ialah internet wifi, astro.Contoh belanja wajib yang patutnya suami cover tpi aku minta bantuan isteri bayarkn ialah maintenance kondo kami,bil eletrik dan bil air.

Namun untuk bayar instalment rumah & kereta suami, suami wajib bayarlah sebab menyediakan tempat tinggal yang selesa itu  adalah belanja tersurat untuk nafkah wajib buat isteri.

Yang paling penting dalam belanja rumahtanggani, suami kena tahu nafkah zahir yang dia wajib settlekan & bukan untuk dikongsi ye iaitu:

i. Makan minum isteri,minimum dua kali sehari sampai kenyang.

ii. Pakaian lengkap minimum 2 persalinan setahun,kalau dah buruk dan koyak,suami wajib beli baru.

iii. Tempat tinggal yang selesa untuk isteri. Kalau stay rumah mak ayah suami, jika isteri tak selesa, suami kena cari rumah lain untuk isteri walaupun sewa sbb ini hak. Katanya nak berkat rumahtangga. Kalau tak mampu, suami kena pastika isteri redha stay dengan mak ayah suami.

iv. Hak Perubatan untuk isteri,suami kena jaga sbb tanggungjawab suami,insurans itu pilihan,tapi kalau sakit,suami kena pastikan perubatan untuk isteri terjamin, Kena ambil tahu. Isteri juga kena tahu tanggungjawab dia jika suami sakit.

v. Hak perhiasan, suami kan suka isteri yang cantik berseri, so kalau nak isteri cantik, kena ada kosnya, suami kena beri peruntukan untuk pastikan kecantikan isteri, bukan cari betina lain. Sendiri yang nak sendiri tanggung. Kalau tak mampu buat cara tak mampu ye.

9) Kena beritahu isteri waktu ME TIME suami dan waktu ME TIME isteri. Waktu ME TIME ni, dua2 tak leh ganggu, macam aku, aku pesan dekat isteri, jika aku diam mencuka, jangan tegur, biarkan 10 – 30 minit sebab itu masaalah negara bukan libatkan isteri. Sebab bukan semua gembira diambil berat bila tengah serabut.

10) Suami terutamanya jangan ngungkit pemberian wajib bawah nafkah kepada isteri sebab itu adalah tanggungjawab suami, suami yang baik takkan mengungkit urusan tanggungjawab wajib dia, suami yang suka mengungkit amat memalukan dan menjijikkan sebab katanya suami, ketua keluarga, dan kuasa talak ada pada dia.

Sangat keji ye kalau seseorang suami itu suka mengungkit, isteri pula elakkan ngungkit pemberian kepada suami sebab itu ehsan berstatus sedekah. HANGUS PAHALA ye kalau suka mengungkit kebaikan sendiri.

11) TANGGUNGJAWAB ISTERI DI RUMAH IBUBAPA SUAMI – Apa isteri kena buat rumah mak ayah suami. Kena pesan siap2 terutama bab tugas dan membantu, dan kena pesan jangan lepak dalam bilik lebih dari 2 jam di siang hari. Waktu penyediaan sarapan, lunch dan dinner, isteri kena ada di dapur bantu mana yang patut. Buat2 menyapu pun takpe.

Aku pesan dekat isteri aku bab ni untuk jaga pandangan sekeliling agar orang tak kata bini species memerap tak guna dan tak peh pakai bila balik rmh mak ayah suami, sebab kalau nak ego sangat dengan mak ayah suami nak buat apa? balik pun dua tiga hari je kan, so takpe tunjuk rajin pun, tapi jangan memerap dalam bilik saja ye.

Bila time famili berkumpul isteri kena join. Kena join ye, tak join borak takpe, janji tunjuk muka. Dengar dan buat2 faham kalau famili suami cakap korea ke ape, yang penting join. Minimum 30 – 45 minit, lepastu kalau nak beransur, jika ada sediakan kudapan, sila acah2 kutip pinggan mangkuk dan cawan untuk bawa ke dapur. Tu je.

12) HAK MAK AYAH isteri, yangn i suami kena jelas & peka.Kalau isteri tak kerja,suami kena tanggung bab nafkah & keperluan wajib mak ayah isteri,kalau isteri bekerja,isteri kena tanggung sendiri mak ayah isteri,suami just beri sesekalije kpd mak ayah isteri atas ehsan & jaga ikatan.

Kena ingat satuje dlm babni, kalau suami buat baik kpd mak ayah isteri, isteri akan mudah buat baik kpd mak ayah suami dan akan mudah sabar jika mak ayah suami species DIVA. Itu faktaye.

Kalau suami layan tak elok kepada mak ayah isteri,jangan expect isteri akan rasa adil bila suami buat baik kpd mak ayah suami.

13) GAJI ISTERI. Yang ni suami kena tahu ye, suami tak de hak atas duit isteri walau sesen pun,tapi sebahagian duit suami,ada hak isteri.Sebarang penggunaan kena atas redha isteri tanpa paksaan, even harta isteri,suami takleh paksa tukar atas nama dia lepas kahwin, know your limit.

14) LIMITASI HAK DAN TANGGUNGJAWAB. Dua-dua kena tahu limitasi,isteri kena tahu limit tanggungjawab & ketaatan dia kepada suami dan suami kena tahu & sedar limit dan hak serta tanggungjawab dia kepada isteri.Tiada ketaatan tanpa batasanye,malah tiada isteri kena taat membabi buta.

15) RAHSIA RUMAHTANGGA – ini paling penting sebab banyak pasangan lupa. Semua yang berlaku dalam rumahtangga, kena rahsiakan, tiada siapa berhak tahu, hanya satu tempat je boleh tahu dan boleh diluah, Kaunseling Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah, selain dari tu TOTALLY NO NO.

Tapi banyak kes, suami luah hal rumah tangga terutama kelemahan isteri kepada orang luar terutama perempuan lain yang bukan mahram. Ini amat hina dan keji sbb itu aib isteri, sekali kau luah bendatu, dari pandangan agama, suamitu dayus dan gagal. Isteri pun sama…

Banyak kes penceraian disebabkan orang ketiga berpunca dari sesi meluahkan suami kepada wanita lain terutama rakan sekerja, pleaselaa jadi lelaki berakal wahai kaumku…kalau silap luah kepada perempuan jahat, dia akan cucuk jarum,mula2 meluah,lama2 dia akan offer diri untuk lebih.

Lelaki yang baik takkan sebarkan aib dan kelemahan isterinya kepada orang lain terutama perempuan lain yang bukan mahram walau atas apa tujuan sekalipun, sebab sepatutnya lelaki itu cari penyelesaian dan tegur untuk improve, bukan sebarkan kepada org luar, untuk apa? Nak tunjuk hidup kau menderita?

Wanita yang baik takkan mudah percaya kepada kisah drama rumahtangga yang diceritakan oleh seorang suami kepada wanita lain. Hanya perempuan hina dan jijik je yang akan percaya  sebab tiada siapa yang berhak tahu selain bahagian kaunseling pejabat agama dan bila usul dibawa ke mahkamah untuk dibetulkan. Yang lain2 tu hanya aib dan kehinaan.

Lelaki yang menceritakan aib isterinya dan kelemahan isterinya kepada org lain hanya menunjukkan kelemahan dia sebagai ketua keluarga, dan bagi wanita yang menjadi tempat meluah, sedarlah,lelaki yang meluahkan ini tak lebih dari lelaki dayus yang sangat tak sedar diri.

Malah bila selalu meluah, suami akan rasa dekat dengan perempuan tu berbanding isteri sendiri, dan akhirnya boleh rosakkan rasa. Mulalah hilang rasa cinta lah, cinta beralih arahlah, malah masalah takkan selesai  kerana akan wujud kebergantungan perasaan suami kepada perempuan satu lagi, tambah lagi bila perempuantu melayan dan mmg niat jahat. Tolonglah sedar.

Buat perempuan satu lagitu, takyahlah acah2 nak jadi penyelamat, back off and mind your own business, jadi mahal sikit ye, tak yah jadi hina sangat membabi dengan kisah rumahtangga orang lain.

Isteri pun tak boleh luahkan masaalah dengan suami kepada sesiapa termasuk keluarga sendiri, sebab impaknya orang akan terus stigma kepada suami bila semua masaalah dah settle… suami akan jadi malu & akhirnya rumahtangga akan rosak terus & tiada seri.

Suami atau isteri kalau nak cari tempat luah masaalah, hanya satu tempat saja, BAHAGIAN KAUNSELING PEJABAT AGAMA. Tempat lain hanya akan bawa lebih mudharat kepada rumahtangga korang. Sebab ia akan menjadi aib bukan luahan masaalah sebab dalam hal rumahtangga tiada yang berhak tahu selain bahagian kaunseling pejabat agama.

Tak perlu malu even jika suami tak izinkan keluar untuk melaporkan masaalah rumahtangga pun tak de masalah untuk tetap keluar sebab seandainya tak laporkan masalah ke bahagian kaunseling boleh membawa mudharat kepada diri dan keluarga, automatik suami jatuh hak atas larangan isteri keluar rumah.

Islam tak kejam untuk meminta isteri terus taat sampai bawa mudharat, tapi kita yang tak faham apa Islam tetapkan berkaitan batas ketaatan.

Itulah antara isi perjanjian aku dengan wife aku. Ada beberapa tips lain yang kami buat. Sejujurnya sejak lebih 6 tahun berkahwin, kami tak pernah bergaduh, bermasam muka tu adalah tapi yang masamtu isteri akulaa sbb perangai ngade aku selalu buat dia nak pecah kepala… tapi aku akui aku ni species suami lengkap pakej manja mengada-ngada dan gedik pun ada… bertabahlah wahai isteriku.

Satu amalan kami.

Andai isteri tak uzur dan dua-dua ada di rumah, aku akan pastikan setiap solat fardu berimamkan aku.

Setiap kali aku minta isteri belikan sesuatu, aku akan beri duit besar dan bakinya isteri akan ambik buat belanja dia sebagai upah khidmat membeli.

Setiap khidmat isteri di rumah misalnya memasak, mengemas, membasuh, menyidai dan melipat pakaian aku, aku akan bayar dengan wang tunai setiap bulan

Oleh kerana kami belum berzuriat, maka andai ada orang tanya kenapa belum ada zuriat, aku sendiri akan jawab, itu masalah aku dan bukan isteri. Masaalah apa? Tak perlu orang lain tahu (kami dua2 subur ye dan tak de masaalah kesuburan)

Cuma di sini penting untuk suami pertahankan maruah isteri bila melibatkan mulut2 puaka acah2 ambil berat di luar sana yang suka acah2 bertanya “Bila nak ada zuriat”, atau “tak de zuriat lagike?”.

Ni nak peringat, kau ingat soal zuriattu kuasa kami ke nak tentukan? Sila jadi orang beriman lebih sikit ye. Sebab soal zuriat itu hak Allah S.W.T., takut2 ada yang hilang ingatan, tak perlu tanya bab ini, cukup hanya doakan dalam hati bab zuriat semua pasangan tak berzuriat macam kami.

Dan apa sekalipun, semoga kita semua sentiasa diberkati dan diredhai Allah S.W.T.

Aamiiin Ya Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum W.B.T.

– SUAMI TAK LEH BLAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *