Sebelum aku mula menaip, kisah aku ni bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tapi lebih kepada luahan hati terpendam paling dalam. Aku minta pandangan atau korang boleh share pengalaman korang kat comment, nanti aku baca satu2, harap jangan kecam aku lah ye. Bagi aku setiap orang ada pengalaman hidup masing2 kan. Btw, thanks admin!
Aku Z, kahwin dengan K pilihan hati di restu keluarga aku. Keluarga aku sangat menyayangi K seadanya. Maksudnya, segala kekurangan yang ada pun keluarga aku terima K seikhlasnya. Malah lebih sayang K dari aku. Normal kot lah bila jadi menantu/ipar kesayangan ni semua benda seronok je. Aku pun happy tengok K di layan macam Raja. Sebaliknya dengan aku, aku ni menantu pada nama je..
Keluarga K broken, Ibu di borneo Abah di selatan sana. Masing2 dah berkahwin baru dah anak2 baru. K ibarat sebatang kara , itu je aku boleh sebut. Sebab masa aku bertunang pun , makcik K yang sarung cincin. Keluarga K tak nak datang walaupun dah di jemput. Istilah jemput aku gunakan sebab semua tak nak amik port, ajak berbincang asyik refuse je..
Abah K pun taknak datang rumah aku untuk merisik atau ke fasa seterusnya pun, di katanya K takde masa depan nak jaga anak dara orang.. Jadi aku dan K amik inisiatif bawa abah jumpa parent aku di kedai makan sahaja untuk sesi suai kenal. Ayahku sangat positif dan mungkin simpati dengan nasib K, ayahku cuba permudahkan urusan.
Ayah cuma minta beri mas kahwin, kenduri tidak perlu ada pun tak wajib sebab ayah nak mudahkan benda yang abah K rasa susah. Hal macam ni aku dah terasa hati, tapi aku cuba untuk beri K sokongan dan K perlukan kasih sayang keluarga aku. Jadi aku bertahan.
Mak tiri K mulanya tidak sukakan aku, tapi bila tahu aku ada pekerjaan bagus, family baik2 terus berubah 360°. Di layan aku macam kawan baik. Mak tiri K muda lagi tapi anak dah berderet semua kecik2.
Aku tak fikir apa2 pun, cuma aku masih berhati2 kerna K pernah cerita mak tiri nya tidak pernah suka mereka adik beradik. Selalu aku bawa adik2 K berjalan, beri hadiah dan sebagainya. Fasa amik hati katanya. K berhasrat nak menjaga adik seibu dgnnya bila dah berkahwin dengan aku kelak.
Aku bersetuju memandangkan adiknya perempuan dan aku rasa bukan masalah besar bagi aku nak communicate kan. Mak tiri K selalu hasut aku untuk putus pertunangan dengan K, dikatanya K akan menyusahkan hidup aku, cuma nak menumpang senang aku je.. Tapi aku lagi kenal K, jadi aku teruskan perkahwinan. Tapi aku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Haha.
Aku datang rumah K untuk melawat adik2 dan abah seperti selalu tapi mak tiri menghalau kami. Selepas kejadian tu aku tak pernah jejak kan kaki ke rumah abah K. K kata dia sudah biasa dengan keadaan seperti ni dan minta aku jangan ajak dia ke sini lagi. Tapi aku tidak pernah di perlakukan sebegitu, terasa hati sikit lah. Ini part aku terasa hati dengan Abah dan mak tiri K.
Ibu K tidak pernah jumpa aku sampai lah hari pernikahan aku tu baru pertama kali aku berjumpa. K pun tidak pernah berjumpa ibu kandungnya sejak parent dia divorce. Jadi ada berbelas tahun tidak berjumpa, cuma berbual dalam telefon sahaja.
K sangat sayang ibu kerana baginya abah jahat sebab berkahwin lain dan ceraikan ibunya. Jadi syurga ibu tu di pandang setinggi2nya oleh K. Jadi semua permintaan ibu, K turutkan walaupun K sendiri dalam kesusahan.
Aku ingat lagi, masa awal perkenalan kami ibu K kerap menelefon aku menyatakan rindu teringin nak jumpa aku. Sering buat cerita sedih sebab dah lama tidak bertemu anak2nya di sini. Selalu jugak ibu K call mummy aku. Aku fikir tu satu langkah bagus boleh eratkan silaturahim memandangkan abah K tak ada common sense. Lama kelamaan, ibu K dah mula berani meminta duit dari K.
Oh ya, sebelum kenal aku pun K selalu beri duit kepada ibunya. Tak banyak tapi sebagai tanda ingatan tu aku rasa mana2 mak bapak pun dah rasa bersyukur kot. Betul? Aku tak pernah melarang K, kerna aku rasa itu memang tanggungjawabnya sebagai anak sulung.
Tetapi ibu K sangat licik. Pandai menyusun kata sehinggakaan K takut untuk tidak turuti keinginan ibu. Hukum anak derhaka jika tidak turuti kemahuan ibunya. Mind set K , dia taknak jadi anak derhaka dan syurga terletak di bawah kaki ibu. Setiap kali minggu gaji aku, ibu K akan call minta duit kerna duit yang K beri tidak mencukupi. SETIAP BULAN! Kadang2 pinjam, kadang2 tak malu ibu mintak terus.
Ibaratnya, macam time tu jugak dia sakit macam nak mampos kalau tak dapat duit alamatnya mampos dan K adalah anak durhaka. Hahaha.. Kalau ikutkan gaji K yang tak seberapa tu, memang tak kan cukup nak bagi kat ibunya. Memang guna duit aku lah setiap bulan.. Beratus2 di minta nya, pernah 2k aku bagi macam gitu je.. Ye aku tahu aku bodoh. Tapi sebab sayang dan terikat dengan K aku diam dan akur.
Aku selalu bergaduh dengan K sebelum kahwin. Semua pasal keluarga dia. Aku pernah minta untuk putus tunang kerana aku sangat tak tahan dengan situasi ni. Aku berasa ibu K menipu dan hanya mengambil kesempatan sahaja ke atas diri dan kebaikan aku selama ni. Sama jugak dengan mak tiri K. 2×5 duit duit duit. Tapi mak tiri tak ada lah meminta sangat kan..
K akan cederakan diri sendiri setiap kali kami bergaduh. Sehinggakan satu hari tu K pernah mencekik dan menampar aku berkali-kali macam orang hilang kewarasan. Allahu sejak tu aku trauma sangat. Daripada aku seorang happy go lucky berubah jadi orang sangat2 pendiam dan pasif.
Selesai bergaduh K tak ingat apa yang dia dah buat dekat aku, dia tak rasa pun yang dia dah tumbuk cermin kereta aku sampai pecah seribu. Dia tak rasa sakit langsung. Lalu dia mintak maaf melutut merayu dengan aku. Korang bayangkan setiap bulan aku bergaduh macam ni. Mau tak gila aku kan?
Akhirnya aku dapat tahu, ibu K pernah bagi K pendinding. Time ni baru aku tahu K pernah curi2 balik kampung ibunya masa sekolah dulu. K tak pernah cerita yang aku tahu dia tak pernah jumpa dari kecil. Satu lagi benda terbongkar. Pendinding yang ibunya bagi tu untuk kesemua anak2 dia dengan alasan takut mak tiri K buat anak2 nya nanti. Yang jadi mangsa baran K tu aku wahai ibu K yang bijak pandai…
Aku nekad masa tu berubat untuk K, buang segala benda2 tu. Tanpa beritahu ibu K, tapi last2 ibu K tahu jugak dan dia marah jugak sebab dia kata benda tu tak boleh buang sebarangan. Kena balik kat kampung jugak. Tahu jela kan alau bab2 ni borneo punya bukan kaleng2 power. Hahahaha.
Tapi aku peduli apa, daripada aku habis duit repair harta benda aku dek kerana baran K tu baik aku buang kan aje. Daripada aku sakit di hempuk K, baik aku hapuskan aje. Dari sini K mula berubah, jadi waras sikit. K baik orangnya cuma family dia je sangat toksik.
Bab duit takkan habis cerita dia sampai lah aku nekad untuk resign. Aku hancurkan karier aku sendiri. Aku kata pada K, aku dah taknak jadi hamba duit ibu lagi memandangkan K pun susah nak tegas pendirian dengan ibunya jadi aku harus lakukan ini.
Banyak benda aku dah jual demi kehendak ibu K yang tak pernah habis tu. K Sedar semua tu tapi aku taktahu dia memang tak de kekuatan nak melawan ibunya pun. Takut derhaka katanya. Haha setan apakah ini.
Satu hari adik K yang dibawah jagaan ibu K beritahu K yang selama ni ibu meminta duit bukan sebab urgent sangat seperti alasan yang diberi tu, tapi sebab nak berjoli dengan anak tiri nya di sana. Hahahah. Sangkaan aku selama ni tak pernah salah. Semuanya benar belaka ibu K seorang licik pandai menipu. K berulang kali minta maaf pada aku supaya maafkan ibunya dan jangan benci ibunya.
Aku tanya korang, kalau korang boleh ke tak korang nak lupakan semua benda ni? Lepas satu, satu masalah aku dapat.. Aku cuma beritahu K, aku dah maafkan lama cuma parut di hati aku ni takkan pudar pun. Sentiasa kekal di ingatan setiap benda yang aku dapat dari keluarga K.
Kadang2 aku rasa, memang ibu yang lahirkan dia tapi ibu dia bukan maksum tak ada salah silap kat anak2 dan suka2 hati nak jatuhkan syurga neraka anak2 sebab tak ikut kehendak buas dia tu. Lagi2 kes K ni, ibu dia langsung tak jaga K dari kecil. Ibarat dah besar macam ni menuai hasil je. Haha. Paham kan maksud aku?
Aku geram sangat sampai terpikir macam ni tau. Mummy dengan ayah aku pun tak pernah minta duit anak2, cuma kalau anak2 bagi tu dah Alhamdulillah sangat. Yang aku terkilan sekarang ni lepas kenal K aku dah stop bagi parent aku duit belanja, aku dah stop beli barang keperluan dapur.. Tapi parent aku sampai sekarang still tolong aku .. haaaa sakit betullll perasaan ni!!
Sekarang ni aku nak kerja, tapi semua company dah tak nak amik aku kerja sebab dah 3 tahun aku tinggalkan bidang ni. Mungkin pengalaman dah luput agaknye. Kesian betul hidup aku.. aku sibuk simpati dekat orang, tapi diri sendiri merana..
Aku pernah minta cerai dengan K sebab aku dah tak tahan dengan keluarga nya. Memandangkan belum ada zuriat lagi kan. (Hah ni belum lagi aku cerita hinaan cacian yang aku dapat) Tapi K refuse untuk berpisah. Sebab dia sangat sayang aku dan baginya aku ni lah yang banyak sangat bantu dia untuk jadi seperti sekarang ni.
Aku tak tahu dah sekarang pun aku macam dah tak ada perasaan. Mungkin sebab dah masak sangat dengan keluarga K kot. Tapi aku tak nampak mana arah tuju rumah tangga aku. Sebab sepatutnya sekarang ni aku dah boleh ada rumah dah tapi sebab ibu K, sebab masalah2 adik2 K semua nya jadi tertangguh. Saving aku masa single pun habis. Yang ada cuma teruskan kehidupan je hahaha.
Tetiba aku rasa loser sangat. Sebab dulu aku ada semua cukup, siap boleh ke luar negara lagi. Sekarang ada seketul kereta aku tu je hah nasib baik dah habis bayar. Kalau kena jual memang aku hempuk kepala mak bapak K tu.
Kadang2 aku rasa macam what for berkahwin tapi raya pun tak pernah boleh balik kampung suami? Kadang2 aku rasa better aku jaga mak bapak aku daripada aku jaga manusia macam ni. Parent aku tak tahu pun bad side family K. Yamg nampak semua baik2 sahaja. Aku tak nak memburukkan diorang, malu K nanti kan.
Ok dah tu je cerita aku.. ni pun sebab sakit hati lagi dengan ibu K. Hahaha nak di hembus MIL pulak kan.. Nampak tak aku hormat lagi orang tua..
– Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit